BAB 16 ❤

Action Series 10144

SELEPAS 3 BULAN ( HARI PERKAHWINAN )

          Ariana melihat dirinya dihias dengan make-up yang sangat simple tetapi terlihat sangat anggun . Mereka bertiga akan dinikahkan dengan bakal suami yang mereka sendiri tidak kenal . Selama kitaorang bertunang sampai hari perkahwinan , hanya Datin'Sri Elith mengurusnya . Kata Datin'Sri Elith 'nanti korang tahulah' apabila ditanya siapakah tunang mereka . Pelik kenapa tak boleh berjumpa .

Lamunan Ariana terhenti apabila Datin'Sri Elith mendekatinya .

  "Cantiknya cucu nenda sorang ni" Datin'Sri mencuit dagu Ariana .

Ariana hanya tersenyum nipis .

  "Cucu datin ni memang dah segak dah aih . Tambah pula kalau I yang make-up . Lagi letopsss gituew" celah Suzy , mak andam yang menghias Ariana .

"Saya setuju dengan kata - kata awak tu" Datin'Sri Elith tersenyum bahagia apabila melihat Ariana dalam pakaian pernikahannya yang berwarna putih .

  "Eh datin , jom keluar tok kadi dah tunggu dah tu" ajak Suzy .

  "I tak sabar nak tengok pengantin lelaki Cik Ariana kita ni" teruja Suzy .

  "Ehh macam dia pulak nak kahwin" tergeleng kepala Ariana apabila melihat reaksi Suzy yang overexcited daripadanya .

Ariana menghembus nafas perlahan bagi menghilangkan rasa gugup di dalam hatinya .

Turun sahaja tangga , semua mata hanya tertumpu pada Ariana . Terpegun melihat kecantikkannya yang luar biasa .

Pengantin lelaki sudah bersila di depan tok kadi .

Ariana berjalan perlahan ke arah pelamin . Mukanya tersenyum manis .

Duduk sahaja di pelamin yang berhadapan dengan pengantin lelaki . Ariana terpempan kerana pengantin lelaki itu Aldric .

Aldric mendongakkan kepalanya untuk melihat Ariana lalu dia mengenyit mata .

Majlis pernikahan Ariana dan Aldric berjalan lancar . Selepas sahaja pernikahan Ariana selesai , giliran Bella pula yang akan dinikahkan di sebelah petang manakala Airis di sebelah malam .

                         ♡♡♡

         Ariana melangkah masuk ke dalam biliknya apabila selesai majlisnya . Dia harus bersiap untuk majlis pernikahan Bella pula .

Ariana terdengar ada pancuran air yang sedang mengalir dan tiba - tiba berhenti .

Pintu bilik air dikuak , Aldric yang hanya memakai tuala separas pinggang memandang Ariana lama .

Terpejam mata Ariana apabila melihat makhluk yang sangat seksi di depannya . Badannya sangat sempurna sampaikan ada sixpack .

Aldric yang sedar akan tindakan refleks Ariana itu tersenyum nipis . Akalnya sudah merancang sesuatu .

Aldric berjalan perlahan - lahan ke arah Ariana .

   "Why pejam mata ni ? Malu ?" Aldric menyimpan senyumnya apabila muka Ariana berubah tona .

Ariana melangkah ke belakang untuk menjarakkan dirinya dengan Aldric . Namun , Aldric melakukan perkara sebaliknya . Semakin Ariana melangkah ke belakang , semakin dekat dia merapatkan dirinya .

Buk !

Ariana terjatuh di atas katil . Aldric tersenyum nakal . Akalnya merancang sesuatu .

  "Dear" panggil Aldric lembut sambil memanggut dagu Ariana .

Dia merendahkan badannya dan meletakkan kedua - dua tangan di sisi Ariana .

  "Sa...Saaya nak mandi" Ariana melarikan pandangannya ke arah lain . Tak sanggup dia melihat badan Aldric yang hanya dibaluti tuala .

Ariana menolak badan Aldric namun tidak bergerak seinci pun .

  "Kita dah lambat ni nak pergi majlis Bella" dalih Ariana .

  "Biarlah ... Kita settlekan hal kita dulu" kata Aldric selamba .

Aldric merenung mata Ariana yang tidak duduk diam . Guguplah tu ...

  "Jangan mengada .  Tepi" Aldric mengalihkan tubuhnya dan memberi laluan kepada Ariana .

Belum sempat Ariana melangkah , Aldric melingkarkan lengannya di pinggang ramping Ariana .

Ariana sudah tidak selesa kerana dadanya bertemu dengan dada sasa Aldric .

  "Awak nak apa ni ?" Ariana cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Aldric namun hanya sia - sia .

  "I want you" Aldric mendekatkan mukanya ke Ariana . Bibirnya mencium perlahan di pipi Ariana .

Ariana menelan air liurnya dengan payah .

Bulat mata Ariana apabila Aldric membuat aksi begitu .

  "Thanks because became my wife , dear" sekali lagi Aldric mencium pipinya .

Terkedu Ariana apabila Aldric berbuat begitu .

  "Sekarang awak pergi mandi dan bersiap" arah Aldric lembut . Aldric mencium dahi Ariana pula dan terus berlalu ke ruang persalinan .

Jantung Ariana mengepam laju dan dirasakan kakinya sudah tidak dirasa . Setelah jantung kembali normal , Ariana berlalu ke bilik air .





please vote and comment ya bidadari

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience