BELLA POV
Bella merebahkan diri di atas katil yang empuk . Kepala kian berasa pusing kerana banyak perkara yang perli difikirkan . Bagi Bella sekarang adalah keselamatan keluarga perlu diutamakan .
"Shit !" carut Bella perlahan .
Pintu bilik air dikuak dari dalam , terlihat Afaz yang hanya berseluar panjang , mengeringkan rambutnya yang masih basah .
"Cinta , awak penat ke ?" Afaz kerap memanggil Bella dengan panggilan 'cinta' sejak kebelakangan ini .
"Sikit" sepanjang hari ini mereka berdua keluar membeli - belah untuk menghabiskan masa di New York.
Semasa membeli - belah , macam - macam Afaz beli barang untuknya . Sudah puas hendal melarang , katanya mahu membuat kenangan .
Afaz duduk di birai katil . Dia menepuk paha Bella perlahan bagi menyedarkan Bella dari tidurnya .
Bella hanya mencelikkan matanya .
"Bangun mandi and then baru tidur" Afaz mengeringkan rambutnya .
"Kita punya tiket pukul berapa gerak " Bella mengeliatkan badannya dan bangun duduk di sebelah Afaz . Dia melentokkan kepalanya di bahu Afaz .
Tersenyum Afaz melihat perwatakkan Bella yang semakin selesa dengannya . Tidak susah mana nak mengambil hatinya .
"Esok pukul 7 tepat kita kena gerak" beritahu Afaz sambil mengusap lembut pipi Bella .
"Actually lepas sahaja balik ni , saya , Ariana dan Airis akan bergerak ke US sebab kitaorang ada urusan dekat sana" beritahu Bella .
"Cinta pergi berapa lama ?" soal Afaz sedih . Mereka baharu sahaja kahwin dan isterinya akan sibuk dengan pekerjaannya .
"Selesai sahaja kerja saya balik ya ? Saya sentiasa balik awal dari outstation" kata Bella .
"Sudah saya nak pergi mandi ni" Bella bangun dari duduknya .
"Nak ikut" kata Afaz nakal .
"Jangan mengada" Bella mengambil tualanya .
"I don't care" melihat Afaz yang sudah bangun . Bella berlari masuk ke dalam bilik air dengan cepat .
"Bapak laju . Cinta dulu mak awak bagi makan cheetah ke ?" soal Afaz di luar bilik air .
Kedengaran ketawa Bella dari dalam bilik air . Afaz mengelengkan kepalanya melihat telatah isterinya .
♡
♡
♡
♡
♡
please comment and vote for me ya cantik
Share this novel