TPP 10 __ ST0p

Fantasy Series 19743

"Reizen! Kau buat apa tu?!"

Rayden cemas apabila melihat begitu banyak darah mengalir keluar dari tangan Reizen di sebabkan Reizen menggengam kuat pisau tajam cuba menyeksa dirinya sendiri.

"Berhenti Reizen! Kau dah gila ke?!"

Rayden merampas pisau itu dari tangannya dan terus terburu-buru merawati adiknya kerana tidak mahu lukanya bertambah lebih parah.

Reizen memandang sebak memerhatikan abangnya itu sedang duduk di bawah kakinya dengan membaluti lembut lukanya dan setelah selesai.

"Aku nak jumpa dia Rayden. Aku rindu sangat-sangat dekat dia. Aku nak peluk dia sekuat-kuat hati aku dan aku tak nak lepaskan dia lagi Rayden. Aku nak bersama dengan dia. Aku dah tak peduli lagi, walau apa pun yang akan terjadi pada diri aku, aku tetap nak beritahu dia yang aku..."

"Kau tak ingat lagi ke dengan perjanjian kita sebelum ni Reizen?! Selagi masalah kita belum selesai, walau apa pun yang terjadi, kau tetap tak boleh bersama dengan dia! Itu perjanjian kita!"

Teriak Rayden bengang mendengar keputusan gila adiknya itu.

"Tapi sampai bila?! Setiap kali aku dekati dia, aku tak boleh kawal diri aku Rayden! Aku dah tak mampu nak teruskan semua ni lagi! Aku lemah Rayden! Aku benar-benar lemah! Dan aku akui yang aku tak sekuat kau!"

"Kita tak ada pilihan lain lagi Reizen! Itu saja cara untuk kita lindungi mereka! Aku faham perasaan kau. Dan aku merayu sangat-sangat pada kau Reizen, tolonglah bersabar... Aku pasti, 1 hari nanti, semuanya akan kembali normal macam dulu. Percayalah..."

Reizen bangun dari tempat duduknya.

"Tak Rayden. Kau langsung tak faham apa yang aku rasakan sekarang."

Dengan hati yang begitu berat sekali Rayden memerhatikan Reizen meninggalkannya dari belakang.

"Siapa kata aku tak faham perasaan kau Reizen? Mungkin kau dah lupa Reizen, kita berdua sememangnya menyintai orang yang sama. Kerana aku terlalu sayangkan kau, aku lepaskan dia untuk kau Reizen."

Kata Rayden seorang diri dengan matanya masih lagi memandang ke arah Reizen yang sedang berlalu pergi.

____DI RUMAH ADRIAN____

"Kejap, kejap! Siapa tu?"

Apabila Eiffel membuka sahaja pintu.

"Reizen? Kamu kenapa ni?"

Eiffel sempat memeluk badan lemah Reizen yang nyaris-nyaris ingin terjatuh di depan pintu rumahnya dan tanpa banyak berfikir, Eiffel terus membawanya masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa kamu jadi macam ni Reizen, apa yang berlaku pada kamu sebenarnya?"

Soal Eiffel sebak memandang Reizen yang sedang terbaring teramat lemahnya di atas katil.

____DI BILIK APEL____

Dalam masa Eiffel menjaga Reizen, Eiffel juga turut menjaga adiknya Apel yang masih lagi dalam kesedihan kerana traumanya atas pemergian Warren.

"Kakak terlalu sayangkan kamu Apel."

Eiffel menyelimutkan Apel yang sedang tidur setelah dirinya memberikan adiknya itu makan ubat.

Eiffel tersenyum seorang diri memerhatikan wajah comel Apel yang sedang tidur lena dan tiba-tiba dirinya telah terdengar suara meracau-racau Reizen dari dalam biliknya.

Eiffel terus berlari masuk ke biliknya dan cemas melihat Reizen yang masih lagi terbaring di atas katilnya, tubuh badannya basah bermandikan peluh. Reizen seakan-akan sedang bermimpi buruk iaitu mimpi yang amat menakutkannya.

"Reizen? Bangun Reizen.. Reizen?"

Perlahan-lahan Eiffel cuba mengejutkannya.

"Aaah!"

Eiffel benar-benar terperanjat besar apabila Reizen tersedar dari tidurnya dan terus bangun dengan tangan kanan Reizen memegang kuat leher Eiffel lalu menghempaskan badan Eiffel ke dinding.

"Reizen! Kamu buat apa ni?! Berhenti Reizen... Kamu sakitkan saya! Lepas... Saya... Tak boleh bernafas Reizen..."

Mata Reizen menatap tajam mata Eiffel. Reizen cuba mencederakan Eiffel dengan mencekiknya kuat menggunakan sebelah tangannya.

Air mata kesakitan Eiffel telah mengalir di pipinya dan apabila Reizen melihatnya, Reizen terus melepaskan pegangan tangannya pada leher Eiffel dengan perasaan teramat kelirunya memandangnya.

"Mizz Eiffel?"

Eiffel terbatuk-batuk begitu kuatnya akibat sesak nafas di hadapannya.

"Kamu nak bunuh saya ke Reizen?"

Pertanyaan Eiffel itu benar-benar memeranjatkannya dengan rasa teramat bersalahnya Reizen terus memeluk kuat dan begitu erat badan Eiffel lalu menangis sepenuh hatinya.

"Maafkan saya Mizz... Maafkan saya... Reizen betul-betul tak ada niat pun nak sakitkan Mizz tadi... Saya merayu tolonglah maafkan saya..?"

Sikap pelik Reizen itu membuatkan Eiffel hanya terdiam kaku di dalam pelukannya.

____DI MEJA MAKAN____

"Maafkan saya Mizz?"

"Banyak kali kamu asyik ulang perkataan tu pada saya Reizen. Bukan ke saya katakan tadi yang saya dah pun maafkan kamu, happy?"

Eiffel menyentuh dahi dan menilik-nilik wajahnya dengan gelagat comel Reizen memandangnya.

"Kamu rasa apa sekarang kamu okey tak?"

"Tak sangka sayang jugak Mizz dekat saya."

"Kamu kan pelajar saya Reizen, sudah tentu saya ambik berat tentang kamu dan jugak pelajar-pelajar saya yang lain."

"Tapi pada Mizz, saya lain sikitkan Mizz? Sebab saya tengok Mizz betul-betul ambik berat sangat-sangat pasal saya. Betulkan Mizz?"

"Maksud kamu, lain yang macam mana tu Reizen, saya tak faham?"

"Macam sweet coup.."

Eiffel terdengar suara Apel memanggilnya sebelum sempat Reizen menghabiskan kata-katanya itu padanya.

"Kamu tunggu sini kejap ye Reizen, saya nak pergi tengok Apel."

Reizen hanya tersenyum comel memerhatikan setiap gerak-geri Eiffel.

****

"Reizen?"

Eiffel menyedari Reizen telah pun menghilangkan diri sekali lagi dengan meninggalkan nota comel bersama sekuntum bunga ros putih di atas meja makannya.

Notanya yang berbunyi.

"Terima kasih Mizz kerana melayani saya dengan begitu baik sekali dan saya harap Mizz Eiffel sukakan bunga pemberian daripada saya ni."

"Reizen... Reizen. Kamu memang comel Reizen."

Eiffel tersenyum seorang diri setelah membacanya.

____DI RUMAH AGAM DANTHER____

"Reizen? Macam mana kau..?"

Soal Rayden terperanjat besar melihat Reizen duduk di tebing tingkap dengan senyuman angaunya memandangnya.

"Aku dah tahu kelemahan aku Rayden."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience