MALAYSIA
MEREKA berenam tiba di Malaysia tepat pada pukul 12 tengah hari . Pak Hamid mengambil mereka di airport .
Masuk sahaja ke dalam rumah , mereka berenam terus sahaja masuk ke dalam bilik masing - masing . Datin'Sri Elith tiada di rumah kerana dia sibuk di pejabatnya . Sebenarnya Aldric , Ryan dan Afaz sudah bersetuju untuk tinggal di rumah Datin'Sri Elith kerana ia kehendak Ariana yang tidak mahu meninggalkan nendanya .
DING ! DONG ! DING ! DONG !
Loceng rumah ditekan bertalu - talu tanpa henti . Airis yang kebetulan berada di dapur terus sahaja ke pintu utama yang bagaikan hendak runtuh .
Buka sahaja pintu , seorang pemuda terus memberikan tendangan kuat kepada Airis .
Terkebelakangan Airis apabila menerima sepakan yang maha kuat itu . Dia mengaduh perlahan .
"WOI DAH TAK BAGI SALAM ! KAU NAK APA GILA ?" kata Airis kuat . Suara yang kuat itu kedengaran di bilik Ariana . Terus sahaja Ariana keluar dari bilik dan menuju ke arah ruang tamu .
"Kill you" pemuda bertopeng itu berkata sinis .
"Siapa boss kau ?" kata Ariana bersahaja . Dia berdiri tegak di sebelah Airis yang sedang terbongkok menahan kesakitan .
"Tak penting untuk kau tahu" jawab pemuda itu .
"Kau...."
Tanpa sempat Airis menghabiskan ayatnya , pemuda itu berlari ke arahnya untuk memberikan serangan .
Namun belum sempat kakinya sampai ke arah Airis , Ariana terlebih dahulu menyelar kaki pemuda itu . Pemuda itu jatuh terduduk namun pantas bangun dari duduknya .
"Don't you dare" Ariana memberi amaran .
"Fight with me" pinta pemuda itu berani .
"As your request" Ariana merenggangkan badanya bagi bersedia untuk berlawan .
"Ari"
"Undur belakang . Biar aku settle" arah Ariana . Airis hanya mengikuti apa yang sudah diarahkan oleh Ariana .
Ariana mengangkat jarinya sebagai tanda "come here" .
Pemuda itu tanpa berlengah masa terus meluru ke arah Ariana . Dia menyepak Ariana namun Ariana lebih tangkas untuk mengelak .
Ariana terus memberikan tendangan 90 darjah di tengah belakang pemuda itu .
"Sakit ?" soal Ariana sinis .
Pemuda itu tidak berpuas hati terus menumbuk badan Ariana bertalu - talu .
"Seri" kata pemuda itu .
"Damn !" kata Ariana sambil mengelap darahnya .
Ariana meludahkan darah yang terkeluar dari mulut akibat tumbukkan itu .
Ariana terus menyepak tubuh pemuda itu dan menghentak tubuh lelaki di atas lantai . Pemuda itu mengerang kesakitan .
Tak cukup dengan itu , Ariana duduk di atas pemuda itu dan memberi tumbukkan bertalu - talu di muka pemuda itu .
Melihat Ariana yang sudah tidak terkawal , Airis menarik tubuh Ariana agar menjauhi pemuda itu .
Pemuda itu tidak sedarkan diri . Pengsan dalam kesakitan yang dirasai .
Mendengar kekecohan di bawah , Aldric , Ryan , Afaz dan Bella segera turun ke bawah . Terlopong mulut mereka apabila melihat keadaan yang tegang dan lagi pelik apabila ada seorang pemuda yang tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumur darah .
"Apa dah jadi ni ?" Aldric terus meluru ke arah isterinya yang dipegang oleh Airis .
"Sayang awak okey tak ?" soal Aldric apabila melihat mulut Ariana ada sedikit kesan darah .
Ariana yang sudah tersedar terus mengangguk kepada Aldric . Aldric mencium dahi Ariana dan terus memeluknya .
"Airis" panggil Ryan sambil mengamit lengan Airis .
"Tell me , apa yang jadi ?" tanya Ryan lembut .
"I don't know, dia tiba - tiba tendang Fiy bila Fiy buka pintu" adu Airis .
Ryan menarik Airis ke dalam pelukannya .
Bella mendekati pemuda yang sudah dibelasah teruk oleh Ariana .
"Rose" Bella menilik tattoo yang berada di lengan pemuda itu dilukis bunga ros .
Pintu utama dikuak kasar oleh Zanish .
"Macam mana kau boleh lambat ?" marah Bella sambil memegang baju Zanish kasar .
"Sorry boss tadi markas kita pun kena serang so aku pergi sana dulu" terang Zanish .
Bella melepaskan genggamannya di baju Aldric dengan kasar .
"Siapa ?" soal Ariana yang berada di dalam pelukan Aldric .
"Erm kitaorang tak dapat siapa yang buat . "
"Shit" kata Bella dan Airis serentak .
Ariana melepaskan nafasnya dengan kasar tanda tidak berpuas hati .
"Dia nak apa ?" soal Airis tegas .
"Motif dia berkemungkinan nak boss bertiga mati" kata Zanish
Sebenarnya dia agak terkejut apabila rumah Datin'Sri Elith diserang . Tidak pernah benda ini berlaku .
Aldric membawa Ariana ke sofa begitu juga dengan yang lain .
Zanish mengarahkan budaknya supaya membawa pemuda itu pergi dan membersihkan darahnya serta mengemas perabot yang terpelanting .
Selesai sahaja tugas , Zanish terus pergi ke arah bossnya dan duduk di satu sofa .
"Boss bertiga ada musuh ?" tanya Zanish bingung . Sudah seminggu dia mencari maklumat tentang musuh yang sekejap ada sekejap hilang .
Ariana , Airis dan Bella memikir perkara itu sebentar . Sebelum mereka mengelengkan kepala .
"Zayyaz ?" teka Airis . Kerana dia sahaja yang mereka jumpa sebelum mereka bergerak ke New York .
"Tak mungkin dia . Dia takkan berani buat macam ni sebab dia tahu kita macam mana" musykil Bella . Tengku Zayyaz bukanlah seorang yang suka redah sesuka hati , dia pastu ada rancangan untuk mengenakan mereka .
"New enemy" Zanish berkata .
"Bila sedar je budak tu , kau terus soal siasat and budak yang curi masuk ke dalam markas hari tu" arah Ariana tegas .
"Em punca markas kita kena serang disebabkan budak tu . Diorang serang sebab nak ambil balik budak tu" kata Zanish .
"Arghhh stress lah aku dapat musuh macam ni" rungut Airis .
"Ni baru permulaan" kata Ariana .
"Zanish , aku nak kau upah orang tengok persekitaran rumah ni . Aku tak nak nenda dalam keadaan bahaya . Awasi gerak - geri nenda kemana jua dia pergi . Satu kesalahan maybe boleh menyebabkan kematian" arah Ariana tegas .
Zanish mengangguk dan terus berlalu ke arah pintu utama .
"Aku nak tahu cerita sebenar" kata Afaz yang sedari tadi mendiamkan diri .
Ariana mengeluh perlahan .
"Kau tanya lah bini kau . Aris ikut aku" Ariana bangun dan terus menaiki tangga diikuti oleh Airis .
Ketiga - tiga jejaka itu mengangkat kening kepada Bella .
"Sebenarnya ... sejak kebelakangan ni ada orang yang selalu perhati pergerakkan kitaorang . Korang ingat kejadian dekat jalan raya tu ? Itu salah seorang musuh tetapi dia takkan berani buat macam ni . Aku ingat semua benda ni dah berakhir rupanya tak . Dekat New York haritu , kita semua sedang diperhatikan . So , now we have new enemy . Siapa ? Motif ? Kitaorang tak tahu" terang Bella panjang lebar .
"Siapa korang sebenarnya ?" tanya Ryan .
"Kitaorang businesswoman mestilah banyak musuh sebab syarikat kitaorang tengah maju . Ramai yang dengki so diorang un hantarlah orang suruhan diorang" dalih Bella bersahaja .
"Dah aku nak tengok Ari dan Aris dekat atas" dalih Bella apabila Ryan hendak menujukan solalan kepadanya .
Segera Bella menaiki tangga dan menuju ke arah Ariana dan Airis .
Ketiga - tiga jejaka itu berpandangan antara satu sama lain .
♡
♡
♡
♡
♡
please comment and vote for me ya cantik ❤
Share this novel