TPP 13 __ GU¡|_Ty

Fantasy Series 19743

Rayden mencari-cari keberadaan Reizen di dalam hutan begitu gelap. Matanya meliar-liar memerhatikan keadaan sekeliling di mana naluri vampirenya begitu kuat sekali merasai bahaya sedang menantinya.

"Reizen...?"

Reizen telah muncul berdiri tegak di hadapannya dengan memandangnya sedih dari jauh.

Dengan langkah perlahan Rayden mendekatinya adiknya itu.

"Maafkan aku Reizen... Aku tahu, aku salah... Aku tak sepatutnya khianati kepercayaan kau selama ni... Tapi sekurang-kurangnya, bagilah aku peluang sekali lagi, untuk aku perbetulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan pada kau Reizen...?"

"Kau tak perlu berkorban apa-apa lagi untuk aku Rayden. Semuanya dah berakhir... Selamat tinggal Rayden..."

"Reizen...?"

"Aaaaarrrrrgh....!!!!"

Rayden terperanjat besar melihat kelibat seorang lelaki muncul di belakang Reizen dengan merobek jantungnya sehingga darah Reizen keluar memancut-mancut terpercik mengenai wajahnya.

"Reizen....!!!!"

Jerit Rayden ketakutan.

Rupa-rupanya Rayden yang sedang tidur secara posisi duduknya di kerusi rehatnya, dirinya terus tersedar akibat mimpi buruknya itu tadi.

Rayden membuka pintu bilik Reizen.

"Kau pergi mana Reizen?"

Pertengkaran besar di antara mereka berdua telah membuatkan Reizen terus menghilangkan diri tanpa Rayden tahu di mana adiknya itu sedang berada sekarang.

Rayden termenung sedih seketika. Perasaannya begitu risau memikirkan tentang keselamatan Reizen kerana dirinya benar-benar takut jika adiknya itu cuba melakukan perkara buruk lagi di luar jangkaannya.

Rayden termenung jauh ke arah luar tingkap dengan wajah sugulnya.

****

Apel dalam perjalanan berseorangan di waktu malam dengan menunggang motorbikenya memecut laju. Dirinya menyedari dengan kemunculan sebuah lagi motorbike di tunggang oleh seorang lelaki memakai helmet menutup muka penuh serba hitam mengekorinya dari belakang cuba menarik perhatiannya untuk berlumba.

Pada mulanya Apel tidak mengendahkannya, tetapi lelaki itu telah mencabar kesabarannya dengan membunyikan deruman enjin motorbikenya yang begitu kuat sekali dan memberikan tanda isyarat tangan loser ke arahnya.

Dengan pantas Apel terus menukar gear memecut cuba mengejarnya sehingga lelaki itu ketinggalan jauh ke belakang dan Apel sempat membalas semula tanda isyarat loser juga padanya.

Beberapa minit kemudian, Apel merasa pelik kerana lelaki itu tidak lagi kelihatan di belakangnya.

Begitu terperanjatnya Apel sekelip mata sahaja lelaki itu rupa-rupanya telah pun muncul di hadapannya dengan menghalangi laluannya. Motorbikenya telah berhenti secara melintang di tengah jalan sehingga menyebabkan Apel jatuh lalu badannya terseret bersama-sama motorbikenya berguling-guling beberapa kali semata-mata ingin mengelak dari perlanggaran kelajuan motorbikenya itu.

Sedang Apel begitu lemah menahan kesakitannya, lelaki itu turun dari motorbikenya perlahan melangkah mendekati Apel dan terus duduk dengan kaki kanannya melutut bersebelahan Apel yang terbaring di atas jalanraya.

"Tak sangkakan, yang kita akan berjumpa dalam keadaan macam ni, Apel Adrian..."

Kata lelaki misteri itu tanpa membuka helmetnya.

"Siapa kau yang sebenarnya, dan kau nak apa daripada aku?"

Jawab Apel menahan kesakitannya.

Lelaki misteri itu ketawa kecil mendengarnya.

"Aku nakkan nyawa kau."

Apel terkaku terperanjat.

"Jadi kaulah yang bunuh keluarga aku selama ni...?!"

"Memang aku. Tapi buat masa ni, kau tak perlu risau Apel, kerana aku tak akan ambik nyawa kau sekarang. Nyawa kau terlalu bernilai buat aku. Maaflah, kau cedera di sebabkan aku. Sebenarnya, aku perlukan kau Apel untuk tolong aku."

"Tolong kau? Huh! Apa yang membuatkan kau fikir yang aku akan tolong kau? Aku tak akan tolong musuh aku yang telah membunuh kejam keluarga aku sendiri!"

"Kerana kau perlukan aku Apel. Untuk balas dendam atas kematian Shawn dan Warren. Aku tahu, mereka berdua jugak amat penting dalam hidup kau sebelum ni, Betulkan Apel?"

"Bukan ke kau jugak yang bunuh mereka berdua?!"

"Aku tak mintak kau untuk percayakan aku. Cuma apa yang aku ingin ingatkan kau, berhati-hati dengan orang di sekeliling kau. Jangan terlalu rapat dengan orang yang kau baru saja kenal. Lebih-lebih lagi, orang paling rapat dengan kakak kau Eiffel."

"Apa maksud kau?"

"Kau perlukan aku Apel. Seperti mana aku perlukan kau. So, anggaplah kita dah pun buat perjanjian. Kau akan jumpa aku lagi lepas ni..."

Melihat lelaki misteri itu bangun ingin beredar, Apel menguatkan dirinya cuba menyerangnya dengan menggunakan pedang canggihnya yang boleh bertukar menjadi senjata berkuasa elektrik untuk membunuh lelaki itu.

Tetapi tindakan beraninya itu hanya sia-sia kerana begitu cekapnya lelaki itu memegang kuat kedua-dua belah tangan Apel dan terus memusingkan badan Apel memeluknya daripada belakang.

"Aaaaah!"

Apel kesakitan kerana sebelah lagi tangan lelaki itu memegang kuat lehernya.

"Kenapa kau nak bunuh aku Apel, sedangkan perjanjian kita belum lagi selesai? Bukan ke aku dah kata yang aku tak akan bunuh kau Apel? Jadi, jangan buat aku menyesal dengan keputusan aku tadi. Jangan buat aku ubah fikiran aku di saat-saat akhir."

Bisik lelaki misteri itu di telinganya dengan begitu tenang sekali.

Lelaki itu melepaskan Apel lalu Apel rebah terduduk di jalan memerhatikan tajam penuh dendamnya lelaki itu pergi meninggalkannya.

____DI RUMAH ADRIAN____

"Apel? Kamu kenapa ni?"

Terkejut besar Eiffel melihat badan Apel berlumuran darah terbaring lemah di atas sofa.

"Apa yang terjadi pada kamu sebenarnya Apel? Beritahulah kakak?"

"Apel jatuh motorbike tadi sebab nak mengelak anak kucing melintas! Lagi pun Apel dah biasalah kak, jatuh-jatuh motorbike ni... Tak ada apalah kakak, sikit je ni..."

Eiffel terus terdiam.

Setelah Eiffel selesai merawat lukanya, Apel terus bangun dari sofa untuk masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa kamu tipu kakak Apel? Kakak kenal adik kakak. Setiap kali Apel cuba tipu kakak, pipi Apel mesti merah."

Langkah Apel terus terhenti mendengar sahaja pertanyaan Eiffel itu.

Eiffel bangun mendekati Apel dan dirinya cuba membaca wajah Apel yang sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

"Sampai bila Apel nak terus-menerus buat kakak ni, macam langsung tak wujud dalam hidup Apel! Apel seringkali tolak kakak jauh-jauh, tanpa kakak tahu, yang Apel sedang menderita sorang-sorang selama ni... Apel jangan ingat kakak tak tahu semua tu Apel... Kakak tahu Apel masih lagi trauma dengan pemergian mummy dan daddy... Di tambah pulak trauma kehilangan Shawn dan lebih-lebih Warren... Kakak adalah kakak kandung Apel... Satu-satunya keluarga yang Apel ada sekarang! Jadi kakak merayu pada Apel, benarkan kakak tolong Apel...? Untuk ringankan segala penderitaan yang Apel tanggung selama ni... Tolonglah terus-terang dengan kakak Apel, rahsia apa yang Apel cuba sembunyikan sangat-sangat selama ni daripada kakak Apel?"

"Baiklah. Kak Eiffel nak tahu sangatkan, apa yang berlaku sebenarnya? Kalau kakak nak tahu, Apel dah pun jumpa pembunuh kejam keluarga kita kakak! Sekarang, Apel perlu bekerjasama dengan dia, sebab dia jugak boleh bawak Apel pada pembunuh Abang Shawn dan Warren kakak. Puas hati kakak sekarang?!"

"Kakak tak akan benarkan Apel cuba bahayakan nyawa Apel semata-mata untuk buru lelaki misteri tu Apel!"

"Kakak tak boleh halang Apel. Apel tak peduli walau apa pun yang akan terjadi pada Apel kakak. Apel tetap akan balas dendam."

"Tapi kenapa Apel?! Apa yang Apel cuba nak buktikan sebenarnya?!"

Tengking Eiffel tidak mampu lagi menahan kesabarannya dengan sikap adiknya yang begitu keras kepala itu.

"Sebab Apel tak nak rasa takut lagi kakak! Selama ni, hidup Apel sentiasa di hantui dengan bayang-bayang lelaki misteri tu kak! Cukuplah semua orang yang Apel sayang, tinggalkan Apel! Apel tak nak, kakak jugak tinggalkan Apel... Kerana tu, Apel harus lawan dia balik kak! Apel tak nak rasa takut lagi... Takut kehilangan orang yang Apel sayang! Tolonglah faham kak..."

"Pernah tak Apel fikir pulak perasaan kakak pada Apel selama ni...? Kakak jugak takut kehilangan Apel sebab kakak tak nak apa-apa perkara buruk terjadi pada kamu Apel..."

"Maafkan Apel kak... Bagi Apel, keselamatan kakak lebih penting kerana itu jugak adalah janji Apel pada Abang Shawn."

Akhirnya Apel terus berjalan laju masuk ke dalam biliknya dengan menghempas pintu.

Eiffel terus jatuh terduduk di lantai menangis sepenuh hatinya kerana begitu kecewanya dengan sikap Apel terhadapnya. Malam itu adalah hari yang paling menyedihkan buat Eiffel memikirkan tentang adiknya itu.

____KEESOKKANNYA DI DALAM KELAS____

"Sorry Miz..."

"Apel? Bukan ke sepatutnya kamu berehat je dekat rumah Apel?"

Soal Eiffel terkejut melihat Apel berlari terburu-buru masuk ke dalam kelas sewaktu dirinya sedang mengajar.

"It's okay Miz."

Eiffel hanya menggeleng-gelengkan kepala terpaksa akur dengan kedegilan adiknya itu.

Apel mencari tempat duduk dan menyedari hanya di sebelah Reizen sahaja yang kosong. Apel duduk dengan wajah penuh selambanya pada Reizen.

"Kau tengok apa?!"

Soal Apel kasar kerana menyedari Reizen memberikan pandangan peliknya padanya.

"Tengok? Tengok apa? Jangan nak perasan sangat boleh tak?"

"Korang berdua boleh diam tak? Kitakan tengah dalam waktu pembelajaran Miz Eiffel ni..."

Marah Rayden yang berada di meja belakang mereka berdua.

"Apa yang bising-bising dekat belakang tu?! Apel! Reizen! Kamu tahu tak yang kamu berdua dah mengganggu kelas saya sekarang?!"

Tengking Eiffel.

"Maaf Miz, saya nak tukar tempat duduk! Saya tak nak duduk dengan orang pelik!"

"Pelik? Too much! Apel sedar tak yang Apel ni, perempuan paling menakutkan dalam Kolej ni!"

Jawab Reizen.

Melihat masing-masing tidak mahu mengalah, Rayden cuba mencelah lagi.

"Guys...?"

"Shut up Rayden!"

Sergah mereka berdua serentak pada Rayden.

Rayden terus mengeluh panjang dengan jelingan peningnya melihat gelagat Apel dan juga Reizen yang seperti kebudak-budakkan itu.

"Kamu bertiga, jumpa saya lepas habis waktu Kolej nanti!"

"Urm... Mizz? Saya salah dengar ke, sebab Miz cakap kamu bertiga?"

"Kenapa Rayden? Kamu ada masalah ke dengan kelas tahanan saya tu?"

"Tak pasal-pasal aku pun sekali kena? Tak guna betul..."

Rayden memegang kepalanya memandang Reizen dan jugak Apel yang masih lagi bergaduh dengan masing-masing memalingkan wajah ke arah timur dan barat.

____DALAM KELAS TAHANAN____

"Thanks to u Reizen Danther... Di sebabkan kau, aku masuk dalam kelas tahanan ni untuk pertama kalinya... Ugh!"

"Well... Masuk kelas tahanan je pun, bukannya kena buang! Right?"

"Yeah right... Bersama orang pelik dalam ni, yang suka perhatikan perempuan dengan pandangan scary... Dia tu...?"

"What?! Perempuan huh? Reizen salah dengar ke? Kasar macam lelaki... Perempuan ke...?"

"Shut up!"

"Err... Guys...? Tak habis lagi ke bergaduh? Aku korang buat macam tak wujud je dekat sini... Korang kena ingat, yang korang bukan berdua, tapi bertiga dalam ni? Cukup-cukuplah tu..."

"Shut up....!!!!"

Jerit mereka berdua serentak sekali lagi pada Rayden dengan masing-masing memandang marah wajah Rayden kerana cuba masuk campur.

"Kenapa aku yang kena diam?"

Rayden ke dinding dengan menghantuk lembut kepalanya 3 kali tanda peningnya melayani karenah mereka berdua.

"Macammana, seronokkan dapat berada dalam kelas ni...? Jadi, cubalah buat hal lagi, supaya boleh hari-hari kita jumpa dekat sini..."

Perli Eiffel yang baru sahaja memasuki kelas itu.

"Rayden? Ada apa-apa lagi tak, yang kamu tak puas hati nak cakap dengan saya?"

"Tak apalah Miz, saya rasa, lebih baik saya diam je hari ni, daripada saya banyak cakap..."

Sindir marah Rayden pada Reizen dan jugak Apel.

****

Sedang mereka bertiga memberikan tumpuan penuh pada pembelajaran Eiffel di hadapan.

Mereka berempat telah di datangi cahaya putih semula yang begitu menyilaukan mata sehingga menyebabkan mereka berempat terpisah antara sama lain secara mistik tanpa mereka sedari mereka berada di mana sekarang.

"Rayden, Miz Eiffel....!!!! Apel....!!!! Where r u guys....?!!!!"

Jerit Reizen berseorangan di laluan loker Kolejnya dengan berlegar-legar mencari-cari mereka bertiga.

____MASA YANG SAMA____

"Reizen...? Apel...? Rayden...? Korang semua dekat mana...?!!!!"

Eiffel menggigil-gigil ketakutan kerana telah berseorangan di dalam dewan Kolejnya yang begitu gelap sekali.

"Aaaaaaaaaarh....!!!!"

Jerit Eiffel cemas merasai melanggar seseorang di belakangnya.

"Miz Eiffel? Miz okey?"

"Rayden?"

Eiffel terus memeluk kuat Rayden.

"Apa yang berlaku Rayden? Mana Reizen dengan Apel? Saya takut... Jangan tinggalkan saya... Tolonglah bawak saya keluar daripada tempat ni..."

"Sushhhhh... Jangan nangis Miz... Bukan ke saya dah janji pada Miz, walau dalam keadaan apa sekali pun, saya tetap akan lindungi Miz... Jadi, Mizz jangan takut lagi okey? Percayalah pada saya..."

Eiffel melihat Rayden memberikan tangan kanannya dengan berkata.

"Kalau Miz benar-benar percayakan saya, peganglah tangan saya Miz..."

Eiffel merasa selamat, setiap kali dirinya bersama dengan Rayden. Kerana itu, Eiffel benar-benar mempercayainya. Eiffel menyambut tangan Rayden dan menatapi anak mata biru ais juga wajah tampannya untuk seketika.

Rayden yang seringkali mempertaruhkan nyawanya deminya, telah melahirkan rasa cinta Eiffel terhadapnya, sedikit demi sedikit.

Tanpa mereka berdua sedari, mereka berdua telah berpandangan cinta antara satu sama lain.

____DALAM WAKTU YANG SAMA____

"Arrrrrrrrrrgh....!!!!"

Reizen terus rebah ke lantai dengan memegang kuat dadanya menjerit meraung kesakitan yang teramat-amat bergelut cuba melawan menahannya. Dan kedengaran bunyi tapak kasut perempuan melangkah perlahan mendekati dirinya.

"Babe?"

"Cami?"

Cami membantu Reizen untuk bangun dengan duduk menyandarkan badan Reizen ke dinding.

Cami duduk di depannya dengan tangan kanannya memegang dada sasa Reizen.

"Sakit sangat ke babe? Babe jangan risau, Cami akan tolong babe untuk hentikan kesakitan babe ni... Trust me..."

"Apa yang Cami cakap ni, Reizen tak faham Cami?"

Cami tersenyum mengodanya pada Reizen.

____WAKTU YANG SAMA____

Mata Apel meliar-liar memerhatikan keadaan bilik makmalnya yang begitu gelap dengan tangannya memegang pedang. Begitu pantas Apel terus menghalakan pedangnya ke belakang kerana nalurinya merasai kemunculan seseorang.

"Kita berjumpa lagi Apel?"

Tangan kiri lelaki misteri itu memegang kuat pedang Apel cuba menahan Apel daripada menikamnya.

"Aku tahu yang kau sememangnya benar-benar ingin membunuh aku Apel. Tapi kau mesti ingat, yang kau masih belum lagi tahu siapa pembunuh sebenar Shawn dan Warren. Dan kalau kau nak tahu, pembunuhnya ada berdekatan dengan kau tanpa kau sedari sebelum ni Apel..."

"Siapa yang kau maksudkan? Jangan buang masa aku, tunjukkan pada aku sekarang!"

Apel hanya mendengar lelaki misteri itu ketawa kecil tanpa Apel dapat mengecam wajahnya kerana keadaan bilik itu yang begitu gelap.

____MASA YANG SAMA____

Rayden mencari-cari jalan keluar dengan memegang kuat tangan kiri Eiffel membawanya berlari bersama-samanya.

"Betul ke kita pernah bertunang sebelum ni Rayden dan kenapa kamu panggil saya dengan gelaran Puteri tempoh hari?"

Rayden hanya mematungkan diri membelakangi Eiffel dan masih lagi memegang kuat tangan Eiffel.

"Miz percaya tak, adanya dunia lain selain daripada dunia Miz sekarang ni...? Dan Miz jugak percaya tak dengan kelahiran semula?"

Eiffel melepaskan pegangan tangan Rayden.

"Kamu cuba nak bergurau dengan saya ke Rayden? Sebab ianya langsung tak kelakar."

Rayden cuba sedaya-upayanya untuk mendapatkan kepercayaan Eiffel dengan penuh perasaan cintanya terhadapnya Rayden menjelaskannya.

"Rayden tak bergurau Eiffel. Itulah kebenarannya kalau Eiffel nak tahu."

"Tapi kalau betul Rayden tunang Eiffel, kenapa Eiffel langsung tak ingat Rayden? Malahan Daddy dan Mummy pun tak pernah cerita semua tu pada Eiffel selama ni?"

"Sebab mereka nak lindungi Eiffel dan jugak Apel daripada dunia Blaq Maya."

"Blaq Maya? Itu ke tempat asal-usul Eiffel dan Apel Rayden? Tapi, kenapa Mummy dan Daddy buat macam tu?"

Rayden menyentuh lembut kedua-dua belah pipi mulus Eiffel untuk Eiffel menatapi wajah dan matanya.

"Kerana kita semua telah terkena sumpahan Eiffel. Sumpahan yang telah memisahkan kita semua. Dan kerana sumpahan itu jugaklah Rayden terpaksa lepaskan Eiffel pada Reizen."

Rayden melangkah menjauhkan dirinya cuba menyembunyikan kesedihannya pada Eiffel kerana tidak mahu Eiffel melihat sisi lemahnya itu.

"Eiffel dan Apel sebenarnya adalah merupakan Puteri dalam dunia Blaq Maya. Kerana cemburu yang teramat, keluarga kita telah menjadi mangsa dendam Permaisuri Eva. Permaisuri Eva adalah Permaisuri Vampire jugak ahli sihir paling kejam dalam kerajaan miliknya yang bernama Blaq Maya."

Rayden mendekati perlahan Eiffel semula dengan memegang kedua-dua belah lengannya untuk meyakinkannya.

"Rayden akan cuba sedaya-upaya Rayden untuk musnahkan sumpahan tu, supaya kita semua dapat bersama semula."

Eiffel memberikan pandangan betapa sukarnya untuk dirinya menerima kenyataan atas penjelasan Rayden padanya.

____WAKTU YANG SAMA____

Cami telah mencium Reizen secara paksa dalam keadaan Reizen begitu lemah.

"Cami... Please stop... Cami... Get off me!"

Jerit lemah Reizen menggigit bibirnya menggunakan taring vampirenya untuk menghentikannya.

Cami mengeluarkan lidah menjilat seksi bibirnya yang berdarah itu di depan Reizen.

"U know what babe? Cami baru saja berikan first kiss Cami pada babe. Sebab Cami nak babe, jadi orang pertama yang ambiknya daripada Cami. Dan Cami rasa happy sangat-sangat babe."

Kata Cami tenang.

"Huh? But why Cami? Kenapa Cami buat macam tu?!"

"Bcuz i fucking luv u Reizen... So much!"

"W-what?! Tapi, sejak bila Cami ada perasaan macam tu pada Reizen?!"

"Sejak dari mula kita kenal lagi Reizen, Cami dah pun mula sukakan Reizen. Cuma, Cami tak berani nak luahkannya pada Reizen. Sebab Cami malu sangat-sangat Reizen, Cami malu dengan diri Cami sendiri. Now, tell me Reizen. Adakah Reizen jugak cintakan Cami?"

"Cami... Reizen sebenarnya...."

Bersalahnya Reizen untuk menjawab.

"Sebab Eiffel bukan, yang buatkan Reizen tak dapat nak terima cinta Cami. Eiffel lebih cantik daripada Cami, betulkan Reizen?"

"No Cami... Reizen tak pernah pun pandang Cami macam tu... Reizen memang sayangkan Cami, tapi hanya sebagai kawan Cami dan tak lebih pun daripada tu... Dan Eiffel, bukan saja cinta Reizen, malahan nyawa jugak kelemahan Reizen Cami... Jadi, Reizen harap Cami faham."

Cami ketawa cuba mengawal rasa begitu kecewanya cintanya di tolak oleh Reizen sebagai orang yang paling istimewa dalam hidupnya sebelum ini.

"Maafkan Cami Reizen..."

Perlahan-lahan Cami mendekatinya dan tangan kanannya terus merobek sedikit dada Reizen semata-mata ingin menyeksanya untuk membunuhnya.

Reizen menjerit dengan sekuat-kuatnya sepenuh hatinya bergelut kesakitan.

"Cakap pada Reizen Cami, terus-terang dengan Reizen sekarang, siapa yang ubah diri Cami untuk jadi vampire seperti Reizen? Cakap Cami, cakap?!"

"Tak ada gunanya lagi Reizen, Cami lebih rela mati daripada melihat Reizen bersama dengan Eiffel. Cami tak boleh terimanya Reizen... Jadi, kalau Cami tak boleh dapat Reizen, Eiffel jugak tak akan dapat miliki Reizen."

"Aaaaarrrrrrrrrrgh....!!!!"

Cami merobek dengan lebih kejam dan rakus lagi.

Reizen yang menahannya, matanya telah terpandang sebatang kayu tajam tercacak di dinding tempat kawasan ubahsuai berdekatannya yang masih dalam pembinaan.

Air matanya mengalir menatapi wajah Cami dan penuh rasa terkilannya Reizen berkata.

"Maafkan Reizen Cami... Reizen terpaksa lakukannya... I'm so, so, sorry..."

Reizen menguatkan dirinya, kedua belah tangannya terus memeluk kuat badan Cami dan membawanya sepantas kilat lalu menghempaskan badannya ke arah kayu tajam itu mengenai bahagian dadanya.

"Maafkan Reizen Cami... Maafkan Reizen..."

Cami menitiskan air mata kesakitannya.

"Kenapa... Reizen...? Bukan ke Reizen cakap, yang Reizen... Sukakan diri Cami seadanya... Tapi, kenapa... Reizen tipu Cami...?"

Reizen yang masih lagi tidak melepaskan pelukkannya pada Cami yang berlumuran darah itu, dirinya berbisik sebak di telinga Cami.

"Kalau itu yang Cami anggap pada Reizen sebelum ni, Cami silap. Demi nyawa Reizen Cami, Reizen tak pernah tipu Cami..."

Akhirnya Cami pergi dalam dakapan pelukkan Reizen. Reizen memeluknya sekuat-kuatnya dengan tangisan penuh rasa bersalahnya terhadap Cami yang teramat-amat dalam dirinya untuk seketika sehinggalah.

"Reizen?"

Apel benar-benar teramat terperanjat besar sekali menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, Reizen yang berlumuran begitu banyak darah berdiri tegak di hadapan mayat Cami dan melangkah pergi meninggalkannya tanpa Reizen sedar Apel sedang memerhatikan dirinya dari jauh.

"Itulah pembunuh sebenar Shawn dan jugak Warren, kalau kau nak tahu Apel..."

Bisik lelaki itu yang berada di belakang Apel dengan senyuman sinisnya pada Apel.

Akhirnya lelaki misteri itu menghilangkan diri daripada Apel. Apel hanya berdiri kaku berseorangan di situ. Dirinya benar-benar keliru dengan situasi itu setelah mengetahui rahsia sebenar Reizen dan juga Rayden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience