BAB 8 ❤

Action Series 10144

"ASSALAMUALAIKUM nenda" sebelum Ariana melangkah masuk ke dalam rumah sempat dia memberi salam .

Di ruang tamu , ada beberapa orang jejaka yang dia tidak kenal . Matanya meliar mencari Datin'Sri Elith .

"Ari jom" ajak Bella apabila melihat tercegak di tengah - tengah di ruang tamu .

Ariana hanya mengikuti langkah Bella ke arah bilik .

Buka sahaja pintu , ada seorang gadis sedang berbaring atas katil sambil membaca majalah .

"Kau siapa ?" soal Airis yang baharu sahaja muncul .

"Oh lupa bagitahu korang bilik ni aku punya tau jadi beg - beg buruk korang ni boleh bawa keluar pergi ke bilik dekat dapur tu" kata Iqien , cucu Nenek Kuntum .

"Kau tak adab ke ?" tanya Airis tanpa nada . Muka Airis , Ariana dan Bella berubah menjadi dingin .

"Whatever" jawab Iqien yang sedang membaca majalah .

Ariana , Airis dan Bella mengambil beg bagasi mereka keluar dari bilik itu .

"Kenapa korang bawak keluar beg tu ? Nak balik dah ke ?" soal Afaz yang melihat Ariana mengangkat bagasinya .

"Tak cuma ada orang dalam bilik ni jadi tak perlulahh berebut bilik" balas Ariana dingin .

Afaz menghela nafasnya apabila dia melihat Iqien yang berada dalam bilik .

"Sayang ? Kenapa bawak keluar beg ?" Datin'Sri Elith baharu sahaja muncul dari arah dapur .

"Kitaorang keluar sebab ada budak OKU dalam bilik" jawab Bella selamba .

"Haish tak baiklah cakap macam tu . Itukan Iqien , cucu Nenek Kuntum" kata Datin'Sri Elith sambil menjenguk kepala untuk melihat siapa yang berada dalam bilik .

"Hye Nenek Elith , how are you ?" Iqien berdiri di muka pintu bilik .

"Hye . Kenapa Iqien duduk dalam bilik ni ? Bilik ni sebenarnya untuk Ariana , Airis dan Bella . Bilik Iqien bukan dekat dapur ?" kata Datin'Sri Elith . Hatinya mula terasa sesuatu .

"Iqien halau Ariana , Bella dan Airis ya ?" teka Datin'Sri Elith .

Aldric dan Ryan baharu sahaja muncul dari arah ruang tamu untuk melihat kekecohan ini .

"Sebenarnya nenek , Iqien tak halau pun diaorang cuma diaorang bertiga yang keluar dari bilik ni" bohong Iqien .

"Really ?" tanya Bella . Ikutkan hatinya , mahu sahaja dia membenamkan pisau di leher perempuan itu .

"Kau nak mampus ke sial ?" Airis hendak meluru ke arah Iqien tapi dihalang oleh Datin'Sri Elith . Dia sudah paham sangat dengan perangai cucunya . Jikalau dilepaskan kemungkinan Iqien akan masuk ke hospital disebabkan patah . Airis kalau marah dia akan menjadi syaitan yang yang mahukan darah .

Ariana memegang lengan Airis yang sedang menahan amarah . Dia memang pantang jikalau orang menipu . Benci .

"Kenapa ni kak ?" tanya Nenek Kuntum .

"Erm...er... Kenapa Iqien duduk dalam bilik ni ?" tanya Datin'Sri Elith sebersalah .

"Bukan bilik kamu dekat dapur ?" tanya Nenek Kumtum kepada Iqien .

"Bilik dekat dapur tu kan panas nenda . Kipas pun tak ada" jawab Iqien takut - takut .

"Nenek Kuntum rasanya tak payahlah besar - besar hal ni sebab benda kecil saja . Kitaorang pergi dulu" Ariana meminta diri sopan .

"Tak nak duduk bilik ni ke ?" tanya Nenek Kuntum sebersalah akan mereka bertiga .

"Tak pa" Ariana mengangkat beg bagasinya untuk pergi dapur .

"Biar aku angkat" Aldric mengambil bagasi dari pegangan Ariana . Begitu juga Afaz mengambil bagasi Bella dan Ryan mengambil bagasi Airis . Datin'Sri Elith ikut bersama mereka .

❀❀❀

"NENDA nak masak apa ni ?" tanya Ariana sambil melihat bahan - bahan mentah .

"Nenda nak masak ayam masak cili api , kangkung goreng belacan , daging goreng dan sambal tumbuk" jawab Datin'Sri Elith sambil mengupas bawang merah dan bawang putih .

"Nak tolong boleh ? Bosanlah nenda duduk dekat depan" pinta Ariana .

"Sure dear" Ariana pantas pergi ke singki untuk membasuh ayam dan daging .

"Ayam tu Ari potong jadi kecil sedikit and be careful with knife . Don't be injured okey ?" beritahu Datin'Sri Elith .

"Okey nenda" Ariana fokus memotong ayam dan daging di singki .

"Ha dekat sini rupanya minah ni . Puas kitaorang cari dekat depan" Airis dan Bella melangkah masuk ke dapur .

"Kenapa ?" tanya Ariana .

"Saja kitaorang bosanlah . Kejap nenda masak apa ? Nak tolong , please" Airis menarik kerusi dan terus duduk . Bella pula pergi ke Ariana untuk melihatnya memotong daging .

"Boleh je . Korang tolong nenda masak daging goreng dan kangkung goreng belacan" kata Datin'Sri Elith .

"Seorang ambil satulah . Ari kau nak masak yang mana ?" tanya Airis di meja makan .

"Aku masak ayam cili api" ujar Ariana .

"Kau Bella ?"

"Aku masak daging gorenglah"

"Aku pula masak kangkung goreng"

"Dan nenda pula buat sambal tumbuk" sampuk Datin'Sri Elith . Seketika , mereka semua ketawa perlahan kerana Airis membuat lawak .

Airis sedang sibuk memotong sayur kangkung , Ariana pula sedang membersihkan ayam manakala Bella memotong daging setelah diajar oleh Ariana .

Ada sahaja bahan jenaka mereka berempat untuk gelak ketawa sambil memasak .

Di sudut pintu dapur Aldric , Ryan dan Afaz memerhati tingkah mereka bertiga yang sedang menyediakan makan malam untuk semua . Seketika mereka pergi apabila dipanggil oleh Tok Kil .

Setelah satu jam setengah , kesemua hidangan telah siap .

"Finally , it's done !!!" Airis meletakkan masakannya ke bawah tudung salji .

"Nenda , siapa nak datang ? Tadi nenda call kata orang datang tapi mana orangnya ?" tanya Bella sambil membuat air .

"Sebenarnya tadi mereka dah nak sampai tapi tiba - tiba ada emengercy sebab tu diaorang lambat sampai" terang Datin'Sri Elith .

"Siapa nenda ?" soal mereka bertiga serentak . Ariana dan Airis duduk di meja makan berhadapan dengan Datin'Sri Elith . Begitu juga dengan Bella .

"Haih ye la . Tok Wan Kal , Nenda Bunga , Nenek Mawar dan cucu - cucunya" beritahu Datin'Sri Elith .

"Perhh cukup ke bilik ? Rumah ni ada 10 bilik je" kata Bella .

"Alah yang lelaki tidur luar dan yang perempuan tidur dalam bilik berkongsi" jawab Datin'Sri Elith .

"Nenda can i ask you something ?" tanya Ariana .

Datin'Sri Elith mengangguk .

"Aldric , Afaz dan Ryan tu cucu siapa ?" tanya Ariana .

"Oh Afaz sahaja cucu Tok Kil , Aldric dan Ryan tu hanya kawan rapat Afaz" jawab Datin'Sri Elith .

Mereka hanya mengangguk kepala .

"Diaorang dari mana nenda ?" tanya Bella pula .

"Kan tak pernah pun sebelum ni masa family holiday" kata Airis .

"Diaorang bertiga tu cucu jauh Tok Kil yang duduk dekat US . Tahun ni baru diaorang balik jumpa kita semua" jelas Datin'Sri Elith .

"Mana mak ayah dia ?" soal Airis .

"Kejap lagi diaorang sampai semua" ujar Datin'Sri Elith .

"Nenda nak tanya , kenapa korang bertiga senang hati nak duduk dekat bilik tu ?" Datin'Sri Elith tunjuk bilik yang berada di dapur .

"Betul nenda nak tahu ?" Airis mengangkat keningnya sebelah .

Datin'Sri Elith mengangguk laju .

"Actually , bilik tu sebenarnya ada icon" kata Airis perlahan .

"Macam mana korang tahu ?" tanya Datin'Sri Elith . Dia sendiri pun tidak tahu akan bilik itu . Apa yang dia tahu , bilik tu hanya mempunyai katil bersaiz Queen dan juga cermin .

"Ha sebab Tok Kil yang beritahu kitaorang . Bilik tu dah diubah suai oleh Tok Kil untuk keselesaan" beritahu Airis perlahan .

"Sejak bila korang rapat dengan Tok Kil ni ?" tanya Datin'Sri Elith curiga . Mereka bertiga hanya senyum yang mempunyai makna tersendiri .

PIN ! PIN ! PIN !

"Ha diaorang dah sampai . Jom ikut nenda" Datin'Sri Elith bangkit dan terus berlalu ke atas dengan teruja .

"Jom ikut nenda" ajak Bella . Ariana dan Airis hanya mengangguk .

♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience