TPP 11 __ TAkUT

Fantasy Series 19743

"Baik kelas, hari ni kita akan...."

Rayden begitu pening memerhatikan gelagat menjengkelkan Reizen yang asyik tersenyum angau memandang Eiffel sambil menongkatkan dagunya.

"Saya harap kamu semua tahu.."

"Cuma Mizz je yang tak tahu perasaan saya pada Mizz."

Kata Reizen begitu kuatnya sehingga semua orang di dalam kelas terkejut mendengarnya termasuklah Eiffel. Mereka semua memandang wajah Reizen yang masih lagi dalam keadaan angau.

"Apa maksud kamu yang saya tak tahu perasaan kamu Reizen?"

Soal Eiffel pelik.

"Argh!"

Rayden melontarkan sesuatu pada Reizen mengenai bahagian tengkuknya untuk menyedarkannya dari angaunya yang begitu teruk itu.

Apabila Reizen tersedar sahaja, di lihatnya semua orang memandangnya pelik.

"Sorry Mizz..."

"Teruk betullah dia ni... Malunya aku nak mengaku yang dia ni kembar aku..."

Mengeluh Rayden seorang diri.

Reizen tersenyum plastik cuba menyembunyikan rasa malunya yang teramat-amat pada Eiffel.

____DI LALUAN LOKER MEREKA BERDUA____

"Argh!"

Kepala Reizen di tampar oleh Rayden sambil berjalan dari belakang.

"Boleh tak kau jaga perangai kau tu sikit bila di depan Eiffel?"

"Kau ni Rayden, apa yang aku buat semua salah! Berapa kali aku nak cakap pada kau yang aku memang tak boleh kawal diri aku bila berhadapan dengan dia. Kau dah lupa?!"

Reizen mengosok-gosok kepalanya yang sakit itu dengan wajah comel masam-mencukanya memandang Rayden.

"Rayden?"

Rayden menghentikan langkah kakinya dengan membelakangi badannya padanya. Dirinya membisu untuk seketika dan setelah beberapa minit kemudian Rayden menoleh sedikit wajahnya memandang bahu.

"Tak ada apa-apalah. Jom!"

Reizen hanya memerhatikan pelik gerak-geri abangnya itu.

____DALAM MASA YANG SAMA____

Sedang Eiffel berjalan berseorangan menuju ke pejabatnya dirinya di datangi 1 cahaya putih begitu menyilaukan matanya. Dalam cahaya itu juga telah muncul bayang-bayang seorang lelaki misteri sedang berdiri membelakangi Eiffel di hadapannya yang jaraknya jauh sedikit dari tempat Eiffel berada.

"Siapa tu? Kenapa kau ganggu aku, apa yang kau nak sebenarnya?!"

Pertanyaannya membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya dengan memusingkan badannya perlahan-lahan. Semakin lama Eiffel merenung cuba mengecam wajahnya, semakin cahaya putih itu mengaburkan matanya kerana silauan cahaya yang begitu terang sekali sehingga mata Eiffel terpejam rapat kerana sakit.

Setelah Eiffel membuka matanya semula perlahan, Eiffel begitu terperanjat besar kerana menyedari dirinya telah berada di tengah-tengah jalanraya dengan sebuah lori meluncur laju ingin melanggarnya.

"Aaaaa....!!!!"

Jerit Eiffel ketakutan sekuat-kuat hatinya dengan mata yang terpejam kerana dirinya tidak sempat untuk mengelak di sebabkan jarak lori itu terlalu hampir sekali dengannya.

Tiba-tiba Eiffel merasakan angin begitu kuat sekali datang mengenainya dan apabila Eiffel membuka sahaja matanya, dirinya telah pun berada di tepi jalan juga nyawanya telah terselamat daripada lori tadi.

"Huh?"

Eiffel baru menyedari yang badannya telah di peluk kuat juga erat oleh seorang lelaki begitu tegap sekali dan tinggi melampai.

Eiffel seakan-akan tidak mempercayai bahawa rupa-rupanya angin kuat tadi adalah seorang lelaki yang berkekuatan luar biasa iaitu boleh berlari dengan berkelajuan sepantas kilat untuk menyelamatkannya.

Eiffel cuba ingin melihat wajah lelaki misteri itu di sebabkan lelaki itu telah memeluknya dengan sebelah tangannya memegang kepala Eiffel lalu di sandarkan pada dadanya.

"Awak ni siapa?"

Soal Eiffel dengan nada takutnya kerana perasaan cemasnya tadi masih belum hilang.

Eiffel memberanikan diri untuk menoleh ke arah wajahnya kerana di sebabkan lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dan tindakan Eiffel itu hanya sia-sia kerana dengan begitu pantasnya lelaki itu memegang kedua-dua belah lengan Eiffel lalu memusingkan badan Eiffel membelakanginya.

"Saya tak tahu pun siapa awak dan apa yang awak nak dari saya? Tapi apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih sebab awak dah selamatkan nyawa saya tadi."

"Rayden?"

Lelaki misteri itu rupa-rupanya adalah Rayden.

Tanpa pengetahuan Rayden, Reizen telah menyalah anggap tindakannya yang telah memeluk Eiffel di depan mata kepalanya sendiri.

"Sekurang-kurangnya, beritahulah nama awak untuk saya ingat penyelamat saya sampai bila-bila."

Kedegilan Eiffel untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar telah membuatkan Rayden terpaksa melarikan diri daripadanya sepantas kilat.

Reizen menatap marah begitu tajam abangnya itu dari jauh.

____RUMAH ADRIAN____

Eiffel duduk termenung di sofa setelah kepenatan balik daripada kolej. Fikirannya melayang mengingati tentang lelaki misteri yang mengancam nyawanya tadi sehinggalah dirinya di selamatkan oleh seorang lagi lelaki misteri tanpa dirinya mengetahui siapakah lelaki itu.

"Bila kakak balik?"

Sapa Apel dari belakang menyedarkan Eiffel dari lamunannya.

"Apel? Macam mana keadaan adik kakak hari ni? Apel dah makan? Kalau belum, nanti kakak masakkan makanan kegemaran Apel, nak tak?"

"Tak perlulah kakak susah-susah, lagi pun Apel tak lapar lagi dan Apel okey kakak..."

"Betul ni?"

"Betul..."

"Lega hati kakak, tengok adik kakak dah okey."

"Tapikan kakak, kenapa Apel tengok, hari ni macam kakak pulak yang tak okey...?"

"Kakak tak okey? Kenapa pulak?"

"Sebab Apel tengok kakak bukan main termenung jauh lagi sampai Apel masuk pun kakak tak perasan... Kak Eiffel fikirkan pasal apa tak nak share dengan Eiffel ke?"

"Tak adalah... Kakak okeylah Apel... Cuma penat sikit je, pasal fikirkan exam kamu yang dah nak dekat ni... Umm... Apel? Kakak masuk bilik dulu nak mandi. Kalau Apel perlukan apa-apa... Apel panggil je kakak."

"Okey kak..."

Naluri Apel kuat mengatakan Eiffel cuba merahsiakan sesuatu daripadanya.

____DI BILIK EIFFEL____

Sedang Eiffel tidur begitu selesa dan lena sekali di atas katilnya tidak semena-mena matanya terbeliak besar memandang siling rumahnya. Eiffel menjerit sekuat-kuat hatinya seakan seperti di rasuk kerana cahaya putih begitu menyilaukan telah datang lagi padanya.

Apabila Eiffel tersedar sahaja dari rasukannya tadi, dirinya melihat telah berada di dalam hutan tebal belakang rumahnya. Kegelapan malam begitu sunyi tanpa cahaya bulan yang telah terlindung di sebabkan pokok-pokok besar benar-benar menyeramkan Eiffel sehingga keseluruhan tubuh badannya mengeletar ketakutan.

"Siapa tu?!"

Eiffel terdengar sesuatu cuba menghampiri dirinya.

Kakinya melangkah berhati-hati sambil anak matanya meliar memerhati keadaan sekelilingnya.

"Aaaaa....!!!!"

Jerit Eiffel yang teramat tanpa dirinya sedar telah muncul kelibat seorang lelaki misteri bermata merah menyala berdarah cuba menyerang untuk membunuhnya.

Leher Eiffel di cengkam kuat lalu menghempaskan badan Eiffel pada salah satu pokok besar yang hampir dengannya di situ.

Eiffel ketakutan trauma teramat kerana menyedari nyawanya hanya di hujung tanduk apabila dengan mata kepalanya sendiri melihat lelaki bermata merah itu mengeluarkan gigi taringnya yang begitu tajam cuba untuk mengigit leher kanannya.

Keadaan gelap gelita di tempat itu sukar untuk Eiffel mengecam wajahnya. Sedang lelaki mata merah itu ingin menggigitnya, muncul seorang lagi lelaki misteri telah menahan kuat gigitan lelaki bermata merah itu daripada menjadikan Eiffel mangsa kerakusannya dengan memberikan tangan kirinya sebagai ganti gigitan taringnya yang hampir-hampir menusuk mengenai leher Eiffel.

Setelah berjaya menahannya, dengan pantasnya tangan kanannya pula memegang kuat leher lelaki bermata merah itu lalu menolaknya menggunakan kekuatan vampirenya sehingga lelaki bermata merah itu terbang terpelanting jauh dan terus melarikan diri sepantas kilat.

Eiffel melihat lelaki itu ingin melangkah meninggalkannya.

"Ini kali kedua awak telah selamatkan nyawa saya. Saya mintak sangat-sangat pada awak, tolonglah saya merayu, tunjukkan diri awak yang sebenar pada saya?"

Kata-kata Eiffel itu telah menahan kakinya pergi.

Lelaki misteri itu hanya mendiamkan diri dengan badannya membelakangi Eiffel untuk seketika. Dan akhirnya lelaki itu menoleh sedikit wajahnya pada Eiffel dengan memandang bahu tanpa sepatah kata lalu di teruskan semula niatnya untuk segera beredar dari situ.

"Arrrgh!"

Jerit kesakitan lelaki misteri itu kerana sebilah pedang telah terbang menusuk mengenai paha kanannya sehingga lelaki itu jatuh melutut ke tanah.

"Kak Eiffel!"

Panggil Apel cemas dengan berlari selaju mungkin bersedia menyerang lelaki itu untuk melindungi kakaknya.

"Arrrrrghhhh....!!!!"

Meraung lelaki itu teramat cuba sedaya-upayanya mencabut keluar pedang yang tercacak di paha kanannya itu semata-mata ingin melarikan diri daripada Apel kerana melihat Apel bersedia membunuhnya.

"Apel jangan....!!!!"

Eiffel cuba menghalang Apel kerana Apel telah mengeluarkan sebilah lagi pedangnya.

"Jangan halang Apel kak Eiffel!"

"Tolonglah Apel... Kakak merayu... Jangan bunuh dia..."

Melihat situasi mereka berdua, lelaki itu mengambil kesempatannya dengan berlari sepantas kilat setelah berjaya mencabut pedang di pahanya.

Apel cuba mengejarnya tetapi badannya telah di peluk erat dari belakang oleh Eiffel menahannya sekuat-kuatnya.

____DI RUMAH ADRIAN____

"Kakak buat apa tadi?! Kenapa kakak halang Apel?! Apel dah tentu dapat tangkap dia kakak dan tahu siapa pembunuh kejam keluarga kita kalau kakak tak halang Apel tadi! Kak Eiffel tak nak ke Apel tuntut bela atas kematian Abang Shawn dan jugak Warren?! Cakaplah kakak kenapa kakak diam?! Apel benci kakak!"

Eiffel sebak memerhatikan Apel menundukkan kepalanya memandang lantai di hadapannya. Perlahan Eiffel mendekati Apel cuba menenangkannya dengan memeluknya tetapi tindakannya itu di tolak kasar oleh Apel lalu Apel berjalan dalam keadaan begitu marah masuk ke dalam biliknya menghempas pintu.

"Maafkan kakak Apel... Kakak tak sanggup nak biarkan kamu bunuh orang yang telah selamatkan nyawa kakak Apel... Entah kenapa... Kakak jugak rasa, yang kamu cuba bunuh orang yang salah. Maafkan kakak Apel... Maafkan kakak..."

Eiffel mengalirkan air mata terkilannya melihat keadaan Apel sebegitu ianya benar-benar amat menyayat hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience