ARIANA membuka tingkap yang berada di dalam biliknya . Tenang hatinya melihat pemandangan di kampung ini . Tidak seperti bandar , penuh dengan asap kenderaan bermotor . Hari ini adalah hari terakhir mereka berada di kampung . Pasal Syiqien dan Taqief sudah selesai . Mereka berdua kena kahwin paksa di masjid malam tadi .
Ariana bergerak ke katil untuk mengejutkan Airis dan Bella yang sedang nyenyak tidur .
"Aris ! El ! Bangun dah pagi dah" Ariana mengoncang sedikit lengan Airis dan Bella .
Bella mengerutkan mukanya apabila lenanya diganggu . Begitu juga Airis .
"Bangun mandi , nanti ramai dah bangun susah nak mandi pula" ujar Ariana .
"Bangun mandi ! Lepas tu tolong aku dekat dapur" arah Ariana yang melihat Airis dan Bella seperti hendak tidur balik .
Ariana melangkah keluar bilik . Sunyi . Dia melangkah ke bilik air untuk mencuci muka dan gosok gigi .
Keluar sahaja dari bilik air , Aldric sedang tercagak di meja makan . Luruh jantung Ariana seketika .
Aldric yang melihat Ariana sudah keluar terus masuk ke dalam bilik air tanpa bertegur apa - apa .
Ariana mengambil cerek air untuk membuat air panas dan dibuka gas dapur .
Ariana mengupas kulit bawang merah untuk membuat nasi goreng kampung .
Titttttttt........
Bunyi air dari cerek air yang sudah masak .
Ariana hendak menutup gas dapur tapi Aldric terlebih dahulu menutupnya .
Aldric menyandarkan badannya pada kabinet dapur sambil merenung tingkah laku Ariana dengan muka bersahaja . Rambutnya diikat comel di atas kepala .
"Kenapa kau pandang aku macam tu ?" soal Ariana yang tidak tentu arah . Jujur dikata dia memang tidak boleh ada yang merenungnya lama jikalau tidak , jadi beginilah .
"Kenapa kau tergoda ke ?" soal Aldric balik .
Ariana menjongketkan keningnya sebelah .
"Aku yang tergoda atau kau yang dah terpikat ?" ujar Ariana selamba .
Aldric pantas mengalihkan pandangannya .
"Ermm ... petang nanti kau terus balik rumah ke ?" tanya Aldric .
Ariana mengangguk kepala . Tangannya lincah memotong bawang merah dan cili api .
"Aku nak tolong kau . Nak buat apa ni ?" tanya Aldric .
"Tak payahlahh . Pergi duduk dekat kerusi sana tu" larang Ariana .
"Alaaa bolehlahh"
"Kau tak ada kerja ke ?" soal Ariana .
Aldric mengelengkan wajahnya .
Ariana menarik nafasnya dan berkata ...
"Kau pandai buat air kan ? Ha buat air lepas tu siang kangkung yang ada dekat dalam peti sejuk tu . Dekat ruang sayur tau" arah Ariana .
Aldric mengangguk kepalanya sekali dan fokus akan kerjanya .
"Arghhhh"
Entah bagaimana , cili api yang ditumbuk oleh Ariana masuk ke dalam matanya . Terpejam mata Ariana kerana merasa keperitan itu .
Aldric pantas pergi ke arah Ariana .
"Basuh muka dulu" Aldric membawa Ariana ke singki dan mencuci mukanya .
"Arghh pedih ! Tak hilang pun" Ariana cuba mengosok matanya tapi Aldric menghalang tangan Ariana dan digenggamnya .
Aldric pergi ke kabinet dapur dan mengambil tuala kecil bersih lalu dibasahkan .
Aldric mendongakkan sedikit wajah Ariana dan menekap tuala kecil pada mata Ariana .
Nampak sahaja Ariana tidak menahan pedih seperti tadi , Aldric mengangkat tuala kecil pada mata Ariana .
"Lain kali kalau cili masuk dalan mata . Ambik kain bersih basahkan sedikit dan terus tekap dekat mata" pesan Aldric sambil mengelap perlahan mata Ariana .
"Dah pergi duduk dekat sana . Biar aku buat sarapan . Jangan degil !" ujar Aldric apabila Ariana hendak membantah . Terpaksa Ariana mengalah dan duduk di meja makan .
❀❀❀
ALDRIC menghidangkan nasi goreng kampung yang dibuat olehnya . Kemudian , dia pergi ke arah Ariana yang memerhatinya memasak dari tadi .
"Mata sakit lagi ?" soal Aldric lembut .
Ariana mengeleng .
"Lahhhh dekat sini rupanya minah ni" ujar Airis yang entah muncul dari mana .
Ariana bangun dan terus masuk ke dalam biliknya .
Airis mengangkat kening seperti bertanya pada Aldric 'pahal dengan dia tu ?'
Aldric hanya mengangkat bahu .
❀❀❀
"BILA lagi kita boleh berkumpul macam ni lagi ?" soal Nenda Mawar lirih .
"Kamu ni Mawar , setiap kali kita nak berpisah itu sahajalahh ayat kamu . Cuba tukar sikit" ujar Nenek Kuntum .
"Tak palahh Mawar . Tahun depan kita berkumpul juga . Kemungkinan ada orang baru dalam keluarga kita nanti" ujar Datin'Sri Elith dengan tersirat . Dia pergi berborak dengan adik - beradiknya yang lain di pangkin sementara menunggu cucu - cucunya siap .
Ariana menghidupkan kereta miliknya . Dia mengangkat bagasi miliknya dan juga Datin'Sri Elith .
Bella menghulurkan bagasinya dan disambut oleh Ariana . Bagasi - bagasi yang telah dimasukkan ke dalam bonet disusun rapi oleh Ariana .
"Ehemm"
Afaz berdehem kuat pada Bella yang sedang menyandarkan badannya pada kereta .
"Nak apa ?" soal Bella . Memerhati pakaian yang dipakai oleh Afaz . Jaket kulit berwarna coklat terang , tshirt putih dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam .
Afaz menghulurkan telefonnya .
Bella mengerutkan dahinya . Nak buat apa dengan telefon dia ?
"I want your number phone" ujar Afaz .
"Erm i'm sorry . Aku tak ingat , aku punya number" Bella terus berlalu ke arah Datin'Sri Elith yang sedang memakan mangga . Ahh dia pun nak juga .
"Jual mahal but it's okeyy , i like it . Aku akan kejar kau sampai dapat" Afaz menyimpan telefonnya di poket belakang .
"Kena reject ke tuuu" ujar Aldric .
"Diamlah kau" Afaz membuat muka masam . Habislah dia kena bahan 7 hari 6 malam dengan Aldric .
Aldric gelak perlahan dan terus pergi ke motornya .
"AIRIS SAFIYYA ALYSHA ! KAU TAK SIAP LAGI KE ?! ORANG DAH NAK GERAK DAH NI . KAU LAMBAT AKU TINGGAL KANG !" kata Ariana sedikit kuat .
"HAAA !!! SABAR" Airis menyahut . Tergesa - gesa Airis mengangkat bagasinya .
Ryan yang berada di ruang tamu itu melihat Airis mengangkat bagasi , terus sahaja pergi ke arah Airis .
"Bagi aku bawa" Ryan mengambil bagasi milik Airis dan dimasukkan ke dalam bonet kereta Ariana .
"Atototo gentlemen bethull jantan ni" ujar Aldric yang sedang duduk di atas motor .
Ryan hanya menjeling tajam .
"Dia jeling - jeling matalah dekat kita . Takutnyaa" ujar Aldric .
Ryan yang malas melayan karenah Aldric terus menghidupkan motornya .
"Ari ! El ! Fiy !" panggil Datin'Sri Elith .
"Nenek naik kereta Tok Kil tau . Korang bertiga follow dari belakang . Kita singgah rumah Tok Kil yang dekat KL" beritahu Datin'Sri Elith .
"Okey nenda" jawab mereka bertiga . Ariana , Bella dan Airis bersalaman dengan semua yang berada di situ . Sampailah ke Syiqien , Ariana senyum nipis . Teruk Syiqien dibelasah oleh ayahnya sehingga lebam disana - disini .
"Kau okey ?" tanya Ariana prihatin
"Semua benda ni jadi sebab kau" ujar Syiqien dan berlalu pergi .
"Pahal dengan perempuan tu ?" soal Airis . Kecil besar kecil besar sahaja dia melihat Syiqien .
"Sudah jom balik" Ariana , Airis dan Bella masuk ke dalam kereta setelah bersalaman dengan semua ahli keluarga .
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
please vote and comment ❤️
Share this novel