TPP 3 __ pERTEMUAN

Fantasy Series 19743

____KEESOKKANNYA DI DALAM KELAS____

"Morning class.. Saya dengar, ada pelajar baru dekat sini. Jadi, boleh kenalkan diri pada saya tak? Sebelum tu, saya kenalkan dulu diri saya. Nama saya Mizz Eiffel."

Reizen yang melihat sahaja kemunculan Eiffel di situ, dirinya begitu terpikat sekali dengan kecomelan Eiffel sebagai pensyarah barunya.

Reizen tersenyum angau sambil tangannya menongkatkan dagunya memerhatikan wajah Eiffel yang sedang berada betul-betul di depan matanya.

"Reizen! Kau buat apa tu?!"

Jerit Rayden menggunakan kuasa telepatinya sehingga mengejutkan Reizen dari angaunya tadi.

"Kamu dengar tak?!"

Berulang kali Eiffel menyoalnya.

"Dengar Eiffel! Tak, maksud saya Mizz Eiffel! Sorry.. Nama saya Reizen Danther."

Reizen terus menundukkan kepalanya tanpa memandang wajah Eiffel lagi kerana merasa teramat malunya di sebabkan situasi tadi.

Eiffel yang menyedari pipi Reizen menjadi teramat merah sekali dirinya hanya memerhatikannya pelik.

Rayden pula yang duduk sedikit jauh dari tempat duduk Reizen di belakang memandang marah padanya kerana dirinya merasakan sikap adiknya itu tadi begitu menjengkelkannya.

"Jom!"

"Kau baliklah dulu."

"Kau nak pergi mana?"

"Aku ada hal sikit."

"Hal? Hal apa?"

"Adalah.. Jumpa nanti."

"Hei Reizen!"

Reizen terus berlari tanpa mempedulikan Rayden.

"Apa kena dengan dia ni?"

____DI PEJABAT____

Eiffel sedang mengemaskan barang-barangnya untuk balik berseorangan di dalam biliknya. Secara tiba-tiba dirinya terdengar bunyi tapak kasut but lelaki melangkah perlahan menuju ke arah biliknya.

Secara mengejut juga, lampu biliknya terus terpadam dengan sendirinya. Eiffel menggigil ketakutan, dirinya cuba bersembunyi di bawah mejanya.

Seseorang daripada luar secara perlahan cuba untuk membuka pintu biliknya. Perasaan yang begitu cemas dan ingin tahu, Eiffel memberanikan diri untuk melihat siapakah orang itu.

"Aaaaahh....!!!!"

Eiffel teramat terperanjat besar sekali apabila dirinya telah terlihat kelibat seorang lelaki misteri dengan anak mata merah menyala berdarah cuba mendekatinya. Eiffel hanya mampu menjerit sekuat hatinya dengan tangannya menutup kedua-dua belah matanya.

"Mizz Eiffel? Mizz? U okay?"

Mendengar suara itu, Eiffel membuka matanya secara perlahan-lahan dan dirinya melihat kemunculan Reizen di situ.

"Reizen?"

Kerana merasa trauma yang teramat di sebabkan kejadian tadi, tanpa memikirkan rasa malu, Eiffel terus memeluk Reizen sekuat-kuatnya dan menangis teresak-esak dalam pelukan Reizen.

Reizen juga membalas pelukan Eiffel demi untuk menghilangkan rasa takutnya kerana Reizen menyedari badan Eiffel menggigil-gigil memeluknya.

____DALAM KERETA REIZEN____

"Betul Reizen, saya tak tipu. Saya memang nampak lembaga lelaki bermata merah menyala berdarah tadi cuba nak ganggu saya."

"Perasaan Mizz Eiffel je tu.. Dahlah Mizz, jangan fikirkan sangat okey?"

Reizen memandu sambil tersenyum comel memandang Eiffel yang sedang duduk bersebelahannya.

"Jadi, kamu tak percayalah apa yang saya ceritakan tadi?!"

Berang Eiffel kerana merasa kecewa terhadap sikap Reizen yang seolah-olah menganggap dirinya gila.

Tibanya di rumah sebelum Eiffel keluar dari dalam kereta, Reizen terus menarik tangan kanannya dan berkata dengan nada serius.

"Aku nak kau tatap mata aku dan dengar betul-betul apa yang aku nak cakap dengan kau sekarang."

Tanpa di sedari Eiffel, dirinya telah pun di pukau oleh Reizen.

"Aku nak kau lupakan semua kejadian menakutkan yang kau nampak tadi. Bila kau balik nanti, buat seperti tak ada apa-apa pun yang berlaku. Okey?"

Eiffel hanya menganggukkan kepalanya tanda fahamnya akan arahan yang di berikan oleh Reizen itu padanya.

Tanpa pengetahuan Reizen, Apel telah memerhatikan dirinya yang sedang bersama dengan kakaknya Eiffel dari dalam tingkap rumahnya.

Setelah Reizen beredar, Eiffel terus berjalan masuk ke dalam rumah.

"Mana kereta Kak Eiffel? Kenapa Reizen pulak yang hantar kakak balik?"

Apel merasa pelik dengan sikap kakaknya yang hanya mendiamkan diri dan seperti patung hidup berjalan masuk ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience