BAB 10 ❤

Action Series 10144

BELLA melangkah ke dapur untuk membuat kopi . Kebiasaannya Bella memang suka minum kopi di tengah malam .

Pranggg !!!

Bunyi kaca jatuh menarik perhatian Bella . Dia tidak nampak apa - apa kerana kesemua lampu ditutup jadi gelap gelita .

Bella pergi ke arah suis lampu dan tekan suis lampu .

Buka sahaja lampu , ada tiga orang lelaku badan besar sedang menyelongkar dapur mungkin nak mencuri .

"What are you doing bitch ?" soal Bella . Dia mengikat tocang rambut ikal mayangnya yang menutup muka .

"Kau jerit kau mati" kata salah seorang penyamun itu .

"Kisah pula aku" ujar Bella selamba memeluk tubuh .

"Kau memang nak mampus ke ?" 1 lelaki itu terus meluru ke arah Bella.

Bella pantas bergerak ke tepi .

Bella menghentak sikunya di belakang badan lelaki 2 yang meluru ke arah nya .

Bella menyasarkan kakinya ke alat sulit lelaki 3 itu . Lelaki 3 itu terus terduduk kesakitan . Lelaki 1 yang berada di belakang Bella terus memeluknya dari belakang . Sementara itu , lelaki 2 cuba menumbuk Bella tetapi tidak sempat kerna Bella mengangkat kakinya dan terus menerajang lelaki itu .

Bella menghentak kakinya kuat pada kaki lelaki 1 dan terus memberikan penumbuk di muka lelaki 1 bertalu - talu dan pengsan

Lelaki 3 bangun dengan senyap - senyap dan mengeluarkan pisau belati yang terselit di pinggangnya . Lelaki 3 itu terus berlari pantas ke arah Bella dengan keinginan menikam Bella .

Entah bagaimana lelaki 3 itu boleh jatuh tersungkur . Dia mengerang kesakitan kerana pisau belati yang dipegangnya tertusuk ke bahu .

Lelaki 3 itu mendongak ke atas . Rupa - rupanya Afaz yang muncul entah dari bila , telah menyelar kakinya .

"Kenapa bising - bising ni ?" soal Tok Kil dari atas .

"YA ALLAH KENAPA BOLEH JADI MACAM NI ?!" soal Tok Kil dengan kuat . Terkejut dia melihat dua orang lelaki badan besar pengsan dan seorang lagi tersungkur dengan bahu yang berdarah .

"Dia nak rompak rumah ni tok . Yang ni pula nak tikam Bella alih - alih dia yang kena . Padan muka kau" Afaz menyepak kuat badan lelaki 3 itu .

"Ouhh berani kamu bertiga nak rompak rumah aku ya" Tok Kil pergi ke arah lelaki 3 dan menarik telinganya . Diikuti oleh Tok Wan Kal dan cucu - cucunya lelakinya kecuali Aldriz , Afaz dan Ryan .

"Kamu bangun . Kita bincang dekat luar" kata Tok Kil kuat . Sempat dia memukul kuat belakang kepala lelaki 3 itu .

"Kau okey ?" soal Afaz pada Bella .

Bella hanya mengangguk . Sebenarnya dia segan nak memandang Afaz yang merenungnya seperti nak menelannya .

"El ! Cucu nenda ! Are you okey ? Did them hurt you ?" Datin'Sri Elith memusingkan badannya .

"I'm okey nenda . Don't worry okey ? Dah nenda pergi tidur balik" kata Bella sambil memegang lengan Datin'Sri Elith dan terus membawanya ke bilik .

"Boleh tahan juga dia ni . I like it !" ujar Afaz perlahan dan kembali ke tempat tidurnya . Tujuannya hendak ke tandas tidak jadi .

❀❀❀

"EL ! Tok Kil nak tanya sikit boleh dak ?" tanya Tok Kil . Mereka sekeluarga duduk di ruang tamu untuk bercerita hal masing - masing . Selalunya begitulah , barulah rapat dengan ahli keluarga yang lain .

"Kamu belajar dekat mana seni pertahankan diri ? Sebab Tok sempat tengok kamu bertinju dengan jantan tu semalam" tanya Tok Kil yang duduk berhadapan Datin'Sri Elith . Ariana , Bella dan Airis duduk bersimpul di atas karpet . Datin'Sri Elith pula duduk di atas sofa .

"Tak ada belajar dekat mana pun . Belajar sendiri sahaja . Lepas tu adalah juga nenda ajar" jelas Bella ringkas .

"Nenda ajar apa dekat korang bertiga ?" sampuk Nenda Mawar . Dia mengambil tempat duduk di tepi Tok Kil .

"Nenda ajar benda - benda yang penting je macam cara guna pisau belati , pistol dan lain - lain" kata Bella .

"Kenapa tok tak ajar dekat Afaz pun benda ni ?" soal Afaz yang baru muncul dengan Aldriz dan Ryan . Mereka bertiga duduk di atas karpet hujung . Maksudnya di antara sofa yang diduduki oleh Tok Kil dan Nenda Elith .

"Ehmm sebab Tok Kil korang ni pemalas nak ajar dekat cucunya" ujar Datin'Sri Elith laju .

"Mana ada aku malas . Aku cum-"

PIN ! PIN ! PIN ! PON !

"eomma ! ummie ! mummy !" Ryan , Aldriz dan Afaz berkata serentak . Segera mereka bergerak ke pintu utama .

"Hurm sampai dah anak aku" kata Tok Kil seraya bangkit dan menuju ke pintu utama .

"Macam mana perjalanan ke sini ? Penat ?" soal Tok Kil sambil bersalaman dengan anaknya Puan Orkid , mak kepada Afaz .

"Allhamdulilah semua okey cuma penat sikit je" balas Puan Orkid .

"Mana anak - anak ayah yang lain" tanya Puan Orkid yang menjenguk ke pintu utama .

"Mana ada adik dengan kakak - kakak kamu . Diaorang tak balik tahun ni sebab diaorang sibuk" kedengaran suara Tok Kil mulai sedih .

"Tak apa lah kalau macam tu . Ayah kan ada Orkid dekat sini . Tak mo la sedih - sedih" pujuk Puan Orkid dengan gaya budak kecil .

"Kamu ingat yang aku ni budak kecil ke Orkid ?" Tok Kil ketawa perlahan . Hanya anak yang ini sahajalah yang mengerti perasaannya . Walaupun dia duduk di luar negara tetap menjenguknya di sini . Anak - anaknya lain yang duduk di Malaysia sahaja susah nak berjumpa . Sibuk mengalahkan menteri .

"Eh yang tiga orang gadis dekat pintu tu siapa ?" Puan Orkid mengubah topik .

"Yang tu kamu suruh anak tunggal kamu tackle dia sampai dapat . Tak kiralah yang mana pun sebab aku dah berkenan dekat tiga - tiga tu" bisik Tok Kil sebelum memanggil Ariana , Airis dan Bella .

"Ya Tok" ujar Airis . Puan Orkid melihat Bella lama sebelum mengukir senyuman padanya . Bella hanya membalas senyuman Puan Orkid .

"Tok nak kenalkan yang ni Orkid anak bongsu Tok . Kamu bertiga boleh panggil ..."

"Panggil mummy je" Puan Orkid memotong .

"Nama apa manis ni ?" soal Puan Orkid pada Bella .

"Bella" jawab Bella sepatah . Puan Orkid mengerling Ariana dan Airis .

"Ariana"

"Airis"

"Cantik nama padan dengan tuan badannya" kata Puan Orkid .

"Oh ya kenalkan yang ini Puan Hifza dan Puan A-Yeong" Puan Orkid mengambit tangan Puan Hifza dan Puan A-Yeong yang asyik bersembang dengan anak masing - masing .

"Tak payahlah panggil Puan - puan bagai . Panggil ummie sahaja" kata Puan Hifza , ummie Aldriz .

"Yeah me too panggil eomma je" ujar Puan A-Yeong , eomma Ryan . Dia orang korea tapi masuk islam .

"Dah - dah jomlah masuk semua" ajak Datin'Sri Elith .

Aldriz mengangkat bagasi maknya begitu juga Afaz dan Ryan . Mereka bertiga mengekori mak - maknya masuk ke dalam rumah .

♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience