TPP 9 __ S0RRy

Fantasy Series 19759

Eiffel membaca buku berseorangan sambil duduk bersantai di atas sofa ruang tamunya.

"Kakak!"

Sergah Apel dengan memeluk Eiffel dari arah belakangnya.

"Apel.. Terkejut kakak."

"Kak Eiffel tengah buat apa tu?"

"Buat apa lagi baca bukulah buang-buang masa."

"Kakak buat apa ni?"

Apel pelik Eiffel menghidu-hidu bau badannya yang dirinya masih lagi memeluk kakaknya itu.

"Bukan main wangi lagi adik kakak sorang ni.. Berapa botol perfume yang kamu dah habiskan malam ni Apel?"

"Mana ada.. Kakak ni.. Apel memang sentiasa bau wangi apa?"

Eiffel tersenyum-senyum nakal pada Apel.

"Tapi tak sewangi malam ni. Adik kakak ni nak pergi date ye..? Siapa budak lelaki yang bertuah tu? Beritahulah kakak.. Please Apel..? Please, please, please....?"

"Kakak ni.. Apel cuma nak pergi tengok wayang dengan Warren jelah. Bukan pergi date. Tak akan itu pun tak boleh.."

"Kakak tak cakap pun tak boleh. Kakak cuma nak tahu je. Betul Apel nak keluar date dengan Warren? Maksud kakak keluar date sebagai kawan dengan Warren?"

Begitu teruja Eiffel sehingga tersasul-sasul mengusik Apel.

"Kenapa kakak pulak happy semacam ni? Kakak jangan cuba nak jadi Cupid Apel pulak."

"Kalau betul Warren jodoh Apel, apa salahnya?"

"Apa kakak?!"

"Tak, tak adalah.. Kakak cakap ingatkan Warren tu jagakan adik kakak ni baik-baik, kalau tak siap dia balik nanti."

"Berapa kali Apel nak ingatkan kakak, yang Apel.."

"Ye, kakak tahu Apel boleh jaga diri Apel sendiri. Apel nak tengok cerita apa dengan Warren?"

Dengan wajah serius Apel berbisik seram di telinga Eiffel.

"Cerita pasal vampire."

"Vampire? Apel? Bukan ke Apel tahu yang Warren takut dengan cerita-cerita seram macam tu? Apel sengajakan kenakan dia?"

Eiffel menggeleng-gelengkan kepalanya memerhatikan gelagat Apel yang ketawa begitu nakalnya padanya.

"Kak Eiffel boleh Apel tanya sikit?"

"Apel nak tanya apa?"

"Kak Eiffel ada apa-apa ke, dengan pelajar lelaki kakak yang nama Reizen Danther tu?"

Pertanyaan Apel membuatkan Eiffel menoleh ke arah wajahnya serius.

"Kenapa Apel tanya kakak macam tu?"

"Tak adalah.. Apel tengok kakak mesra betul dengan Reizen dekat kolej. Setahu Apel, kakak tak rapat macam tu dengan mana-mana pelajar lelaki selain Warren. Itu pun sebab Warren kawan Apel. Betul tak kakak?"

"Kenapa tiba-tiba je, Apel berminat nak tahu ni? Ke.. Apel cemburu sebab Apel sukakan Reizen?"

"Apel sukakan Reizen? Tolonglah kakak jangan mengarut. Lagi pun Apel tak sukakan lelaki yang pretty boy macam dia tu. Dia bukan taste Apel okey?"

"Pretty boy ye..?"

Usik Eiffel lagi.

"Apel memang tak percayakan Reizen setiap kali dia bersama dengan kakak."

"Kenapa Apel fikir macam tu, apa yang Reizen dah buat pada Apel? Kakak tengok, Reizen tu baik je budaknya. Dan pada kakak jugak rasanya tak ada apa yang perlu Apel takutkan."

Eiffel menyedari wajah risau Apel setelah mendengar jawapan darinya.

"Kakak memang sukakan Reizen. Tapi hanya sebagai hubungan pensyarah dengan pelajarnya. Tak lebih pun dari tu. Happy?"

"Apel mintak maaf kakak. Kalau kakak terasa dengan pertanyaan Apel tadi. Apel cuma nak kakak hati-hati bila berkawan dengan orang yang baru saja kakak kenal. Itu je niat Apel kakak."

"Kakak faham Apel dan kakak tak marah pun pada Apel sebab kakak tahu Apel sayangkan kakak. Cuma Apel jangan lupa yang kakak lahir dulu sebelum Apel. Jadi kakak tahu apa yang terbaik untuk kakak dan jugak Apel. Okey?"

Apel memberikan senyuman comelnya pada Eiffel dan mereka berdua berpelukkan begitu mesra dan manja sekali antara satu sama lain.

Kedengaran bunyi enjin motorbike berhenti di hadapan halaman rumah mereka.

"Agaknya Warren tu. Apel pergi dulu kakak."

"Jangan balik lambat sangat Apel!"

"I know!"

Jerit Apel sambil berlari keluar menemui Warren.

"Wow Warren! Cantiknya motorbike!"

"Maaf lambat. First time Warren tunggang motorbike rasa lain pulak. Sebab dah biasakan Warren selalunya cuma pandu kereta je."

"Mana pergi kereta Warren?"

"Warren tukarkan kereta Warren dengan motorbike ni. Apel suka tak?"

"What! Maksud Apel, Apel sukakannya sangat-sangat Warren. Tapi Warren bukan ke Warren lebih selesa lagi naik kereta daripada naik motorbike?"

"Saja. Nak tukar angin. Apel nak cuba bawak?"

Apel tersenyum rasa terharunya memandang wajah comel Warren kerana menyedari keikhlasan hati Warren yang begitu baik sekali melayaninya selama dirinya bersamanya.

"Comel betullah mereka berdua tu."

Kata Eiffel yang sedang mengintai dari dalam tingkap rumahnya kerana geli hati memerhatikan gelagat malu di antara Apel dan Warren.

Apel begitu malu sekali apabila Warren yang berada di tempat duduk belakangnya kedua-dua belah tangannya memegang kedua-dua belah bahu Apel untuk berpaut.

____DI JALANRAYA____

Apel memecut begitu laju dan secara tidak sengaja Warren telah terpeluk badannya dari belakang di sebabkan Warren hampir-hampir ingin terjatuh.

Dengan serba-salahnya Warren berkata.

"Sorry! Warren tak sengaja!"

"Tak apa! Pegang bahu Apel kuat-kuat!"

"Okey!"

Apel meneruskan pecutannya dengan memotong kesemua kenderaan di laluan hadapannya.

____DALAM PANGGUNG WAYANG____

"Warren ni comellah.. Cuba berani sikit."

Usik Apel kerana geli hati memerhatikan Warren bersebelahannya yang asyik menutup wajahnya dengan tangan setiap kali melihat adegan-adegan mengerikan.

"Warren bukan takut cuma rasa seram je."

Apel mendekatkan dirinya pada Warren dan berbisik lembut di telinga kirinya.

"Apel sukakan lelaki yang berani."

Mendengar pengakuan Apel, Warren memberanikan diri dengan tidak menutup wajahnya lagi.

"Warren?"

Apel terkejut kerana Warren tiada bersebelahannya setelah cerita tamat.

Dirinya mencari-cari keberadaan Warren di setiap kawasan panggung wayang itu.

"Apel.."

Suara menyeramkan lelaki misteri datang lagi menghantui dirinya.

Tanpa Apel sedari, kakinya sendiri telah mengawal badannya dengan membawanya ke tingkat paling atas bumbung panggung wayang itu.

"Apel!"

Raungan jeritan kesakitan Warren benar-benar mengejutkan Apel.

"Warren!"

Apel melihat kelibat 2 orang lelaki misteri bermata merah menyala berdarah telah muncul di mana salah seorangnya memegang kuat leher Warren menggunakan sebelah tangan sehingga badan Warren terangkat ke atas lalu terkapai-kapai kerana bertarung nyawa akibat sesak nafas. Warren mengerang kesakitan.

"Lepaskan dia! Apa yang kau nak lagi daripada aku?! Tak cukup lagi ke kau rampas semua orang yang aku sayang dalam hidup aku selama ni?! Kalau kau betul nak nyawa aku, ambik aku! Tapi tolonglah aku merayu sangat-sangat pada kau jangan sakiti dia! Dia tak bersalah langsung dalam hal ni!"

Apel merayu dengan menangis meraung-raung yang teramat kerana tidak sanggup menyaksikan Warren berkeadaan sebegitu.

Apel tidak dapat mengecam wajah 2 orang lelaki misteri itu di sebabkan keadaan di situ yang begitu gelap.

"Pergi Apel! Selamatkan diri! Tinggalkan Warren! Pergi!"

Jerit lemah Warren menahan kesakitannya.

"Tak Warren! Apel tak akan tinggalkan Warren walau apa pun yang terjadi!"

Jawab Apel dengan mengalirkan air matanya tanpa henti.

"Arrrrrrrrrrgh....!!!!"

"Warren....!!!!"

Lelaki misteri yang memegang leher Warren tadi, telah merobek badannya menggunakan sebelah lagi tangannya sehingga darah Warren memancut-mancut keluar mengalir begitu banyak tanpa henti.

Setelah selesai lelaki misteri itu terus beredar dan tinggallah seorang lagi lelaki misteri yang masih lagi berada di situ seakan-akan dirinya sedang memerhatikan Apel begitu lama sekali dari jauh. Dan akhirnya lelaki misteri itu juga segera meninggalkannya sepantas kilat.

Apel terus berlari ke arah Warren yang telah rebah ke lantai dengan berlumuran darah mengalir begitu banyak. Apel memangku dan memeluk kuat badan lemahnya.

"Maafkan Apel Warren.. Maafkan Apel.. Sebab Apel Warren jadi macam ni.."

Apel menangis sepenuh hatinya yang teramat.

Warren yang mengerang kesakitan dirinya menjawab untuk kali terakhirnya.

"Kalau Apel nak tahu.. Alasan sebenar.. Warren beli motorbike tu.. Sebab Warren nak dekatkan diri Warren dengan Apel.. Selama ni.. Warren perasan yang Apel seakan-akan.. Cuba jauhkan diri Apel daripada Warren.. Dengan cara tu.. Apel tak lari lagi.. Daripada Warren.. Kerana Warren tahu.. Apel obses sangat dengan motorbike.. Apel tak.. Marahkan..?"

"Kenapa Warren? Kenapa Warren susah-susahkan diri Warren buat semua tu?"

"Warren inginkan.. Perhatian daripada Apel.. Warren cintakan Apel.."

Apel tersentak mendengar luahan hati Warren.

"Adakah Apel jugak cintakan Warren?"

Kebisuan Apel membuatkan Warren mengalirkan air mata memandangnya dan akhirnya Warren telah pergi buat selama-lamanya.

"Warren....!!!!"

Apel menjerit rasa teramat terkilannya kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa Warren juga telah menjadi mangsa keadaan di sebabkan dirinya.

____DI RUMAH ADRIAN____

Eiffel memeluk Apel demi untuk menenangkan kesedihannya.

"Kakak faham perasaan kamu Apel. Sebab kakak jugak pernah mengalami nasib yang sama seperti kamu. Walau apa pun yang terjadi, kamu mesti kuat. Dan kamu jangan lupa yang kakak sentiasa ada untuk kamu. Jadi, sabar ye sayang.."

Apel melepaskan pelukkan Eiffel dan terus memasuki biliknya.

"Apel?"

Panggil risau Eiffel dari luar pintu bilik Apel.

Apel cuba menyembunyikan perasaan teramat sedihnya di depan kakaknya itu. Dirinya terduduk di pintu bilik dengan menutup mulutnya sendiri lalu menangis sepenuh hatinya.

Nasib yang menimpa Warren lebih-lebih lagi tentang perasaan cinta Warren terhadapnya membuatkan Apel merasa teramat serba-salah. Di sebabkan trauma yang di alami sewaktu kecilnya menghalang Apel untuk menerima cinta Warren kerana Apel begitu bencikan lelaki. Situasi itu benar-benar memakan dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience