BAB 25 ❤

Action Series 10144

ANGIN malam menghembusi wajah ayu Ariana . Teringat akan kejadian petang tadi membuatkan dia terimbau akan peristiwa yang lama .

FLAHSBACK

           SEDANG sibuk berjalan dengan memegang handphone , Ariana terlanggar seseorang di hadapannya .

File yang dipegang gadis itu terjatuh dan kertas itu habis berterabur dia atas lantai .

Ariana meminta maaf kepada gadis itu banyak kali tanpa melihatnya . Tangannya sibuk menolong gadis itu mengutip kertas yang berterabur .

Sebaik sahaja kertas yang berterabur itu berjaya dikumpulkan , Ariana menghulurkan kertas itu kepada gadis . Ariana mengangkat wajah gadis itu dan terpana .

Darisha . Adik kandungnya .

Gadis itu juga nampak terkejut dengan kehadiran kakaknya .

Muncul Anyza di belakang Darisha membuatkan Ariana  terbungkam .

   "Hidup lagi rupanya kau . Aku ingat kau dah mampus" sinis Anyza berkata tanpa memikirkan sekelumit perasaan Ariana .

Ariana masih diam di tempatnya .
Anyza melihat penampilan Ariana dari atas sampai ke bawah .

  "Patutlah kau boleh tinggalkan rumah tu , rupanya ada orang dah bela kau ya . Malangnya orang tu dapat pembawa sial macam kau" hati Ariana semakin sakit apabila Anyza berkata begitu .

  "Ari ! Jom kita dah lambat ni" Bella yang entah muncul dari mana terus menyapa Ariana yang berdiri tegak bagaikan anak patung .

  "Ini siapa ni ?" tanya Bella .

Namun , soalan itu hanua dibiar sepi oleh Ariana yang masih merenung wajah tua Anyza .

  "Tak ada siapa - siapa . Jom" ajak Ariana . Mereka berdua berlalu tanpa bersapa dengan adik dan mak kandungnya .

  "Siapa diaorang sebenarnya ?" soal Bella apabila Ariana memandu kereta untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju .

Perangai Ariana berubah menjadi dingin sejak dia terjumpa dengan dua orang perempuan itu tadi .

Ariana mengeluh perlahan .

  "She is my mother and that's girl is my sister" Ariana berkata jujur .

   "Seriously Ariana ?!" terkejut Bella apabila Ariana berkata begitu .

    "Muka nampak baik tapi perangai nauzubillah" Bella mengelengkan kepalanya .

Sesekali menitis jua air matanya apabila mengingati ayat yang disebut oleh mak kandungnya . Sakit . Pedih .

END FLASHBACK

                  
              "SAYANG AWAK TERMENUNGKAN APA TU ?" soal Aldric sambil memeluk Ariana dari belakang . Dia meletakkan dagunya dia ataa bahu Ariana . Ariana duduk di balkoni untuk menhilangkan perasaan itu .

  "Nothing just tengok bulan dan bintang tu je" Ariana menunjuk jari di lantai langit yang dihiasi oleh bintang yang berkerdipan .

  "Cantikkan ?" soal Aldric sambil memandang ke atas . Melihat keindahan yang dicipta oleh-NYA .

  "Cantik sangat" kata Ariana .

  "Nanti bila saya tak ada , kalau awak rindukan saya , awak tengoklah bintang dan bulan tu" kata Aldric .

Berkerut dahi Ariana apabila Aldric berkata begitu .

  "Kenapa ?" bingung Ariana . Apa kaitan ?
 
   "Bulan dan bintang tu akan menjadi saksi ke atas kerinduan kita . Bulan dan bintang diciptakan bersama adalah untuk menyinari suasana malam . Samalah juga macam kita , sayang dan saya diciptakan bersama sampai ke hujung hayat kita" kata Aldric dengan penuh romantis .

  "Awak belajar kat mana sampai boleh cakap ayat manis kerat kaki ni ?" Ariana memusingkan tubuhnya untuk melihat wajah kacak Aldric .

  "Tak ada belajar dekat mana - mana . Cuma ia terbit dari dalam ni" Aldric membawa tangan Ariana ke dadanya .

Ariana tersenyum manis melihat Aldric . Sesekali ada sahaja bahan jenaka yang dibuat oleh jejaka itu membuatkan Ariana ketawa riang .

Di suatu sudut , seorang pemuda sedang perhatikan aksi mesra yang dibuat oleh pasangan sejoli itu . Pemuda memandang mereka dengan penuh hasrat benci .

  "I'm back Cassandra" pemuda itu berkata perlahan dan menaikkan cermin keretanya . Dia pergi meninggalkan tempat itu .





please comment and vote for ya cantik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience