TPP 8 __ BU|_¡

Fantasy Series 19743

____KOLEJ HIGH VILLE____

"Apa khabar pelajar semua? Maaf, sebab lama saya tak masuk kelas. Saya harap kamu semua masih ingat lagi tugasan yang saya berikan pada kamu semua hari tu."

Kemunculan Eiffel sentiasa membuatkan Reizen tidak berhenti-henti tersenyum angau seorang diri memandangnya.

Setelah habis waktu pembelajarannya Eiffel memerhatikan Reizen ingin keluar dari dalam kelas untuk balik.

"Reizen? Tunggu kejap, saya ada sesuatu nak cakap dengan kamu."

"Ada apa Mizz?"

Eiffel menatap serius wajah takut Reizen memandangnya.

"Kenapa kamu tinggalkan saya semalam Reizen? Kamu pergi mana? Kamu tahu tak saya risaukan kamu bila kamu hilang macam tu je daripada saya Reizen?"

"Saya mintak maaf Mizz. Saya tak ada niat pun nak buat Mizz macam tu. Yang sebenarnya saya, Saya...."

Tergagap-gagap Reizen cemas.

"Maaf Mizz Eiffel, saya terpaksa bawak Reizen pergi sekarang sebab kami berdua ada hal penting yang perlu kami selesaikan. Bolehkan Mizz?"

Kemunculan Rayden dari belakang Reizen membuatkan Eiffel terus terdiam kaku kerana pukauan yang telah di kenakan Rayden padanya. Eiffel hanya menganggukkan kepalanya menatapi mata biru ais Rayden.

"Ikut aku!"

Rayden menggunakan telepatinya pada Reizen.

____DI LUAR KELAS____

"Aku tak sangka yang kau berani bawak Eiffel pergi ke dunia Blaq Maya tanpa pengetahuan aku semalam Reizen?! Apa yang kau cuba nak buktikan Reizen?! Kau nak dia tahu ke siapa kita berdua yang sebenarnya selama ni pada dia?!"

Tengking Rayden.

Dengan wajah sedihnya memandang lantai Reizen menjawab.

"Aku terlalu rindukan dia Rayden. Dan aku nak tebus semula kesalahan aku pada dia."

"Tebus kesalahan? Kau mengarut apa ni Reizen?!"

"Kau tak faham Rayden! Apa yang aku rasa pada Eiffel selama ni! Perasaan serba salah yang aku rasakan sekarang! Jadi, kalau kau tak tahu apa-apa pasal aku, tolonglah berhenti cakap macam tu lagi dengan aku!"

Reizen amat tersentak dengan kata-kata kasar Rayden padanya.

"Reizen stop! Ada orang tengah dengar perbualan kita sekarang."

Terkejut Reizen mendengar kata Rayden itu menggunakan suara telepatinya.

Rayden memejamkan mata dengan kepalanya tertunduk ke bawah cuba mengesan menggunakan naluri vampirenya dan akhirnya dirinya berkata.

"Aku nak kau keluar sekarang! Aku tahu kau intip kitorang berdua betul tak Apel Adrian?"

Rayden terus mengangkat wajahnya dengan menoleh tajam ke arah tempat persembunyian Apel di sebalik pintu jarak tidak jauh dari tempat mereka berdua sedang berdiri.

Reizen benar-benar cemas melihat kemunculan Apel di mana Rayden telah pun memukau Apel dan Apel keluar dari tempat persembunyiannya dengan wajah kakunya berjalan seperti patung hidup ke arah Rayden.

"Dengar betul-betul apa yang aku nak cakapkan pada kau! Aku nak kau lupakan semua.."

Reizen terus menarik kuat lengan kiri Rayden untuk menatap wajahnya.

"Kau buat apa ni Rayden? Aku tak akan biarkan kau cuba padam ingatan dia tentang kita Rayden."

"Kau bernasib baik sebab kau adik aku Reizen. Kalau kau manusia, jangankan ingatan dia, ingatan kau pada Eiffel pun aku nak padamkan."

Rayden melepas kasar pegangan tangan Reizen dan menyambung kata-katanya semula pada Apel.

"Terus-terang dengan aku, rahsia apa yang kau dah tahu tentang aku dan Reizen?"

Reizen memerhatikan risau Apel di sebabkan Rayden yang sedang dalam keadaan begitu marah.

"Aku rasa curiga dengan setiap gerak-geri kau dan juga adik kau Reizen."

Jawab Apel kaku.

"Apa yang kau cuba nak tahu sebenarnya pasal kitorang berdua?"

Soal Rayden lagi.

"Aku nak tahu, apa yang Reizen dah buat pada kakak aku Eiffel. Sebab kakak aku berubah sikap menjadi pelik lepas Reizen hantarkan dia balik ke rumah tempoh hari."

Rayden menoleh tajam ke arah wajah serba-salah Reizen padanya.

"Sebabkan kau adik aku nyaris-nyaris mati! Dan sekarang aku nak balas atas apa yang kau dah buat pada Reizen! Aku nak kau balik ke rumah kau dengan berjalan kaki. Faham?!"

Apel menganggukkan kepalanya tanda akur pada Rayden dan dirinya terus berjalan seperti patung hidup meninggalkan mereka berdua di situ.

"Kenapa kau buat Apel macam tu Rayden, kau tahu tak rumah dia jauh?"

"Aku peduli apa! Apa yang aku kenakan pada Apel ianya langsung tak setimpal dengan apa yang Apel dah buat pada kau Reizen! Biar dia rasa! Bukan mati pun balik jalan kaki! Lagi pun yang sakit badan dia, bukan badan kau! Jadi, yang kau nak risau sangat ni kenapa?!"

Reizen terus berlari mengejar Apel di belakang.

"Reizen! Kau nak pergi mana tu?!"

Jerit Rayden memanggilnya.

"Kau cakaplah sorang-sorang Rayden! Aku malas nak layan kau!"

Jeling Rayden dengan hembusan nafas peningnya yang panjang memandang Reizen dari jauh.

____TEPI JALAN____

Apel berjalan berseorangan dan secara mengejutnya laluan hadapannya telah di halangi oleh kereta Reizen. Reizen terus keluar dari dalam keretanya dan memegang tangan kiri Apel.

"Masuk dalam kereta aku sekarang."

Reizen menarik Apel dan membukakan pintu kereta untuknya menyuruhnya masuk ke dalam.

Belum sempat mereka berdua beredar bergerak, telah muncul pula kereta Warren dari belakang cuba menghalangi laluan kereta Reizen.

Warren keluar dalam keadaannya begitu marah.

"Lepaskan dia Reizen! Kau nak bawak Apel pergi mana?!"

"Aku rasa kau dah salah faham Warren. Aku tak ada apa-apa niat jahat pun pada Apel. Aku cuma nak tumpangkan Apel balik itu je!"

"Aku langsung tak percayakan kau Reizen!"

Warren terus ke kereta Reizen mendapatkan Apel.

"Apel! Jom balik dengan Warren!"

Warren menyedari sikap pelik Apel yang hanya terdiam kaku tanpa mempedulikan dirinya di situ.

"Kenapa Apel jadi macam ni Reizen? Apa yang kau dah buat pada dia?"

Reizen cemas atas pertanyaan Warren kerana itu tangannya terus menyentap kolar baju Warren dan menghempaskan badan Warren tersandar di pintu kereta Reizen untuk cuba memukaunya.

"Tatap mata aku sekarang."

"Kau buat apa ni?"

Reizen begitu terperanjat besar kerana menyedari mata Warren masih lagi bergerak-gerak di sebabkan Warren langsung tidak terperangkap dengan pukauannya.

Reizen melepaskan kolar bajunya. Sikap pelik Reizen padanya membuatkan Warren begitu takut lalu terus lari terburu-buru masuk ke dalam keretanya dan memecut laju meninggalkan mereka berdua di situ. Reizen sebaliknya hanya memerhati tajam kereta Warren pergi dari jauh.

____RUMAH AGAM DANTHER____

"Apa yang kita nak buat sekarang Rayden?"

"Kita tunggu masa yang sesuai dan waktu tu, kau serahkan je pada aku, biar aku yang lakukannya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience