KETUKAN di pintu mematikan khayalannya . Segera dia menghapuskan air matanya .
"Masuk" arah Ariana apabila selesai menghapus air mata .
"Hye Ari" sapa Bella .
"Awalnya kau balik bukan kau kata pergi sana 2 weeks ?" soal Ariana . Dia berpura - pura mengemas meja agar tidak bertentang mata dengan Bella .
"Kerja aku habis awal sebab tu aku balik" balas Bella . Dia menarik kerusi di hadapan Ariana . Seketika dia diam , memerhati tindak tanduk Ariana yang asyik menundukkan wajahnya .
"Kau nak minum air apa ?" tanya Ariana yang masih menundukkan wajahnya .
"Apa - apa je " balas Bella .
Ariana terus menekan interkom untul memberitahu PA-nya .
"Tak payah nak sorok sangatlah mata bengkak kau" ujar Bella .
"Mana ada aku nangis" nafi Ariana .
"Tak payah nak tipulah , kita dah kenal lama Ari lagipun kita duduk serumah so segala perangai kau aku sudah tahu" ucap Bella .
"Now tell me , why you crying ?" tanya Bella .
"Kau teringatkan jantan tu ?" teka Bella .
"Hati aku dah mati untuk dia jadi aku takkan ingat dia lagi" jawab Ariana tanpa nada .
"Ohh okeyy , so kau teringatkan peristiwa itu ?" tembak Bella .
"Benda tu mana boleh lupa dari ingatan aku El" kata Ariana sebak .
Bella tersenyum nipis apabila sangkaannya tepat
"Ari" panggil Bella . Dia bangkit dan terus berdiri di sebelah Ariana .
"Semua tu takdir untuk kau tahu ? Kalau semua benda tu tak terjadi , kau takkan jumpa nenek , Abang Ayzen dan dua orang BFF kau yang comel ni" kata Bella sambil mengusap perlahan belakang Ariana .
"Tapi sampai sekarang aku terfikir . Besar sangatkah dosa aku ?" soal Ariana .
"Tak payah fikir sangatlah pasal tu . Sekarang , focus sahaja dekat kehidupan kau yang sekarang ini" Bella turut berasa simpati melihat Ariana kerana dia mangsa keadaan .
"Kalau ayah aku hidup lagi mesti aku tak jadi macam itu" kata Ariana lirih .
"Stop it Ariana . Aku taknak kau cakap pasal benda ini lagi . Kalau nenek atau Abang Ayzen dengar mesti diaorang sedih" kata Bella .
"Okey" jawab Ariana sepatah .
"Are you okey ?" soal Bella risau .
"I'm fine but i need a warm hug" pinta Ariana .
"Such as cute girl but devil" kata Bella . Dia gelak perlahan .
Terus Bella memeluk Ariana erat . Bagi menyalurkan semangat untuknya .
"Astaghfirullahalazim ustaz ! ustaz ! Tengok ni Bella kantoi berdua - duaan dengan Ariana" jerit Airis . Dia menutup mata dengan telapak tangannya tetapi dia membuka sedikit jari - jemarinya untuk melihat .
"Mata Ana sudah tidak suci lagi" kata Airis dalam loghat Arab . Airis menepuk dahinya kuat . Seolah - olah menyesal terlanjur melihatnya .
"Kau tak payah nak overacting boleh ? Sebelum kepala kau binjul kena baling dengan benda alah ni , baik kau diam" kata Bella sambil menunjukkan pen yang berada di tangannya .
Ariana mengeleng kepalanya perlahan . Datang dah minah sewel ni , desis hatinya .
Airis hanya menayangkan giginya . Dia menarik kerusi di hadapan Ariana . Begitu juga Bella .
"Awal kau balik ?" soal Ariana . Bella dan Airis outstation selama 2 minggu . Disebabkan itu dia merasa pelik apabila melihat keduanya balik pada hari yang sama .
"Kerja aku habis awal" jawab Airis .
Ariana merenung wajah Airis lama . Dia sudah cukup kenal dengan perangai kawannya yang satu ini .
Airis menghela nafasnya seketika .
"Urghhh fine , aku ikut Bella balik awal sebab aku bosan duduk sana" Airis mengaru kepalanya yang tidak berasa gatal .
Bella dan Ariana hanya mengeleng kepala perlahan .
"Habis kerja dekat sana , siapa yang handle ?" soal Bella .
"Of course lah Eqa , siapa lagi yang aku boleh harapkan ?" jawab Airis .
"Malang betul PA kau tu dapat boss macam kau" kata Bella selamba .
"Sekali - sekala aja bossku" ujar Airis santai .
"Banyak la kau punya sekali - sekala . Masuk yang ini sudah 24 kali dia handle kerja kau" pintas Bella laju .
"Okey lah tu nama pun kerja kan ? Aku bagi la dia-"
"Eleyhh bagi kerja lah sangat padahal kau pemalas kan" potong Bella .
"So , aku boss suka hati kita laa" jawab Airis .
Ariana sudah mengelengkan kepalanya . Mula dah perangai seket 2 ketul ini .
"Stop it" Ariana mengetuk meja kuat . Serentak Bella dan Airis terus mengunci mulut masing - masing . Takut lah tu dengan Ariana huhuhu ....
"Korang ni kalau sehari tidak bergaduh tak boleh ke ? Setiap kali jumpa mesti bergaduh even duduk rumah sekali" bebel Ariana .
"Boss" panggil Manda , PA Ariana . Di tangannya ada sedulang air untuk mereka bertiga .
"Come in Manda" ajak Ariana .
Manda meletakkan dulang itu dengan penuh berhati - hati . Takut tertumpah kena kertas - kertas yang berselerak di atas meja . Kalau tumpah nanti , tak pasal - pasal singa ni mengamuk sakan .
"Jemput minum boss bertiga" pelawa Manda sopan .
"Wait a minute , mana you tahu i ada dekat sini ?" soal Airis tatkala ternampak ada tiga cawan .
"Oh kan selalunya kalau Cik Bella datang office mesti Cik Airis ada sekali . Lagipun saya dengar Cik Airis jerit tadi" jelas Manda sambil tersenyum nipis .
"Wow , bagus betul eh you buat kerja" puji Bella .
Manda hanya tersenyum malu apabila dipuji Bella . Bukan senang nak kena puji dengan orang atas .
"Manda , you boleh keluar dulu" kata Ariana tanpa nada .
Sebelum Manda keluar dari bilik itu sempat dia menundukkan kepalanya tanda hormat .
"Kau makan ke tak lagi ?" soal Bella .
"Belum" jawab Ariana sepatah .
"Hm jom lah pergi lunch , perut aku pun dari tadi bunyi" ajak Bella .
Ariana hanya mengangguk tanda setuju .
"Kita pergi makan dekat Blue Cafe nak ?" cadang Airis . Sudah lama mereka tidak makan di situ .
"On" jawab Bella .
"Kita naik kereta Ari sahaja lah" kata Airis .
Ariana hanya mengangguk .
Ariana bangun dan terus keluar dari biliknya . Begitu juga Bella dan Airis .
❀❀❀
"EGRHHH !" Bella tersendawa kuat . Nasib mereka makan di tempat yang tiada orang . Kalau tidak buat malu sahaja .
"Woi agak - agak ahh , kita dekat cafe kut bukan rumah" kata Airis .
"Sorry ahh , tak sengaja lagipun dia dah nak terkeluar nak buat macam mana" balas Bella .
"Kau chat siapa Ari ? Dari tadi aku tengok kau main phone" ujar Bella .
"Nenek chat aku suruh beli barang dapur" jawab Ariana .
"Beli barang apa ? Basah ?" tanya Bella .
"Nenek ada bagi aku senarai barang so kita beli sahaja lah . Lagipun kita memang tak masuk office dah kan ?" Ariana menghulurkan telefonnya kepada Bella .
"Mak datuk bapak panjang" terlopong Bella apabila melihat senarai yang diberi oleh Datin'Sri Elith .
"Husnozun sahaja maybe nenek nak buat stok setahun" ujar Airis .
"Kenapa nenek tak suruh Pak Jabar atau Pak Yamin beli barang ?" soal Bella .
Ariana hanya mengangkat bahu .
"Hurm jom lahh boleh kita beli jajan sekali buat perkena malam satgi" kata Airis .
"Betul juga itu besokkan kita bertiga cuti an ? Boleh lah layan movie" kata Bella teruja .
"Aku pergi dulu" Ariana bangun dan terus keluar dari cafe . Pasal makanan , jangan risau Bella dan Airis ada untuk membayar .
Keluar sahaja dari cafe , Ariana dihidang pemandangan ada sebuah keluarga bahagia yang sedang duduk di tempat rehat . Ia adalah impiannya sejak dari dulu .
Ariana terlalu ralit sehinggakan dia terlanggar sesuatu yang keras dan berketul . Sempat Ariana meraba benda yang berketul - ketul itu . Ghisau bethul Ariana ni .
"Auch" kata Ariana perlahan . Sedar yang itu adalah badan orang terus dia menjauhkan diri . Ariana mendongak sedikit wajahnya kerana jejaka iti lebih tinggi berbandingnya .
Ariana terpaku seketika kerana mata jejaka itu sangat indah baginya . Mata jejaka bak kristal yang menyinar . Tapi sayang , Ariana tidak dapat melihat wajah jejaka itu kerna dia memakai penutup muka . Begitu juga dengannya .
Jejaka itu juga diam seperti terpaku .
Beberapa minit mereka dalam keadaan begitu . Ariana yang telah sedar terus mengalihkan pandangannya . Terus dia beristighfar .
"I'm sorry" setelah berkata Ariana terus berlari ke tempat keretanya . Dadanya dipegang bagi mengurangkan sesak di dada .
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
Siapa ehh yang Ariana jumpa tadi tu
Share this novel