BAB 20 ❤

Action Series 10144

( NEW YORK CITY )

                Ariana mengeliatkan tubuhnya kerana terganggu oleh suara pamugari yang mengatakan mereka sudah tiba di destinasi yang dituju . Ariana menjeling Aldric di sebelahnya yang sedang enak tidur bagaikan tiada apa yang menganggunya . Dengkuran halus terdengar menandakan lelaki itu sangat lena dalam tidurnya . Sedari tadi , Aldric tidak melepaskan tangannya dari gengamannya . Takut sangat Ariana lari agaknya ...

Sedang asyik Ariana merenung Aldric , tiba - tiba ...

  "Dah puas tenung muka saya ke sayang ?" tanya Aldric yang sedang menutup matanya . Buka sahaja matanya , dia menghadiahkan senyuman yang manis kepada Ariana .

  "Bangun kita dah sampai ni" Ariana mengalihkan pandangannya ke luar tingkap .

Aldric ketawa perlahan lalu dia bangun merengangkan badannya .
 

                         ♡♡♡

         "This is our room" Aldric merebahkan dirinya di katil yang sangat empuk . Segala percutiannya di sini ditaja oleh Datin'Sri Elith .

Ariana menyelak langsir yang berada di sisi bilik lalu terhidanglah pemandangan sebuah bandar yang sibuk tetapi indah .

  "Sayang" panggil Aldric yang berada di katil .

Ariana hanya menoleh .

  "Lapar" Aldric mencebikkan bibirnya . Makan di dalam kapal terbang tidak mengenyangkannya .

  "Sekejap , saya pesan makanan"

  "Tak payahlah kita keluar jum ?" ajak Aldric .

  "Awak kata awak penat ?" Ariana mengangkat keningnya .

  "It's okeyy , kita datang sini nak honeymoon bukan berehat sayang" kata Aldric yang duduk di atas katil .

  "Okey jap saya nak mandi and then kita pergi makan ya ?" kata Ariana yang terus masuk ke dalam bilik air .

   

                         ♡♡♡

              ARIANA perasan sedari tadi ada orang yang sedang mengekorinya kemana jua mereka pergi . Namun dihiraukan kerana dia sedang bersama dengan Aldric .

Ariana meminta diri untuk pergi ke tandas . Dia menyuruh masuk ke dalam restaurant dan memesan apa - apa sahaja .

Ariana menyembunyikan dirinya di sebalik tiang . Lelaki yang mengekorinya tadi mencari - carinya di sekeliling .

Tiba sahaja di satu pintu , lelaki itu ditarik oleh Ariana .

Ariana mengacukan pisau belati di leher lelaki tersebut .

  "Who are you ?" suara Ariana kedengaran tegas .

Lelaki itu masih mendiamkan diri .

  "Answer me or die ?" Ariana mengangkat keningnya .

  "Boss aku suruh ikut kau" jawab lelaki apabila dirasakan pisau yang dilehernya itu sengaja ditekan .

  "Tell him . Sekali dia sentuh suami aku , he will die"  mata Ariana mencerlung lelaki tersebut .

  "Jangan kacau aku dekat sini . Sekali lagi , aku nampak kau . Aku akan seksa kau"

  "You know me , right ?" Ariaan mengangkat keningnya . Ariana melepaskan lelaki tersebut .

Dia keluar dari situ dan menuju ke restaurant.

Lelaki tersebut mendial no seseorang .

   "Dah kantoi boss ! She so fast"

Lelaki itu berbual seketika dan berlalu pergi .

                           ♡♡♡

             TIBA sahaja di restaurant , Ariana mencari kelibat Aldric . Baru sahaja mahu mengeluarkan telefon , Aldric muncul di depannya .

   "Sayang lamanya awak pergi tandas ?" Aldric mengamit tangan Ariana dan terus menuju meja yang didudukinya .

Kelihatan kelihatan Airis , Ryan , Bella dan Afaz berada di meja tersebut . Ya , mereka berenam bercuti di tempat yang sama . Kalau tidak , Datin'Sri Elith mahu membuat pakej percutian di negada lain namun dihalang oleh Airis . Katanya mahu 'triple honeymoon'

   "Ari kau pergi mana do ? Lama bethull aku tunggu . Lapar dah ni" rungut Airis sambil memegang perutnya .

Bella hanya diam dan menilik telefonnya .

  "Aku pergi tandaslah" jawab Ariana ringkas . Dia menarik kerusi di sebelah Aldric .

Seketika mereka diam kerana sedang menikmati makanan yang terhidang .

  "Lepas ni kita nak pergi mana ?" soal Afaz memecah kesunyian .

  "Erm aku ikut je nak pergi mana , kau Ari ?" tanya Airis .

   "Aku mana - mana un okey" jawab Ariana .

Mereka berenam menjamu makanan yang disediakan . Semasa makan , Airis , Aldric dan Afaz sahaja yang meriuhkan suasana . Yang lain hanya diam menikmati makanan mereka .





please comment and vote for me ya cantik ii

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience