"Ari ! El ! Aris ! Turun sekejap" panggil Datin'Sri Elith yang berada di ruang tamu .
Ariana , Airis dan Bella keluar serentak dari bilik mereka .
"Kenapa nenda panggil kita ?" soal Bella .
"Entah la" jawab Airis .
Mereka bertiga menuruni tangga dan mendekati Datin'Sri Elith yang duduk di sofa .
Ariana mengerling 3 kotak sederhana kecil yang berada di atas meja .
"Nenda nak kamu bertiga kahwin" kata Datin'Sri Elith .
"WHAT ?!" jerit mereka bertiga serentak .
"Hey kenapa terkejut sangat ni ? Nenda suruh kahwin je bukannya pergi perang"
"No , Aris tak nak kahwin lagi nenda . I'm still young" bantah Airis .
"Lagipun nenda kitaorang mana ada calon" sambungnya lagi .
"Baguslah kalau macam tu , nenda dah carikan dekat kamu bertiga" jelas Datin'Sri Elith .
Ariana dan Bella terkejut sebenarnya . Mahunya tak , tak ada angin tak ada ribut tiba - tiba suruh kahwin ?
"No nenda ! Aris tak nak ! Muktamad !" Airis memeluk tubuhnya .
"Nak atau tak nak . Nenda tak kisah sebab nenda dah terima diaorang punya rombongan dan ini cincinnya" kata Datin'Sri Elith .
" Kenapa nenda nak kitaorang kahwin ? Nenda dah tak nak kitaorang duduk kat sini ?" soal Bella .
"No sayang . Nenda just nak cucu - cucu nenda bahagia sebelum nenda tutup mata" jawab Datin'Sri Elith .
"Tapi nenda kitaorang dah bahagia dengan keadaan macam ni" kata Bella .
"Nenda nak ada seorang lelaki yang boleh menemani kamu di hari tua nanti"
"Nenda hanya minta ini sebelum nenda tutup mata" kata Datin'Sri Elith .
Ariana bangun dan duduk di sebelah Datin'Sri Elith . Dia mencapai tangan orang tua itu yang sudah berkedut namun wajahnya awet muda .
"Kalau itu yang nenda nak , Ari setuju untuk berkahwin dengan pilihan nenda" kata Ariana .
"What Ariana ?" terlopong Airis apabila senang - senang Ariana mengalah dengan permintaan nendanya .
Ariana tersenyum nipis apabila Datin'Sri Elith tidak percaya akan kata - katanya .
"Tapi ada satu syarat . Bila dah kahwin nanti Ari nak stay dekat sini dengan nenda" pinta Ariana sambil tersenyum manis .
"Allhamdulilah , terima kasih Ariana" sejurus itu Datin'Sri Elith memeluk tubuh gadis itu lama .
"Ari naik atas dulu" pinta Ariaan sopan . Datin'Sri Elith hanya mengangguk .
Ariana berlalu ke atas diikuti dengan Bella dan Airis yang tidak berpuas hati .
♡♡♡
"Ari why kau senang betul tunaikan permintaan nenda ?" soal Bella apabila memasuki bilik Ariana .
"Haah kau memang nak kahwin ke macam mana ?" soal Airis pula .
"Aku just nak nenda happy . Selagi aku mampu , aku akan tunaikan apa saja permintaanya . Aku tak sanggup nak tengok nenda sedih bila kita hampakan dia . Bagi aku , dengan cara ni aku boleh balas budi nenda yang dah besarkan aku macam cucu sendiri walaupun hakikatnya aku orang luar" jelas Ariana sambil mengesat air matanya . Jika hendak dibanding apa yang Datin'Sri Elith inginkan , tak terbanding dengan apa Datin'Sri Elith sudah menyelamatkan hidupnya .
Airis dan Bella hanya mengangguk tanda mengerti .
"Okey fine , kali ni aku mengalah sebab nenda . Walaupun benda ni melibatkan masa depan aku" serbasalah Bella apabila tidak menunaikan permintaan nendanya .
"Kau Aris ?" Ariana dan Bella memandang tepat ke muka Airis .
Airis hanya termenung seketikak lalu mengangguk tanda bersetuju .
"Good , aku tak nak nenda kecewa kalau kita hampakan dia" kata Ariana lalu tersenyum .
Demi Datin'Sri Elith mereka bertiga sanggup membuat apa - apa sahaja .
♡
♡
♡
♡
♡
please vote and comment ya cantik tanda support hee ❤
Share this novel