"AIRIS ! KAU DAH SIAP KE BELUM NI ? KITA DAH LAMBAT TAHU TAK ?!" jerit Bella apabila mereka sudah lama menunggu kedatangan Datin Airis yang sedang bersiap mengalahkan puteri raja . Nak pergi event je kut ...
Malam ini mereka seharusnya pergi ke majlis perasmian syarikat baharu Dato Hisyam .
"Alah korang ni macam tak biasa tunggu aku bersiap" rungut Airis yang sedang turun dari tangga . Pakaiannya cukup anggun yang berwarna biru gelap .
Tak kurang juga dengan Bella yang memakai dress berwarna maroon manakala Ariana memakai dress berwarna hitam .
"Sudah jom gerak" Ariana berlalu ke pintu utama , sempat dia menilik dirinya di cermin .
Datin'Sri Elith sudah lama pergi majlis tersebut , katanya nak meluang masa dengan rakan lama .
Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah yang mewah dan menuju ke majlis tersebut .
♡♡♡
Turun sahaja dari kereta mereka bertiga disambut oleh bell boy untuk meminta kereta . Ariana menghulurkan kunci keretanya kepada pemuda itu .
"Wait , kenapa aku tak sedap hati eh ?" soal Bella tatkala melangkah masuk ke dalam hotel tersebut .
"Perasaan kau je tu tapi aku un rasa cam tu juga" kata Airis .
"Abaikan je la maybe perasaan je tu" kata Ariana sambil menekan butang lif .
Ting !
Mereka melangkah masuk ke dalam lif apabila pintunya terbuka . Baru sahaja pintu lif hendak tertutup , ada satu tangan yang sempat menghalangnya daripada tertutup .
Ariana , Airis dan Bella berundur ke belakang untuk memberikan ruang kepada pemuda - pemuda itu tanpa melihat gerangan yang masuk ke dalam lif .
"Ari ! El ! Aris !"
Mereka bertiga terus mengangkat muka apabila nama disebut .
"Heyyy , what are you doing here ?" tanya Afaz dengan ceria .
"Em datang event Dato Hisyam" jawab Airis . Tersenyum manis dia apabila melihat wajah Ryan yang begitu segak memakai kot .
Aldric perlahan - lahan beralih ke Ariana yang sedang berada di dalam dunianya .
Damn she so beautiful !, kata Aldric dalam hati .
Hatinya berdengup kencang apabila dia berdiri di sebelah gadis itu .
Ariana sudah tidak reti duduk diam . Dia resah . Begitulah setiap kali apabila dia berada di sebelah Aldric .
Ting !
Lega hati Ariana apabila mereka sudah sampai ke tempat yang dituju .
"Boss" panggil Amanda apabila Ariana keluar dari lif . Ariana berlalu pergi ke Amanda .
"Aku pergi dulu . Kejap lagi aku masuk dalam" beritahu Ariana .
Bella dan Airis hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam diikuti dengan Ryan , Afaz dan Aldric .
♡♡♡
"Ari ! El !" panggil Airis tergesa - gesa . Tadi Airis pergi ke tandas sebab nak termuntah . Malangnya , Ariana dan Bella juga begitu , mereka berasa pening yang teramat . Ditambah pula dengan bunyi muzik yang bising .
"Aku dah tempah bilik untuk kita bertiga . Tadi aku cari nenda tapi tak jumpa - jumpa . Aku call tapi dapat voicemail ." jelas Airis .
Pelik juga kerana sedari tadi mereka tidak berjumpa dengan Datin'Sri Elith . Jangankan batang hidung , bayang - bayang pun tidak nampak .
"Kita bermalam je lah kat sini" putus Ariana .
Airis memberikan kunci bilik kepada Ariana dan Bella .
Mereka berlalu pergi ke bilik masing - masing .
♡
♡
♡
♡
♡
sorry guys sebab chapter ni kurang menarik . Kurang idea lah hehe
Share this novel