BAB 11 ❤

Action Series 10144

"CUCU Datin yang bertiga ini bila nak kahwin ?"tanya Mak Lah , mak cik bawang di kampung ini . Mereka semua berada di pangkir sambil mencincah buah mempelam dan mangga yang dikutip di dusun buah milik Tok Kil dan juga Tok Wan Kil . Tok Kil dan Tok Wan Kal memang tidak duduk di sini tapi dua kali seminggu Tok Kil atau Tok Wan Kil akan memantau pekerja kebun membuat kerja .

Ariana , Bella dan Airis terus tersendak yang berada di pangkir sebelah . Dekat halaman rumah Tok Kil dan juga Tok Wan Kal membuat tiga pangkir untuk mereka sekeluarga . Satu pangkir besar untuk adik - beradik Datin'Sri Elith dan juga menantu . Pangkir yang kedua dan ketiga untuk cucu - cucunya mereka .

"Apa kamu ni Lah . Tersendak dah budak - budak tu . Biarlah dekat diaorang nak kahwin ke tidak yang kamu ni kenapa sibuk - sibuk hal orang ? Tak ada kerja lain selain mengumpat dan membawang ?" sembur Nenda Mawar selamba memasukkan mempelam yang dipotong dan dicicah .

Nenek Kuntum , Nenek Ian , Nenda Bunga , Tok Kil dan Nenek Melur hanya menahan tawa . Sudah masak dengan mulut laser Nenda Mawar .

"Eh baru teringat anak Lah bukan tak kahwin lagi ke ? Yang sulung tu ? Rasanya dah jadi andartu ( anak dara tua )" Nenek Kuntum pula membahan . Tulah siapa suruh tak behave kan dah kena dengan adik beradik mulut laser ni . HAHAHA ....

"Aku balik dululah Datin - datin sebab aku baru teringat nak kena pergi pasar lagi ni" Mak Lah mula bangkit dan meninggalkan kawasan laman rumah agam .

"Padan muka nak sangat membawang . Silap oranglah" ujar Nenda Mawar bangga .

"Tapi ada ke orang pergi pasar petang - petang macam ni ?" kesemuanya menghamburkan ketawa .

"Boleh tahan juga eh mulut Makcu" ujar Puan Orkid . Disampingnya ada Puan Hifza disebelah kiri dan Puan A-Yeong disebelah kanan .

"Of course" Nenda Mawar tergelak besar .

"Aku nak masuk dalam rumah dulu . Aku nak buat air , korang nak ?" Ariana menawarkan diri untuk membuat air .

"Nak" jawab Bella , Airis dan Afaz .

Ariana mengangguk kepala sekali dan bangkit pergi .

Aldriz juga bangun untuk mengekori langkah Ariana tapi ditahan oleh Afaz .

"Kau nak pergi mana ?" tanya Afaz .

"Aku nak pergi bilik air kejap" balas Aldriz yang terus berlari masuk ke dalam rumah .

"Tak tahan sangat agaknya tu" ujar Afaz pada Ryan . Ryan hanya senyap kerana dia sudah tahu .

"Hey stop" Aldriz memegang lengan Ariana untuk memberhentikan langkahnya . Mereka berdua berdiri tegak di ruang tamu .

"App-" Aldriz menutup mulut Ariana dengan jarinya .

"Kau dengar something ?" bisik Aldriz di tepi telinga Ariana .

Ariana mengeleng . Dia tidak dengar apa - apa pun .

Tiba - tiba telinganya dapat mengesan suara mengerang dari bilik tetamu yang berada di lorong menuju ke ruang dapur .

Ariana memandang Aldriz dengan tanda tanya . Rumah ni berhantu ke ?

Aldriz hanya mengangkat bahu .

Ariana langkah perlahan ke bilik itu . Sempat dia membaca ayat kursi jika benda lain yang keluar .

Sekali Ariana memandang wajah Aldriz . Aldriz hanya mengangguk untuk Ariana yang berbelah bahagi untuk membuka pintu ini .

Ariana memulas perlahan tombol pintu . Tidak berkunci !

Ariana menghela nafas kuat sebelum membuka pintu dengan kasar .

Buka sahaja pintu , ada dua orang yang tiada seurat benang pun berada di badan mereka . Mereka berdua terlalu asyik dengan asmara . Pantas sahaja jejaka dan gadis itu mencampai apa sahaja yang boleh menutup badan mereka .

Aldriz dan Ariana terkejut besar apabila melihat keadaan begitu . Aldriz menutup mata Ariana dengan tangannya . Aldriz memusingkan tubuh Ariana menghadapnya dan dipeluk . Ehh

"APA KORANG BUAT SIAL ?!" jerit Aldriz kuat yang menarik perhatian kesemua ahli keluarga . Mereka semua bergegas naik ke dalam rumah untuk melihat kejadian itu .

"ALLAHUAKHBAR APA KAU DAH BUAT NI , ASYIQIEN ?!!!!" jerit Aisyirah yang basah muka .

"Kau ni memang anak tidak guna . Hidup menyusahkan orang kecil - kecil tak nak mampus" kata Had , ayah Iqien . Dia membuka tali pinggangnya dan memukul badan Iqien yang tiada seurat benang itu .

Ariana yang mendengar ayat Had terus membulat mata . Fikirannya terimbau ke masa yang lalu , di mana dia difitnah oleh keluarganya . Perlahan - lahan kepala sebelum terdengar tangisan .

Aldriz mendengar tangisan Ariana di dalam pelukannya terkedu . Mengapa gadis ini menangis ? Adakah Taqief cinta hatinya ?

Aldriz terus membawa Ariana ke ruang dapur diikuti oleh Airis , Bella , Ryan dan Afaz .

Biarlah mereka semua selesaikan hal tersebut . Mereka bereempat malas nak campur tangan . Pandai buat , pandai tanggung .

Aldriz melepaskan pelukannya dan mendudukkan Ariana di kerusi .

"Heyy kenapa kau nangis ?" tanya Airis sebelum Bella membisikkan sesuatu padanya . Airis hanya mengangguk .

"Come on Ariana . Benda dah lepas benda dah lama sangat . Lupakan je sejarah buruk kau tu . Now kau dah ada aku , El dan nenda . Nobody can hurt you . Look at yourself now ! Kau dah berjaya ! Kau dah tak macam dulu ! Lembik ! Lemah !" pujuk Airis sambil memeluk tubuh Ariana . Jarang dia serius nak memujuk orang kecuali pada orang yang sangat dia sayang .

"Don't cry Ariana . Nanti kau demam pula" Bella hanya mengusap perlahan rambut Ariana . Dia tahu yabg sahabatnya tidak boleh nangis lama jikalau tidak pasti akan demam panas .

"Forget it , okey ?" Bella memeluk Airis dan Ariana . Walau apa - apa terjadi pun , dia tidak akan membiarkan kawan baiknya sedih mahupun nendanya kerana mereka semua jaganya dengan baik selama ini .

"Alololo pipi dengan hidung dia dah merahlah . Nak apa ? Nak cendol ?" usik Airis .

Ariana menolak pipi Airis sebelum ketawa perlahan .

"Ha kan dah comel kawan aku seorang ni . Tak yahlah nangis - nangis , buat bazir air mata kau je" ujar Bella seraya bangkit menuju ke kabinet untuk membuat sesuatu .

Aldriz , Ryan dan Afaz hanya mendiamkan diri dan memerhati kedua gadis itu memujuk Ariana . Agak comel , sesuai untuk dibuat calon isteri . Erkkk .... Selalu tengok mereka bertiga ini dingin seperti ais .

♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎

please vote and comment for me please ❤︎

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience