TPP 4 __ BENC¡

Fantasy Series 19759

"Selamat pagi Reizen!"

Suara sapaan comel Eiffel itu, membuatkan buku yang di pegangnya terus terlepas dari tangannya jatuh ke lantai.

"Maaflah kalau saya buat kamu terkejut."

"Memang pun! Tak, tak adalah! Maksud saya, selamat pagi Mizz Eiffel."

Reizen sedaya-upayanya cuba mengawal perasaan mengelabahnya di sebabkan melihat crushnya berada betul-betul di depan matanya.

"Mizz Eiffel okey?"

"Kenapa, kamu nampak saya macam tak sihat ke hari ni Reizen?"

"Bukan maksud saya, Mizz Eiffel nampak ceria betul hari ni.."

"Oh! Nampak sangat ya? Tak adalah.. Sebenarnya hari ni, saya nak jumpa kawan lama. Kami dah lama tak jumpa. Lepas tamat je kolej, dia terus pindah ke luar negara."

"Kawan Mizz Eiffel tu, lelaki ke perempuan?"

"Lelaki. Shawn nama dia."

Wajah Reizen terus berubah marah, dirinya begitu cemburu sekali mendengarnya.

"Reizen?"

"Um.. Mizz, saya pergi dulu. Jumpa dalam kelas."

"Okey."

Eiffel menyedari Reizen memberikan pandangan masam-mencukanya padanya kerana itu, Eiffel memerhatikannya pelik.

Sedang Reizen berjalan laju menuju ke kelas, dirinya telah di tahan oleh Apel. Apel menghalangi laluannya.

"Aku beri amaran terakhir pada kau! Aku tak nak tengok lagi kau cuba rapat dengan kakak aku Eiffel! Kau faham tak?!"

"Tak silap saya, nama awak Apel. Betul tak? Oh! Jadi, Mizz Eiffel tu kakak Apel?"

"Dari mana kau tahu nama aku?! Kak Eiffel yang beritahukan?!"

"Tak! Mizz Eiffel tak ada beritahu apa-apa pun dekat saya. Bukan ke kawan lelaki Apel yang panggil Apel dengan nama tu waktu kejadian saya tak sengaja nak langgar Apel tempoh hari? Jadi, saya terdengar dan tahulah nama Apel."

Apel melangkah lebih dekat lagi merapati Reizen dengan menatapi anak mata biru ais Reizen penuh tajam dan di sebabkan Reizen tinggi melampai Apel terpaksa mendongakkan sedikit kepalanya ke atas.

"Aku nak tahu apa yang kau dah buat pada kakak aku Eiffel semalam?!"

"Apa yang Apel cakap ni? Reizen buat apa dekat Mizz Eiffel?"

Reizen mengelabah kerana nalurinya kuat merasai Apel telah mengetahui sesuatu tentang dirinya.

"Kau jangan ingat aku bodoh Reizen! Baik! Kalau kau tak nak beritahu aku, aku akan cari sendiri rahsia yang kau cuba sembunyikan dari aku! Dan waktu tu, kau jangan harap kau boleh lepas daripada aku! Ingat tu Reizen?!"

Reizen begitu risau sekali dengan pandangan curiga Apel padanya yang terus beredar setelah cuba mengugutnya.

____DALAM KELAS____

"Rayden kau dengar tak?!"

Reizen bercakap dengannya menggunakan telepati.

"Ada apa?"

"Aku risau pasal Apel."

"Apel? Siapa yang kau maksudkan ni?"

"Kau tak perasan ke budak perempuan yang duduk tak jauh dari kau tu, asyik perhatikan aku dan kau je daripada tadi?"

"Maksud kau budak perempuan yang kita jumpa hari tu ke? Kenapa dengan dia?"

"Aku rasa dia macam tahu siapa kita berdua Rayden."

"Apa!"

Jeritan Rayden yang terus bangun dari tempat duduknya itu memeranjatkan kesemua orang yang berada di dalam kelas termasuklah Reizen. Reizen menutup wajahnya dengan buku kerana menyedari Rayden berang memandangnya.

"Sorry Sir, boleh saya ke tandas sekejap?"

"Okey."

"Aku tunggu kau dekat luar. Now!"

Sambung Rayden lagi menggunakan telepati sebelum keluar.

"Sir? Boleh saya.."

"Kamu boleh pergi."

"Thanks.."

Sir. James hanya memerhatikan mereka berdua keluar dengan wajah blurnya.

****

"Kau nak bawak aku pergi mana ni Rayden?"

Rayden memecut keretanya dengan begitu laju.

"Apa lagi, pindah daripada sinilah! Kau yang cakap dekat aku tadi, identiti kita dah terbongkar!"

"Um.. Rayden? Aku rasa kau salah dengar, aku tak cakap pun macam tu. Maksud aku, dia cuma syak je."

Rayden terus membreak keretanya secara mengejut dan menghembus nafas cuba mengawal kemarahannya pada Reizen.

"Apa yang berlaku sebenarnya Reizen? Macam mana Apel boleh tahu?! Banyak kali aku ingatkan kau sebelum ni, supaya berhati-hati bila berhadapan dengan manusia!"

Reizen hanya mendiamkan diri dengan kepalanya tertunduk ke bawah.

"Nampaknya aku tak ada pilihan lain, selain padamkan ingatan dia tentang kita berdua."

Reizen terus memegang tangan kiri Rayden dengan kuat.

"Jangan Rayden! Tolonglah jangan padamkan ingatan dia."

Rayu Reizen padanya.

"Baik! Tapi apa-apa perkara buruk berlaku pada kau lepas ni, kerana di sebabkan budak perempuan yang bernama Apel tu, aku akan salahkan kau Reizen!"

Reizen hanya membisu kerana menyedari kesilapan yang telah dirinya lakukan sehingga membuatkan abangnya benar-benar marah terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience