"SAH ?" tok kadi memandang saksinya . Saksi - saksi mengangguk tanda setuju . Ssrentak dengan itu , semua menadah tangan untuk berdoa . Sekali lafaz sahaja , Airis sudah sah menjadi isteri kepada Ryan .
Bella pula selamat dinikahkan di sebelah petang tadi .
Ariana mengerling Airis disebelah nya . Segak . Pakaian bertemakan klasik itu sangat menaikkan seri wajahnya . Ariana dan Bella duduk di samping Airis di atas pelamin .
Aldric dengan Ryan pula duduk di samping Afaz yang sedang bersila di hadapan tok kadi .
Dengan sekali lafaz sahaja , Airis Saffiya Alysha sudah menjadi hak kepada Ryan Xavier .
Semasa tok kadi membacakan doa , Ryan sempat curi melihat Airis yang berada di atas pelamin .
'Cantik' desis hati Ryan .
♡♡♡
TEPAT pukul 12 tengah malam majlis pernikahan mereka bertiga sudah tamat . Kebesokkan hari pula mereka akan bersanding sekali di dewan hotel yang ditempah khas oleh Datin'Sri Elith .
Ariana melangkah masuk ke dapur kerana dia kehausan . Sedang membancuh air tiba - tiba telinganya menangkap satu pergerakkan .
"Dear" panggil Aldric dari belakang sambil memeluk pinggangnya . Terlepas sudu yang Ariana pegang akibat tindakan Aldric itu .
"Buat air untuk sayang je ? Untuk suami awak mana ?" Aldric meletakkan dagunya di atas bahu Ariana .
"Kita kat dapur nanti ada orang nampak" kata Ariana segan .
"Biarlah kitakan dah jadi suami isteri" jawab Aldric selamba .
"Ehem !"
Ariana dan Aldric menoleh ke belakang untuk siapakah gerangan itu .
"Kut ye pun .... Duduk dalam biliklah bro" kata Afaz bersahaja . Sebenarnya dia mahu minum air namun terbantut akan aksi Aldric dan Ariana .
"Kau ni kacau daun betullah" rungut Aldric tidak puas hati .
"Awak pergi masuk bilik dulu nanti saya masuk" kata Ariana yang sedang menuju ke peti ais .
Aldric tidak berkata apa terus masuk ke dalam bilik .
Ariana menghembus nafas perlahan . 'Aldric memang tak makan saman . Suka hati dia je kan dah malu sendiri' rengus hati Ariana .
♡♡♡
"SAYANG" panggil Aldric yang berada di atas katil . Dia menepuk ruang yang ada di sebelahnya . Ariana teragak - agak untuk naik ke atas katil . Kekok sebenarnya apatah lagi dia tidak rapat dengan mana - mana lelaki .
Ariana duduk sahaja di tepinya , Aldric menarik badan Ariana agar rapat dengannya .
"Sayang penat ?" soal Aldric kepada Ariana .
Ariana menggelengkan kepalanya .
"Can i ask you something ?" soal Ariana sambil merenggangkan pelukan Aldric .
"Sure" Aldric membetulkan rambut Ariana yang terjuntai di dahi .
"Why awak kahwin dengan saya ?"
"Because i fall in love with you sejak kali pertama kita jumpa" jujur Aldric .
"Why ?"
"Sayang lupa kita pernah jumpa sebelum kita berjumpa dengan rumah pusaka tu ?" tanya Aldric .
Ariana berfikir sejenak lalu menggeleng tanda tidak ingat .
"Waktu sayang keluar dari cafe , awak ada terlanggar seorang lelaki , right sayang ?" Ariana membulatkan mata . Terlopong mulutnya , lelaki yang membuatkan hatinya tidak tenang itu merupakan suaminya .
"It's you ?!" terkejut Ariana .
"So start daripada situ , hati saya dah terdetik" jelas Aldric sambil mencuit hidung Ariana .
Aldric tersenyum nipis . 'Comel' desis Aldric .
"Tidurlah besok kita ada majlis resepsi" kata Aldric .
Ariana akur kerana dia juga sudah keletihan .
Ariana membetulkan tempat tidurnya tapi Aldric mengalihkan bantal Ariana ke tepi .
"Kenapa alih ?" Berkerut dahi Ariana .
"Tidur atas lengan saya"
"Tak nak lah ... Nanti lengan awak lenguh" bantah Ariana .
Aldric menaikkan keningnya sebelah . Ariana menghembuskan nafasnya .
Perlahan - lahan Ariana berbarimg untuk tidur beralaskan lengan Aldric yang sasa itu .
"Good girl" Aldric mencium ubun - ubun Ariana . Terpejam mata Ariana akan tindakan Aldric itu . Aldric menjadikan Ariana sebagai 'bantal peluk' .
♡
♡
♡
♡
♡
please vote and comment for me ya cantik ii sekalian ❤.
Share this novel