TPP 14 __ MEM0R¡ C¡NTA

Fantasy Series 19743

Apel jatuh melutut di atas tanah tercungap-cungap kepenatan sehari suntuk bermain pedangnya tanpa henti di tempat latihan hutan belakang rumahnya.

"Tolonglah jangan bahayakan nyawa Apel lagi untuk buru lelaki tu!"

Fikirannya terganggu dengan kata-kata Reizen yang sebelum ini cuba menghalangnya untuk membalas dendam.

Tangan kanannya menggengam kuat pedangnya yang di cacakkan ke tanah.

"Aku tak sangka yang kau adalah sebenarnya punca pemusnah segala-galanya selama ni. Aku nak kau bayar balik atas apa yang kau dah rampas daripada aku sebelum ni. Mulai daripada saat ni, nyawa kau sekarang adalah milik aku Reizen Danther!"

Penuh membuak-buak dendam di dalam diri Apel yang kini begitu nekad untuk membunuh Reizen tanpa tiada sesiapa pun mampu menghalagnya lagi.

"Apel?"

Eiffel menyapanya di belakang.

"Kakak tengok daripada semalam Apel langsung tak banyak cakap. Ada apa-apa ke yang mengganggu fikiran Apel? Cakaplah Apel, kakak risau sangat, mana tahu kakak boleh tolong?"

Apel terus bangun melangkah mendekati Eiffel dengan pandangan tajamnya.

"Betul kak Eiffel nak tolong Apel? Kalau betul kakak nak tolong Apel, Apel nak kakak jauhkan diri kakak daripada adik-beradik Danther. Apel tak suka kakak, sebab Apel terlalu bencikan mereka berdua!"

"Tapi kenapa Apel, apa yang mereka berdua dah buat pada Apel sampai Apel benci sangat-sangat pada mereka?!"

Jerit Eiffel menahan kaki Apel yang ingin berlalu pergi meninggalkannya.

Apel menoleh ke arah Eiffel.

"Kak Eiffel nak tahu kenapa?"

Apel mendekatinya semula dengan keadaannya begitu marah.

"Merekalah penyebab abang Shawn dan Warren mati kak! Kerana Reizen adalah pembunuh sebenarnya yang selama ni Apel cari! Dan dia tak boleh lari lagi daripada Apel! Apel nekad akan cari dia dan bunuh dia dengan tangan Apel sendiri!"

Apel terus beredar.

"Tak mungkin... Tak mungkin Rayden dan Reizen sanggup lakukan semua tu... Tak mungkin..."

Eiffel cuba memujuk hatinya sendiri supaya tidak mempercayai kata-kata Apel kerana nalurinya kuat mengatakan bahawa sangkaan Apel itu terhadap mereka berdua benar-benar salah.

____DI RUMAH ADRIAN____

Bunyi ketukan pintu beberapa kali dari arah luar.

"Rayden?"

Eiffel terkejut Rayden muncul di muka pintunya.

"Maaf kalau Rayden mengganggu Eiffel. Sebenarnya Rayden datang sini, sebab Rayden nak tahu, Reizen ada dekat sini ke?"

"Kenapa Rayden fikir yang Reizen ada dekat sini?"

"Sebab... It's okay Eiffel, lupakan jelah apa yang Rayden cakap tadi. Sebenarnya, Rayden benar-benar perlukan pertolongan Eiffel. Kita sama-sama cari Reizen?"

"Kenapa Eiffel perlu tolong pembunuh kejam Shawn dan jugak Warren?"

Rayden cemas sekali kerana terperanjat atas kata-kata Eiffel.

"Eiffel cakap apa ni?"

"Jangan cuba tipu Eiffel lagi Rayden! Eiffel dah tahu rahsia yang Rayden dan Reizen cuba sembunyikan daripada pengetahuan Eiffel sebelum ni! Betulkan Rayden dan Reizen yang bunuh Shawn jugak Warren?!"

Rayden menundukkan kepalanya.

"Rayden... Rayden ada sebab Rayden sendiri Eiffel. Tolonglah Rayden merayu sangat-sangat pada Eiffel... Buat masa ni, tolong percayakan Rayden...?"

"Sebab? Sebab apa lagi yang Rayden cuba nak tipu Eiffel?! Eiffel memang bodoh kerana terlalu percayakan kamu berdua sebelum ni! Eiffel benar-benar tak sangka yang Rayden dan Reizen sanggup lakukan semua tu pada Eiffel jugak Apel! Eiffel dah tak percayakan Rayden lagi, sebab Eiffel bencikan Rayden! Lebih-lebih lagi, Eiffel teramat-amat bencikan Reizen sekarang!"

"Eiffel tolonglah jangan cakap macam tu pada Reizen... Sebab Eiffel langsung tak sedar sekarang, apa yang Eiffel dah buat... Rayden merayu, tolonglah tarik balik kata-kata Eiffel pada Reizen tadi...?"

Telefon bimbit Eiffel berbunyi.

"Hello Apel? Apel dekat mana sekarang ni?"

"Jangan tunggu Apel balik."

"Apel? Apel dekat mana ni Apel?"

"Apel nak cari Reizen dan Apel nak bunuh dia."

"Hello Apel? Apel!"

"Kenapa ni Eiffel?"

"Apel sekarang tengah buru Reizen Rayden! Sebab Apel nak bunuh dia!"

"Apa?! Kita kena cari Reizen sekarang Eiffel sebelum terlambat! Sebab hanya Eiffel saja yang boleh selamatkan nyawa dia!"

"Apa maksud Rayden?"

"Kita tak ada masa lagi Eiffel! Kita kena pergi sekarang!"

Rayden terus menarik tangan kanan Eiffel lari bersama-samanya membawanya terus masuk ke dalam keretanya secara terburu-buru.

****

"Ingat tu, jangan sesekali cuba cari pasal dengan kitorang! Nerd!"

Sekumpulan hot girls mengerumuni gadis malang itu dengan memijak-mijak cermin matanya sehingga pecah lalu beredar meninggalkannya kehujanan seorang diri di situ.

Gadis malang itu menangis kesedihan yang teramat-amat dengan menyorok di belakang bangunan kolej tempat parking kereta.

"Hey... U okay?"

Sapa seseorang.

"Pergi! Jangan ganggu aku! Pergi!"

Jeritnya.

"Sorry... Tapi sebelum tu... Nah ambiklah, sekurang-kurangnya tisu ni dapat tolong lapkan air mata awak tu..."

Kata-katanya membuatkan gadis malang itu ketawa kecil mendengarnya.

"Awak ketawa...?"

"Maaflah saya tengking awak tadi. Sebab sebelum ni, tak pernah lagi ada orang yang ambik berat pasal saya. Tanya saya okey ke tidak macam awak buat tadi... Awak orang pertama yang tanya saya macam tu... Terima kasih Reizen."

"Macam mana awak tahu nama saya?"

"Siapa yang tak kenal dengan adik-beradik Danther paling hot dalam Kolej High Ville ni."

"So, awak rasa saya ni hot?"

"Bukan saya yang cakap, tapi budak-budak perempuan dalam kolej ni yang cakap."

"Dan awak salah seorangnya betul tak?"

Pipi gadis itu terus merah malu yang teramat-amat pada Reizen.

"Hei gurau..."

Reizen terdiam seketika memandangnya.

"Kenapa Reizen pandang macam tu?"

"Jom ikut Reizen. Reizen nak tunjukkan sesuatu."

"Ikut Reizen? Pergi mana? Kita baru je kenal dan macam mana saya nak percayakan Reizen?"

Mendengar pertanyaan gadis itu, Reizen menghulurkan tangan kanannya padanya dengan tersenyum comel.

"Hai saya Reizen Danther dan awak?"

Gadis itu menyambut tangannya dengan wajah peliknya memandang Reizen.

"Saya Cami Castella."

"Cantik nama tu. So, dah kenalkan? Masih nak anggap Reizen stranger lagi ke? Trust me..."

Cami ketawa comel lagi.

Cami terkejut Reizen memberhentikan motorbike hitamnya dengan membunyikan kuat deruman enjinnya di hadapannya.

"Betul ke, Reizen nak Cami naik motorbike Reizen ni?"

"Yup! Kenapa Cami takut ke?"

"No... Siapa cakap Cami takut?"

Reizen ketawa comel pada Cami menyedari tangan Cami mengeletar memegang pinggangnya untuk naik.

"Cami tahu tak yang Cami comel sangat bila cuba buat-buat berani depan Reizen. Kalau Cami takut, Cami boleh pegang Reizen kuat-kuat tapi jangan sampai cekik Reizen sudahlah..."

"Hahaha... Very funny..."

Ajuk Cami semula.

Sepanjang jalan Reizen merasai tangan Cami menggigil-gigil memeluk pinggangnya ketakutan di sebabkan kelajuan motorbikenya kerana itu Reizen memegang kuat tangannya untuk menenangkannya sambil dirinya menunggang. Cami hanya tersenyum kecil di belakang atas sisi lembut Reizen itu padanya.

____DI LAMPU ISYARAT MERAH____

"Hey girls! Itu bukan Cami ke? Dia dengan Reizen?! Naik motorbike Reizen lepas tu peluk Reizen bukan main rapat lagi!"

Kata salah seorang hot girls yang membulinya di kolej tadi juga sedang menunggu di dalam kereta mereka. Mereka hanya memerhati Cami berlalu bersama Reizen dengan pandangan tajam masing-masing cemburu yang teramat-amat.

Reizen membawa Cami berjalan-jalan menaiki motorbikenya ke tempat-tempat yang mempunyai pemandangan begitu indah. Sehinggalah Reizen berhenti di suatu kawasan tasik air hijau mempunyai sebuah jambatan cantik. Mereka berdua duduk di jambatan dengan kaki terjuntai ke bawah bermain air dengan gembiranya.

"Terima kasih sekali lagi Reizen atas apa yang Reizen dah buat untuk Cami hari ni. Cami hargainya sangat-sangat. Tak pernah lagi ada orang yang sanggup lakukan semua ni untuk Cami sebelum ni."

"It's cool. Reizen jugak gembira dah buat Cami senyum semula."

Mereka berdua mendiamkan diri untuk seketika sambil menikmati pemandangan petang yang begitu tenang sekali di situ bersama-sama.

Beberapa minit kemudian Cami telah menyepak lembut kaki Reizen. Reizen yang terkejut dengan gurauan Cami dirinya membalas semula dan masing-masing tidak mahu mengalah.

Akhirnya Reizen give up dengan kedua-dua belah kakinya terus mengepit kuat kedua-dua belah kaki Cami untuk menghentikannya sehingga membuatkan Cami terdiam malu teramat-amat di sebabkan wajah dan juga badan mereka berdua begitu rapat sekali.

Keadaan menjadi begitu janggal sekali apabila Reizen menyedari Cami seakan-akan ingin cuba untuk mencium bibirnya tetapi di tolak lembut oleh Reizen dengan memalingkan wajahnya pada Cami. Reizen melepas lembut kaki Cami. Mereka berdua cuba mengawal perasaan malu masing-masing.

"Maaf... Cami tak patut buat macam tu tadi..."

"It's okay Cami..."

"So Reizen, can i ask u something?"

"Shoot."

"Apa hubungan Reizen dengan Mizz Eiffel sebenarnya?"

Reizen terkejut memandang Cami.

"Hubungan yang macam mana Cami maksudkan ni? Hubungan kami biasa-biasa je, dah tentulah sebagai pelajar dengan pensyarah. Tapi kenapa Cami fikir yang Reizen ada hubungan dengan Mizz Eiffel?"

"Sebab Cami dah nampak segala-galanya Reizen. Apa yang berlaku pada Mizz Eiffel tempoh hari."

"Apa yang Cami dah nampak?"

____KEJADIAN EIFFEL NYARIS DI LANGGAR LORI DAN RAYDEN TELAH MENYELAMATKANNYA____

Cami yang sedang menunggu berseorangan berdekatan tempat itu, dirinya telah menyaksikan segala-galanya dengan mata kepalanya sendiri.

"Reizen?"

Cami memerhatikan pelik Reizen daripada jauh yang sedang melihat Rayden bersama Eiffel dalam keadaan dirinya betul-betul marah seakan-akan Reizen begitu cemburu sekali. Setelah Rayden pergi sepantas kilat, Reizen melepaskan geramnya dengan menumbuk selamba body kereta berdekatannya sehingga remuk teruk dan akhirnya beredar.

"Cami jugak tahu yang Reizen dan Rayden bukan manusia biasa. Betulkan Reizen?"

Reizen menundukkan kepalanya dengan wajah yang begitu sedih.

"Ya, kami berdua sebenarnya adalah vampire."

"Vampire?"

"Tapi kenapa Reizen tengok, Cami langsung pun tak takut pada Reizen?"

"Pada mulanya Cami memang takut sangat-sangat pada Reizen. Tapi bila Cami tengok sendiri cara Reizen layan Cami tadi, Cami tak rasa yang Reizen ni jahat."

Cami melihat Reizen menundukkan kepalanya dengan ketawa kecil.

"Kenapa Reizen ketawa?"

"Cami sorang je, yang anggap Reizen macam tu. No Cami, Cami silap, Reizen bukan seperti apa yang Cami fikirkan sekarang. Cami belum cukup kenal lagi Reizen sepenuhnya."

"Kenapa Reizen ada niat nak bunuh Cami dengan minum darah Cami jugak ke?!"

Sekali lagi Reizen mengetawakan Cami.

"Cami jangan risau, tengok cara Cami nangis tadi pun dah buatkan Reizen tak sampai hati nak gigit Cami. Kami berdua memang vampire yang meminum darah tapi, hanya darah binatang dan bukannya darah manusia."

"Reizen...?"

Panggil lembut Cami melihat wajah Reizen terus tertunduk ke bawah tanpa berkata apa-apa lagi padanya.

"Cami tahu tak, dengan apa yang Cami beritahu pada Reizen, Reizen terpaksa padamkan ingatan Cami tentang Reizen."

"Padamkan ingatan Cami tentang Reizen? Tapi kenapa? Apa salah Cami Reizen?"

"Sebab Reizen tak nak libatkan Cami dalam masalah Reizen jugak bahayakan nyawa Cami di sebabkan Reizen."

Cami terus bangun dalam keadaan begitu marah.

"Cami tak nak Reizen! Dan Cami tak peduli pasal nyawa Cami! Cami baru je nak ada kawan sebaik Reizen tapi bila Cami dah dapat kenapa Cami perlu lepaskannya Reizen?! Atau Reizen sebenarnya tak sudi nak berkawan dengan gadis nerd macam Cami?! Betulkan Reizen?! Sebab Reizen malu?! Reizen menyesalkan?! Betulkan?!"

Kata-kata Cami membuatkan Reizen juga bangun dan terus memeluk badannya begitu erat.

"Cami fikir Reizen menyesal? Cami fikir Reizen peduli ke semua tu? Reizen langsung tak pedulinya Cami. Reizen mintak maaf kalau Cami rasa macam tu... Reizen benar-benar mintak maaf... Tolonglah faham situasi Reizen Cami. Reizen lakukannya semata-mata demi untuk kebaikan Cami."

Cami menangis sebak teramat dalam pelukkan Reizen untuk seketika dan terus menolak marah badan Reizen cuba menjauhkan dirinya daripadanya.

"Cami nak balik! Hantarkan Cami balik sekarang Reizen! Please..."

Reizen hanya mendiamkan diri kerana menyedari Cami benar-benar kecewa terhadapnya.

____DI DEPAN RUMAH CAMI____

Cami turun dari motorbike Reizen dan terus menatapi wajah dan anak mata biru ais Reizen.

"Cami dah sedia."

Katanya dingin.

Reizen memegang lembut tangan kanan Cami dan memberikannya sekuntum bunga ros putih padanya.

"Bunga ni, tanda maaf Reizen pada Cami. Cami dah sedia?"

"Reizen ada katakan pada Cami sebelum ni yang Reizen nak Cami percayakan Reizen. Dan jawapannya... Yes... I trust u Reizen, walaupun kita baru saja kenal. Tapi kenapa Reizen pulak yang tak percayakan Cami...?"

Dengan berat hatinya penuh bersalahnya, Reizen mengalirkan airmata terkilannya dan terus memukau Cami.

"Tatap mata aku sekarang... Aku nak kau lupakan..."

Kata-kata Reizen terhenti seketika menahan sebak yang teramat sebaik saja menatap mata kaku Cami dan dirinya menyambung semula.

"Aku nak kau lupakan tentang segala-galanya yang berlaku hari ni. Dan aku nak kau jugak lupakan siapa aku dan abang aku Rayden yang sebenarnya. Besok pagi, bila kau bangun dari tidur, buat seperti hari-hari biasa yang kau selalu lakukan sebelum ni, faham?"

Cami mengangguk akur dan perlahan-lahan dirinya berjalan masuk ke dalam rumahnya dengan di perhati sebak oleh Reizen.

"Reizen sememangnya percayakan Cami. Cuma Reizen yang tak percayakan diri Reizen sendiri jika Reizen dekati Cami."

****

Reizen duduk berseorangan di bawah lantai laluan pejalan kaki tanpa mempedulikan orang yang sedang lalu-lalang. Dirinya termenung sedih dengan tangannya asyik memegang dadanya menahan kesakitan akibat kecederaannya yang telah di lakukan oleh Cami malam itu.

"Maafkan Reizen Cami... Di sebabkan Reizen, Cami jadi mangsa keadaan... Reizen sepatutnya lindungi Cami, tapi Reizen gagal Cami... Reizen gagal... Maafkan Reizen..."

Reizen menitiskan airmata serba-salahnya dengan badannya yang teramat lemah dirinya bangun dengan melangkah perlahan tanpa hala tuju sehinggalah dirinya memasuki sebuah terowong pejalan kaki bawah tanah yang begitu gelap-gelita dan menyeramkan.

Sedang dirinya berjalan, naluri vampirenya kuat merasai seseorang berada di belakangnya. Tetapi belum sempat wajahnya menoleh, lehernya telah di cengkam kuat dan badannya terhempas ke dinding sepantas kilat.

"Well... Well... Well... Putera Reizen Danther... Mengaku kalah jelah sebab kau dah semakin lemah dan puteri kesayangan kau tak mungkin akan balik semula pada kau Reizen. Sebab dia dah pun tahu yang kau sebenarnya pembunuhnya. Dan kau cuba fikir, Eiffel akan terima ke atas apa yang kau dah buat pada dia sebelum ni?"

"Jangan mimpilah yang aku akan tunduk pada kau sebab kata-kata kau tu, langsung tak beri apa-apa kesan pun pada aku. Aku lebih rela mati lagi daripada jadi orang suruhan kau!"

"Aku nak tengok sejauh mana kau mampu bertahan Reizen."

____PADA WAKTU YANG SAMA____

Apel menunggang motorbikenya memecut meluncur begitu laju cuba mencari keberadaan Reizen.

****

Reizen jatuh berguling-guling beberapa kali di lantai akibat dari hentakan kuat yang telah di lakukan oleh lelaki misteri itu dengan menggunakan kekuatan vampirenya.

"Reizen... Reizen... Kau dah buat perempuan tu sampai sanggup jual nyawa dia pada aku. Aku tertanya-tanya, berapa ramai lagi nyawa yang kau nak korbankan semata-mata kerana kau Reizen?"

"Jadi, kaulah yang telah kembalikan ingatan dia semula, jugak ubah diri dia jadi vampire semata-mata untuk menentang aku dan membunuh aku?!"

"Kau tak boleh salahkan aku Reizen. Niat aku cuma nak tolong dia je. Daripada manusia loser, dia telah berubah menjadi vampire yang kuat. Dan itu adalah kemahuan dia sendiri."

"Kau jangan ingat aku bodoh! Aku tahu kau yang mempengaruhi fikiran dia sampai dia sanggup lakukan semua tu, betulkan?!"

"Kerana dia benar-benar cintakan kau Reizen! Dan dia rasa dirinya telah di khianati oleh kau! Sebab kau pilih Eiffel dan bukan diri dia!"

Reizen tidak mampu berkata lagi kerana rasa bersalah yang di rasainya makin memakan dirinya sendiri.

Lelaki misteri itu melangkah perlahan mendekati Reizen. Kecederaan Reizen membuatkan dirinya tidak mampu lagi untuk bergerak. Kerana itu, sekali lagi dirinya di sakiti.

"Aaaaaarrrrrrrrrrgh....!!!!"

Reizen menjerit sepenuh hatinya mengerang kesakitan.

Sedang lelaki misteri itu leka cuba untuk membunuh Reizen, dirinya pula di serang curi oleh seseorang dari arah belakangnya dengan begitu pantasnya lelaki misteri itu mengelak tetapi malangnya serangannya telah mengenai Reizen. Dadanya yang sakit itu telah di tusuk sedikit dengan sebilah pedang.

"Apel....?"

Berkata Reizen begitu lemahnya suaranya menahan kesakitan yang teramat kerana terperanjat melihat kemunculan Apel di situ. Dengan rasa dendam Apel terhadap Reizen, tangannya bersiap-sedia untuk membunuhnya.

Lelaki misteri itu cuba membalas semula serangan Apel tadi dari arah belakang Apel dan Apel sempat mengeluarkan sebilah lagi pedang canggihnya untuk menikamnya. Melihat teknik pengerakan lelaki misteri itu, seakan-akan Apel benar-benar mengenalinya.

"Abang Shawn?"

Perlahan-lahan lelaki misteri itu keluar dari kegelapan tempat itu untuk menunjukkan wajah sebenarnya pada Apel.

"Gotcha! Rindukan abang ke Apel?"

Pedang yang di arahkan pada Shawn telah terlepas dari pegangan tangan Apel jatuh ke lantai kerana terperanjat besarnya melihat kemunculan Shawn dengan mata kepalanya sendiri.

Perasaannya benar-benar keliru dengan situasi itu. Dirinya hanya terkaku memandang wajah Shawn seakan-akan dirinya tidak mempercayai bahawa Shawn masih lagi hidup.

"Kenapa abang tipu Apel? Lebih-lebih lagi Kak Eiffel? Kenapa Abang Shawn?! Bukan ke abang cintakan kak Eiffel tapi kenapa abang tergamak lakukan semua ni pada kami berdua?! Kenapa?!"

"Sebab perjanjian abang adalah untuk membunuh kamu berdua Apel."

"Kami berdua terlalu sayangkan abang! Kak Eiffel cintakan abang! Bagaimana pulak dengan cinta abang pada kak Eiffel selama ni?!"

"Cintakan manusia yang berhati lembut jugak lemah macam Eiffel dan sayangkan orang yang pathetic seperti Apel?"

"Pathetic? Jadi, itu ke yang abang anggap terhadap kami berdua selama ni?"

"Maafkan abang Apel... Abang tak ada niat pun nak lukakan hati Apel. Tapi itulah kenyataannya tentang kamu berdua. Sungguh menyedihkan..."

Apel tidak mampu berkata lagi kerana hatinya begitu terluka di khianati oleh Shawn.

"Dengar sini baik-baik Apel... Tolonglah jangan dengar apa-apa pun yang di katakan oleh dia! Jangan biarkan dia cuba pengaruhi fikiran Apel! Tolonglah percayakan Reizen untuk kali ni Apel! Please..."

"Bunuh dia Apel. Dia tak ada bezanya dengan Shawn. Lepaskan segala dendam kemarahan yang Apel rasa selama ni pada dia. Lepaskan segala-galanya."

Fikiran Apel benar-benar terganggu. Terlalu sukar untuknya membuat keputusan sama ada ingin mempercayai Shawn atau pun Reizen di waktu genting itu. Pedangnya yang masih lagi menikam dada Reizen di genggam kuat.

"Jangan Apel!"

Jerit Rayden yang akhirnya muncul bersama-sama Eiffel."

"Shawn?"

Sapa begitu terperanjatnya Eiffel yang melihat Shawn tersenyum sinis padanya dari jauh.

"Tolonglah lepaskan Reizen Apel... Apel tak sedar apa yang Apel dah buat sekarang... Rayden merayu pada Apel tolonglah jangan apa-apakan Reizen..."

Shawn telah menyihir Rayden sehingga badan Rayden tidak mampu bergerak lalu di hempaskan melekat kuat ke dinding.

"Aaaaarrrrrrrrrrh....!!!!"

Rayden meraung kesakitan cuba melawan sihir yang di kenakan Shawn padanya.

"Rayden....!!!! Shawn! Apa yang Shawn buat ni?! Lepaskan Rayden Shawn!"

Jerit cemas Eiffel.

"Eiffel! Dengar sini Eiffel... Dia bukan Shawn seperti yang Eiffel fikirkan... Sekarang ni, hanya Eiffel saja yang boleh selamatkan Reizen!"

"Selamatkan Reizen? Tapi macam mana?!"

"Memori cinta Eiffel pada Reizen! Hanya memori cinta kamu berdua saja yang boleh hentikan semua ni dan kembalikan semula kuasa jugak nyawa Reizen Eiffel!"

"Memori cinta? Reizen Eiffel cuba untuk ingat Reizen tapi Eiffel tak boleh... Maafkan Eiffel Reizen... Maafkan Eiffel..."

Bisik begitu sebak Eiffel dalam hatinya memandang Reizen.

Perlahan Shawn melangkah mendekati Eiffel.

"Eiffel? Shawn benar-benar rindukan Eiffel..."

"Jangan pandang mata Shawn Eiffel....!!!!"

Jerit Rayden cuba melindungi Eiffel dari terkena pukauan mata Shawn tetapi malangnya Rayden tidak mampu melawan sihirnya kerana kuasa Shawn jauh lebih kuat daripadanya.

Kini wajah Eiffel kaku memandang Shawn. Shawn menoleh pandangannya semula pada Apel.

"Tunggu apa lagi Apel?! Bunuh Reizen sekarang!"

Perintah Shawn.

Apel hanya mematungkan diri memandang wajah kesakitan Reizen padanya.

"Betul ke apa yang aku buat ni?"

Bisik hati kelirunya.

Gerak-geri Apel hanya di perhatikan tajam oleh Shawn dari jauh.

Situasi yang di alami mereka bertiga itu, benar-benar memakan diri Reizen. Lebih-lebih lagi Reizen sebak melihat keadaan kaku Eiffel sebegitu. Perlahan-lahan kedua-dua belah tangan Reizen memegang kuat pedang Apel yang menusuk dadanya itu.

"Reizen?"

Naluri Rayden kuat merasai yang Reizen ingin melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Reizen mengalirkan airmata penuh rasa cintanya memandang sayu ke arah wajah kaku Eiffel.

"Semua ni perlu di hentikan Rayden... Maafkan aku..."

"Reizen no....!!!! Stop Reizen....!!!!"

Reizen menikam dalam dadanya sendiri menggunakan pedang Apel.

Apel benar-benar terperanjat besar melihat tindakan gila Reizen yang cuba membunuh dirinya sendiri di depan matanya.

Setelah Reizen menikam dirinya, muncul cahaya putih menyinari dirinya. Cahaya itu perlahan-lahan menghilangkan Reizen dari pandangan mata Apel dan Rayden.

"Kau sedar tak apa yang kau dah buat Reizen?"

Rayden menangis sebak memandang Reizen yang hanya tersenyum comel padanya sebelum pergi.

"Reizen..."

Sayu Rayden terpaksa melepaskan satu-satunya adik kesayangannya pergi bersama-sama cahaya putih itu.

"Terima kasih Apel, perjanjian kita dah pun selesai. Kau dah kalah Rayden..."

Shawn tersenyum sinis memandang anak mata merah menyala vampire Rayden yang sedang menatap tajam wajahnya daripada jauh sebelum pergi.

Dan akhirnya Shawn juga telah menghilangkan diri bersama-sama sihir yang telah dirinya kenakan pada Rayden dan Eiffel tadi.

Rayden terus berlari cemas mendapatkan Eiffel.

"Eiffel okey?"

"Apa yang berlaku Rayden? Reizen mana?"

"Reizen dah tak ada Eiffel... Dia dah pergi jauh tinggalkan kita semua..."

Kata-kata Rayden telah membuatkan pedangnya jatuh terlepas dari tangannya bergema ke lantai. Kini barulah Apel menyedari bahawa dirinya telah melakukan kesilapan paling besar dalam hidupnya. Kerana telah membunuh orang yang selama ini, cuba melindungi nyawanya juga nyawa kakaknya.

"Apa yang aku dah buat...?"

Penuh penyesalannya Apel berkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience