TPP 6 __ BURU

Fantasy Series 19743

Setelah beberapa minggu pemergian Shawn.

"Kak Eiffel, makanlah sikit kakak, nanti kakak jatuh sakit pulak. Apel risau sangat tengok keadaan kakak macam ni."

Apel benar-benar risau melihat keadaan Eiffel yang hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik tanpa makan dan minum.

Kedengaran pintu rumahnya di ketuk oleh seseorang dari luar.

"Warren? Warren buat apa dekat sini?"

"Boleh Warren jumpa dengan kak Eiffel?"

Apel dan Warren hanya memerhatikan keadaan Eiffel dari luar pintu biliknya. Di mana Eiffel duduk di atas katil dengan menatap sedih bingkai gambar dirinya bersama Shawn dan juga Apel.

"Macam tu jelah keadaan kak Eiffel tiap-tiap hari Warren, kalau Warren nak tahu."

"Kalau Apel dan kak Eiffel perlukan apa-apa pertolongan dari Warren, Warren sentiasa ada untuk Apel."

Apel hanya mendiamkan diri.

____RUMAH AGAM DANTHER____

"Sudahlah Reizen, tak akan di sebabkan manusia kau nak jadi macam ni.."

Rayz memberikannya segelas air berisi darah kepadanya.

"Nah! Ambik ni, aku tengok kau dah banyak hari tak minum darah."

Reizen menolak tangan Rayz yang memegang gelas air darah itu dan terus bangun dari atas katilnya.

"Aku tak ada selera."

"Kau nak pergi mana tu Reizen?"

Reizen tidak mempedulikan Rayz dirinya terus meninggalkannya tanpa berkata apa-apa.

____DI BILIK EIFFEL____

"Shawn ke tu?"

Eiffel melihat Shawn berada di luar balkoninya dengan badan Shawn membelakanginya.

"Shawn? Shawn pergi mana? Bukan ke Shawn dah janji dengan Eiffel yang Shawn tak akan tinggalkan Eiffel dan jugak Apel lagi? Tapi kenapa Shawn tipu Eiffel? Shawn tahu tak yang betapa Eiffel terlalu rindukan Shawn sangat-sangat.."

Perlahan-lahan Shawn memusingkan badannya menoleh ke arah Eiffel. Begitu gerunnya Eiffel melihat wajah Shawn berlumuran darah dan suaranya mengerang menahan kesakitan.

"Tolong Shawn Eiffel.. Shawn sakit.. Shawn sakit sangat-sangat Eiffel.. Tolong Shawn.."

"Aaaaahh....!!!!"

Eiffel menjerit sekuat-kuat hatinya melihat keadaan Shawn yang amat mengerikan itu.

"Kak Eiffel! Kenapa ni kakak?! Tolonglah jangan macam ni kak!"

Apel memeluk kuat badan Eiffel di sebabkan Eiffel menjerit-jerit trauma setelah tersedar dari tidurnya.

Apel menangis teresak-esak melihat keadaan kakaknya yang begitu menyedihkan itu.

Setelah berjam-jam Apel cuba menenangkan Eiffel, akhirnya Eiffel tertidur semula akibat kepenatan dari meronta-rontanya tadi. Apel menyelimutkan Eiffel sambil menatapi wajah pucat Eiffel.

"Kakak jangan risau, Apel akan balas dendam kematian Abang Shawn juga mummy dan daddy kita kakak. Apel akan cari lelaki tu, kerana Apel jugak nak tahu siapa dia yang sebenarnya."

Apel meninggalkan Eiffel yang sedang tertidur lena.

____BILIK RAHSIA APEL TEMPAT PENYIMPANAN SENJATA-SENJATANYA____

Apel menyiapkan dirinya untuk bersedia bertarung.

"Setelah sekian lama, aku tunggu kau, akhirnya kau munculkan jugak diri kau. Tapi aku tak sangka, yang kau datang dengan membawa pergi bersama-sama orang paling penting dalam hidup aku. Sekarang tiba masanya pulak untuk aku membalas semula serangan kau. Walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan berdepan dengan kau."

Kedua-dua belah tangan Apel memegang kuat pedangnya dengan pandangan tajam penuh rasa dendamnya yang membuak-buak.

____DI TEPI PANTAI____

Reizen duduk di atas batu sambil matanya memandang ke arah langit memerhatikan kecantikan bulan seorang diri.

Secara tiba-tiba hatinya tersentak apabila naluri vampirenya telah mengesan sesuatu.

____KOLEJ HIGH VILLE DI WAKTU MALAM____

Suasana yang begitu gelap dan sunyi kedengaran suara seorang lelaki sedang menjerit meronta-ronta mengerang menahan kesakitan.

"Tolonglah lepaskan aku! Aku merayu pada kau lepaskan aku.."

Perlahan-lahan kaki seseorang melangkah mendekati lelaki malang itu.

Lelaki misteri itu memegang kuat lehernya dan mengangkat badannya ke atas hanya menggunakan sebelah tangannya sehingga lelaki malang itu terkapai-kapai akibat sesak nafas lalu badannya di hempaskan ke dinding.

Sedang lelaki misteri itu ingin mencederakan lelaki malang itu dengan lebih kejam lagi, dirinya pula telah di serang oleh seseorang dari arah belakangnya.

Kesakitan yang teramat, lelaki misteri itu telah melepaskan leher lelaki malang itu.

Lelaki misteri itu menoleh sedikit wajahnya ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orang yang cuba ingin membunuhnya dan rupa-rupanya ianya adalah Apel. Apel memegang pedangnya dan menikam kuat bahagian belakang badannya.

"Arrrrrgh....!!!!"

Meraung kesakitan lelaki misteri itu cuba untuk melawan Apel tetapi Apel telah menikamnya dengan lebih dalam lagi.

Di sebabkan Apel benar-benar ingin membunuhnya, dirinya yang berkeadaan badannya membelakangi Apel, tangan kirinya mematahkan pedangnya tetapi separuh lagi batang pedang itu masih lagi berada di dalam badannya.

Apel terkejut lelaki misteri itu berbuat demikian, kerana itu Apel cuba untuk menyerangnya lagi tetapi gagal di sebabkan lelaki misteri itu telah pun berjaya melarikan diri daripadanya sepantas kilat.

"Tak adalah kuat sangat."

Apel tersenyum jahat memerhatikan arah lelaki misteri itu lari.

Rupa-rupanya lelaki malang yang telah di bunuh oleh lelaki misteri itu tadi adalah Sir. James pensyarah kolejnya sendiri.

Wajah Apel tertunduk ke bawah dengan menitiskan air mata sebaknya memerhatikan keadaan menyayat hati Sir. James itu.

____RUMAH AGAM DANTHER____

Kedengaran pintu di gegarkan begitu kuat sekali dan Rayden membukanya dengan terburu-buru.

"Reizen? Kau kenapa ni?!"

Rayden sempat memeluk badan lemah Reizen yang nyaris-nyaris ingin terjatuh.

Reizen yang menahan kesakitan yang teramat nada begitu lemahnya menjawab.

"Tolong aku Rayden.. Tolong keluarkan benda ni daripada badan aku.."

Apabila Rayden memeriksa kecederaannya dirinya benar-benar terperanjat besar apabila belakang badannya terselit batang besi berupa pedang.

"Siapa yang cuba nak bunuh kau ni Reizen beritahu aku sekarang?!"

Dendam Rayden pada orang yang telah cuba menyakiti adiknya itu.

Akhirnya Reizen telah terlepas dari pelukan Rayden dan rebah di kaki abangnya itu.

"Reizen! Bangun Reizen! Reizen!"

Betapa takutnya Rayden kehilangan satu-satunya adik kesayangannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience