BAB 4 ❤

Action Series 10144

"AIRIS SAFFIYA ALYSHAAAA!" bergema ruang bawah apabila Bella menjerit kuat .

"Woiii kau memang nak tunggu malam baru kau nak gerak ?" jerit Ariana pula .

"Sabar lahhh aku nak turun lah ni" jerit Airis .

Macam mana tak kecoh rumah ini kalau ada speaker original yang mengalahkan speaker surau .

Airis yang berada di atas sudah kelam kabut , menyumbat bajunya masuk ke dalam bagasi .

Mereka sebenarnya sudah terlambat untuk pergi berkumpul di rumah Nenek Ian . Datin'Sri Elith dan adik - beradiknya yang lain sudah bercadang untuk bergerak sekali pergi ke rumah pusaka itu . Family holiday biasa lahh ...        

Airis tersenyum puas apabila beg bagasinya sudah siap . Cepat - cepat dia mengambil beg dan menuruni tangga , mereka semua sudah masuk ke dalam kereta  . Airis pantas memasuki kereta apabila Ariana mengacah untuk meninggalnya .

Kebiasaannya , mereka bertiga akan bergilir - gilir untuk memandu kereta . Pemandu Datin'Sri Elith memandu  kereta lain yang dinaiki oleh Mak Mah dan Pak Jabar . Selalunya , orang bawahan Datin'Sri Elith akan ikut sekali family holiday kerana sudah dianggap sebahagian daripada keluarga .  Ayzen tidak ikut kerna dia pergi bercuti dengan rakan-rakannya . Manakala , Datin'Sri Elith pula hanya menumpang mereka bertiga seketika .Kemudian , dia akan naik kereta adik - beradiknya yang lain pula . Nak membawang lah tuuu  ....    

Perjalanan untuk ke rumah Nenek Ian sangat bising kerana mulut Bella dan Airis tidak berhenti bercakap . Sibuk tanya itu ini . Tetapi tidak mengapa , tidaklahh dia mengantuk .

❀❀❀

 
     "ASSALAMUALAIKUM" Datin'Sri Elith memberi salam .

"Waalaikumsalam , eh kakak" Nenek Ian menyambut kedatangan Datin'Sri Elith dengan teruja . Mereka berdua bercium - ciuman di pipi seperti gaya datin yang have - have .

"Airis , Ariana , Bella jemput masuk . Amboii lama tak jumpa makin cantik nenek tengok" sempat Ariana , Airis dan Bella salam dengan Nenek Ian sebelum masuk ke rumah .

"Jemput duduk , kita tunggu nenek - nenek kamu yang lain sampai" pelawa Nenek Ian .

Ariana , Bella dan Airis hanya diam . Manakala , Datin'Sri Elith sibuk bercerita itu ini . Hanya sesekali mereka mengangguk kepala apabila Datin'Sri Elith atau Nenek Ian menanyakan sesuatu .

Tiba - tiba , kedengaran bunyi hon kereta yang luar biasa di luar rumah . Rupa - rupanya , Nenek Melur dan Nenek Kuntum sudah sampai dengan anak - anak dan cucu - cucu mereka .

Datin'Sri Elith ada 8 orang adik-beradik . Datin'Sri Elith anak sulung , Nenek Kuntum anak kedua , Tok Wan Kal anak ketiga , Nenda Bunga anak keempat , Nenek Melur anak kelima , Nenek Ian anak keenam manakala Tok Kil anak ketujuh dan Nenda Mawar anak bongsu .

Mak kepada Datin'Sri Elith ini suka bunga jadi jangan tanya kenapa anak - anaknya ada nama bunga kecuali lelaki . Hanya nama Datin'Sri Elith sahaja yang nama orang putih . Katanya permintaan dari suaminya . Itu sahajalah yang Datin'Sri Elith tahu .

Meriah rumah Nenek Ian apabila kesemuanya masuk ke dalam rumah . Nasib rumah Nenek Ian ini besar . Nenek Melur hanya mempunyai 3 orang anak dan 7 orang cucu . Manakala Nenek Kuntum pula mempunyai 5 orang anak dan 3 orang cucu . Itu tidak termasuk dengan Tok Wan Kal  , Nenek Bunga , Tok Kil dan Nenda Mawar .

Mujur rumah pusaka itu luas dan banyak bilik jadi tidak lahh mereka berhimpit .

Seronok Ariana melihat adik - beradik Datin'Sri Elith yang tidak berperangai 'toxic' . Kesemuanya peramah dan baik hati seperti Datin'Sri Elith .

"Ari jom gerak" suara Bella mengejutkan Ariana yang sedang berangan .

"Kau ini berangan saje tahu , ingat pak we ehh ?" usik Bella . Mereka bertiga bersandar di kereta sambil menunggu mereka yang lain siap memasukkan bagasi ke dalam kereta .

"Pandai lah kau" kata Ariana .

"Siapa nak drive ?" soal Airis .

"Aku lahh , siapa lagi ?" jawab Ariana .

"Alaaa nanti kita gilir - gilir lah bawa kereta macam biasa ,  haduii" kata Bella .

"Aku nak drive malam , boleh ?" soal Airis .

"No problem" kata Bella .

"Nanti kalau Ariana tak larat , aku drive" kata Bella .

Ariana mengangguk sekali kepalanya .

Mereka masuk ke dalam kereta . Belum sempat dia mengerakkan kereta . Ada orang yang mengetuk tingkap kereta . Ariana menurunkan tingkapnya .

Ariana mengangkat keningnya sebelah .

"Boleh tak kalau Kemboja tumpang kereta Kak Ari ?" soal Kemboja , cucu Nenek Melur yang muda 4 tahun dari mereka bertiga .

"Yeah sure" Ariana menganguk kepalanya sekali .

Cepat - cepat Kemboja masuk ke kereta di bahagian penumpang dengan teruja . Kemboja menganggap Ariana , Bella dan Airis sebagai idolanya kerana personaliti mereka bertiga sangat keren dan terlihat 'expensive' . Suatu hari , dia berharap sangat dapat menjadi seperti mereka bertiga .

❀❀❀

                "KAU NAK IKUT AKU ?" soal Ariana kepada  Bella dan Airis . Kemboja sudah awal - awal pergi ke mak dia . Mereka berhenti sebentar di RNR Simpang Pulai .

Lantas Bella dan Airis mengangguk kepala .

"Aku nak pergi toilet lepas tu aku nak beli KFC" kata Airis .

"Hm sama la" kata Bella .

Mereka bertiga keluar dari kereta dan terus menuju ke arah tandas . Orang sekeliling melihat ke arah mereka hanya membuat tidak perduli .

Selesai pergi ke tandas , mereka terus pergi KFC yang tidak jauh dari mereka . Selalunya mereka akan makan makanan ringan jikalau jalan jauh . Kurang sikit ragam perut . 

"Piwitttttt , fuyoooo ada awek cun" kata salah seorang dari mat rempit yang duduk di atas motor EX5 apabila mereka bertiga keluar dari KFC .

Ariana , Bella dan Airis hanya membuat muka dingin dan menghiraukan suara - suara sumbang budak rempit itu .     

"Heii jangan lah sombong sangat , bagi lah no telefon" mat rempit itu menghalang jalan mereka bertiga dan terus berdiri betul - betul di hadapan Ariana , Bella dan Airis .      

"Tah tahu lah cantik , tapi tak payah lah sombong macam puteri raja" kata seorang lagi mat rempit sambil menghulurkan telefon bimbitnya .

Bella dan Airis hanya menjulingkan matanya ke atas .

"Tepi" kata Ariana sepatah dingin .

Dia ingin berjalan ke hadapan tapi tidak dapat kerna kedua mat rempit itu menghalang jalannya .

"Ada otak tak ?" soal Airis .

Kedua - dua mat rempit mengangguk kepala laju .

"Ohh ada ingatkan tak ada . Sebab perangai kauorang tak ubah seperti beruk  yang dekat hutan belakang itu" kata Airis selamba .

"Kurang ajar kau eh" mat rempit itu ingin menampar pipi Airis tapi tidak dapat kerana Ariana lebih tangkas menangkap tangannya .

"Kau nak balik dalam keadaan tempang ke ?" soal Ariana .

"Ohh takutnyaa ... kau tu perempuan lemah . Kejap lagi aku teranjang dah menangis teresak" ejek mat rempit itu .

Ariana memang pantang apabila orang memperlekehkannya .

Ariana memulas tangan mat rempit itu dengan kuat . Terjerit mat rempit itu dibuatnya .

"Baru sikit sudah terjerit ke bro ?" perli Bella .    

Mat rempit ingin menampar Ariana tapi  tidak jadi kerana dia ternampak pisau belati di pinggang Ariana . Kebetulan pula , Ariana memakai cardigan yang besar jadi bila tertiup angin akan menampakkan pinggang rampingnya .

"Kau gangster ke ?" tanya mat rempit itu kepada Ariana .

"Zaman bila doh main gangster - gangster ini ?" perli Bella .

Ariana memusingkan tubuh mat rempit itu dan terus menyepak kuat di belakang lutut , mat rempit itu terus terduduk . Tidak habis di situ , Ariana menyepak badan mat rempit itu dengan kakinya sehingga tersembam .

Ariana melihat di sekeliling . Tiada orang yang melihat mereka kerana tempat ini terlindung . Ariana mengeluarkan pisau belati yang terselit di pinggangnya , mat rempit yang seorang lagi sudah pucat mukanya .

Ariana memainkan pisau belati miliknya di leher mat rempit itu .

"Lain kali , jangan rendahkan perempuan dan jadi orang yang bermaruah sikit bro . Nak mengurat perempuan ada caranya bukan macam beruk dekat hutan itu" Ariana simpan kembali pisau miliknya di pinggang apabila selesai berkata dan terus berlalu ke kereta .                                   

Bella dan Airis hanya membuat ketawa yang menyakitkan hati kedua mat rempit itu sambil mengikut langkah Ariana .

Kedua - dua mat rempit itu malu disebabkan tidak dapat mengurat dan diejek oleh rakannya yang lain .

♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎

sorry readers sebab idea untuk bab ini macam melalut sikit but is okey waniey akan buat yang lebih baik lepas ini yaa ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience