TPP 2 __ pERMU|_AAN BARU

Fantasy Series 19759

____12 TAHUN KEMUDIAN____

"Apel! Apel! Kamu dekat mana?!"

Eiffel mencari-cari keberadaan Apel di hutan belakang rumahnya.

"Kamu nak bunuh kakak ke Apel?!"

Eiffel terperanjat apabila sebilah pedang terbang lalu tercacak di sebatang pokok di mana kepalanya sedang berada begitu dekat sekali dengannya.

"Sorry. Apel tak sengaja. Kak Eiffel buat apa dekat sini?"

Apel mencabut pedangnya yang di lemparnya tadi.

"Tak habis-habis lagi ke Apel berlatih dengan bermain senjata-senjata merbahaya kamu ni Apel? Apel tahu tak yang kakak risau sangat bila tengok keadaan kamu macam ni Apel?"

Apel memandang serius wajah kakaknya.

"Apel dah besarlah kak! Tak payahlah kak Eiffel nak risau sangat pasal Apel! Apel boleh jaga diri Apel sendiri!"

Apel terus beredar meninggalkan Eiffel di situ dengan perasaan Eiffel begitu risau sekali memerhatikan gerak-geri adiknya itu.

****

Di sebuah rumah agam lama yang begitu besar dan cantik sekali tetapi amat menyeramkan kerana jauh terpencil di dalam hutan.

Pintu di buka oleh seseorang dan perlahan-lahan kakinya melangkah memasukinya.

"Betul ke kita nak tinggal dekat sini Rayden?"

Rayden menatap tajam wajahnya dan menjawab.

"Kita tak ada pilihan lain. Ini je tempat yang paling sesuai untuk kita bersembunyi."

Reizen menganggukkan kepalanya tanda akur pada kata-kata abangnya.

"Ingat Reizen apa yang aku pesan pada kau sebelum ni. Aku tak nak ada apa-apa masalah lagi selama kita berada di sini. Jangan buat kepala aku pening."

Tanpa Rayden sedar, Reizen telah pun menghilangkan diri sekelip mata sewaktu dirinya sedang bercakap dengannya.

"Budak ni...."

____KOLEJ HIGH VILLE____

"Hi..."

"Warren? What's up?"

Apel terus menutup pintu lokernya dan berjalan membelakanginya manakala Warren hanya mengekorinya.

"Warren hantarkan Apel balik petang nanti?"

"It's okay Warren. Lagi pun Apel dah janji dengan kak Eiffel nak balik sama hari ni. Lain kali okey?"

"Oh, okey.. Tak apalah kalau macam tu."

Warren merasa sedikit kecewa menyedari sikap dingin Apel terhadap dirinya.

Sedang Apel berjalan laju meninggalkan Warren di belakang, seseorang telah melanggarnya dari arah bertentangan sehingga buku-bukunya jatuh berselerak.

"Sorry my bad. Saya tak ada niat pun nak langgar awak. Awak tak apa-apa?"

Apel melihat pemuda sebayanya memiliki wajah begitu tampan sekali membantunya dengan mengutip buku-bukunya.

"Kau buta ke apa?! Mata kau letak dekat mana huh?!"

Jerit Apel.

"Saya memang betul-betul tak sengaja nak langgar awak."

Jawab pemuda itu hormat padanya.

Apel langsung tidak mempedulikan maaf pemuda itu padanya. Apel terus mengutip buku-bukunya dengan perasaannya yang begitu marah tanpa memandang wajahnya.

Pemuda itu sebaliknya hanya memerhatikan gerak-geri kasar Apel terhadapnya.

"Kenapa ni Apel?"

Soal Warren yang berada di belakang tadi dengan memandang pelik wajah pemuda itu.

"Kau ni siapa? Aku tak pernah nampak pun kau sebelum ni.."

Begitu kasar sekali Warren menyoalnya.

"Saya kenalkan diri. Nama Saya..."

"Kau buat apa dekat sini? Kita kena pergi sekarang."

Menyampuk Rayden yang muncul secara mengejut sambil memerhatikan tajam wajah Apel dan juga Warren.

"Maaf. Saya terpaksa pergi. Jumpa lagi."

Mereka berdua terus beredar.

"Siapa mereka berdua tu?"

Apel hanya mendiamkan diri memandang Warren dan mereka berdua terus berjalan masuk ke dalam kelas.

____DALAM KELAS____

"Kelas! Hari ni kita ada pelajar baru yang merupakan adik-beradik Danther. Mereka kembar tapi tak seiras. Kenalkan diri kamu berdua."

Kata Sir. James pada pelajar-pelajarnya.

Kelas terus menjadi senyap-sunyi setelah melihat sahaja kemunculan mereka berdua di situ. Kesemua pelajar-pelajar perempuan telah terpukau dengan rupa paras tampan mereka berdua yang memiliki anak mata berwarna biru ais, kulit begitu putih gebu, susuk tubuh tegap juga tinggi melampai seakan seperti model dan rambut hitam bersinar-sinar.

"Hi guys.. Saya Rayden Danther dan ini...."

"Reizen Danther. Nice to meet u guys.."

Pelajar-pelajar perempuan masing-masing tersenyum angau apabila melihat sahaja senyuman comel yang di berikan oleh Reizen.

Sikap terlalu ramah Reizen itu benar-benar menjengkelkan Rayden.

"Kamu berdua boleh ambik tempat duduk kamu sekarang."

"Thanks Sir. James."

Jawab Reizen dengan tersenyum lagi.

"Bukan ke diorang ni yang kita jumpa tadi?"

Soal Warren terkejut pada Apel yang duduk bersebelahannya.

Apel sebaliknya sentiasa memerhatikan tajam setiap gerak-geri mereka berdua.

****

Eiffel sedang menunggu Apel di dalam keretanya sambil tersenyum seorang diri memerhatikan adiknya itu dari jauh yang sedang berjalan bersama Warren.

"Bye Apel.."

Apel hanya melambaikan tangannya pada Warren tanpa memandang wajahnya.

____DALAM KERETA____

"Warren tu baik budaknya. Selalu tolong kakak dekat kolej. Kakak tak kisah pun kalau Apel ada apa-apa dengan dia. Sebab kakak tengok, Warren memang ambik berat sangat-sangat pada Apel."

Apel yang mendengar saja kata-kata Eiffel itu dirinya terus naik berang.

"Kak Eiffel jangan nak mengarut boleh tak?! Apel cuma kawan jelah dengan Warren, kitorang tak apa-apa pun!"

"Kakak bukan apa Apel, kakak cuma nak tengok ada orang yang boleh jagakan Apel bila kakak tak ada nanti. Itu je niat kakak Apel."

"Kak Eiffel, selagi Apel ada, Apel akan jaga kakak! Dan kakak tak perlu risau pasal Apel, sebab Apel boleh jaga diri Apel sendiri tanpa perlukan lelaki dalam hidup Apel! Okey kakak?!"

Kata-kata kasar Apel membuatkan Eiffel terus terdiam sepanjang jalan kerana Eiffel begitu sedih sekali mendengar jawapan adiknya itu yang sememangnya begitu ego dan keras kepala.

____HUTAN TEBAL BELAKANG RUMAH EIFFEL DAN JUGA APEL____

Apel berlatih bermain senjata kesayangannya iaitu pedang seorang diri. Sedang dirinya memberikan tumpuan penuh tiba-tiba matanya sekilas pandang telah terlihat kelibat seorang lelaki misteri memakai jaket berwarna hitam memerhatikannya dari jauh.

Apabila Apel cuba menoleh untuk kali keduanya, lelaki misteri itu telah hilang dari penglihatannya. Dengan perasaan penuh tanda tanya, Apel menyambung semula latihannya.

____RUMAH AGAM ADIK-BERADIK DANTHER____

"Kau pergi mana tadi Rayden?"

Tanya Reizen sambil duduk bersantai di kerusi kerana menyedari Rayden muncul secara mengejut dan memerhatikan gerak-gerinya dari belakang.

"Aku jalan-jalan ambik angin. Kenapa kau tanya?"

"Cuma nak tahu. Aku laparlah Rayden."

"Bukan ke bekalan darah kita masih ada lagi aku simpan, kenapa kau tak minum?"

"Aku ingatkan dah habis tadi."

Reizen terus bangun dari kerusinya.

"Kau nak pergi mana tu? Ingat Reizen, aku tak nak kau buat hal lagi. Kita baru je pindah dekat High Ville ni, dan aku tak nak ada apa-apa masalah lagi daripada kau. Tolong kawal diri kau Reizen, tak kiralah siapa pun kau. Faham!"

"Baiklah abang Rayden...."

"Abang? Pelik.. Rasanya dia tak pernah panggil aku macam tu sebelum ni..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience