"SEJUKNYAAAA !!!" kata Bella kuat apabila kakinya direndam di dalam air .
"Ari ! Aris ! Jom lahh mandi . Sejuk ni best tau" ajak Bella . Ariana dan Airis hanya duduk di atas tikar sambil melihat gelagat Bella yang seronok bermain air . Tempat ini tidaklah terlalu ramai , kebanyakannya mereka datang nak berkelah .
"Woii" panggil Bella sekali lagi .
"Ye laa . Jom Aris" Ariana mengambil tangan Airis lalu menariknya untuk mengikuti langkahnya .
Ariana dan Airis turun berhati - hati dari batu yang besar .
"Carefull licin batu ni" ujar Airis pada Ariana .
"Perhhh beku siak" komen Airis apabila tubuhnya tenggelam dalam air .
"Kita main dekat sini je lah . Aku tengok air dekat sana boleh tahan deras . Nanti jadi apa - apa kang susah" cadang Ariana .
"Dalam juga eh tempat ni" kata Airis .
"Tu kau nampak tak batu - batu besar tu . Diaorang susun dekat situ sebab nak buat kolam" terang Ariana .
Bella memercikkan air pada Airis . Airis mengangkat keningnya sebelah sebelum dia membalas balik percikan air pada Bella . Ariana pun tumpang sekaki . Mereka bertiga gembira bermain seketika .
"Bahhhh" sergah Afaz dari belakang Bella .
Ariana , Bella dan Airis membuat muka selamba tanpa reaksi .
"Alah korang ni cuba terkejut sikit . Macam tak ada perasaan je" Afaz mencebik bibir .
"Whatever . Kau buat apa dekat sini ? Tempat lelaki dekat bawah sana okey" ujar Airis sambil menunjuk ke arah bawah . Tempat mandi Ariana , Bella dan Airis sedikit terlindung kerana batu - batu besar melindung tempat mereka .
"Ouhhh Aldric suruh panggil korang naik . Dia kata nak pergi lepas tu kita pergi jalan - jalan dekat bandar" kata Afaz sambil duduk di atas batu besar .
"Okey" jawab Airis dan Bella serentak tanpa banyak songeh .
Mereka bertiga terus menaiki tangga batu dengan berhati - hati . Sampai sahaja ke atas , mereka terus pergi ke kereta untuk mengambil baju ganti .
"Girls !!!" panggil Afaz tatkala ternampak mereka bertiga keluar dari tempat persalinan .
"Kita nak pergi mana ni ?" tanya Airis . Mereka hanya memakai pakaian ringkas sahaja . Ariana hanya memakai baju t-shirt berwarna hitam dipadankan dengan cardigan berwarna hitam dan rambutnya ikal mayanya dilepaskan sehingga ke pinggang . Bella pula memakai sweatshirt oversize dan rambutnya diikat toncang . Manakala Airis memakai t-shirt berwarna putih yang bercorak kartun dan rambutnya disanggul gaya messy . Simple but nice .
"Hello ! Korang dengar tak apa yang aku cakap tadi ?" tanya Airis sedikit kuat apabila ketiga - tiga diam memerhati seperti tidak puas melihat dia , Ariana dan juga Bella .
"Ha ha apa ?" tanya Ryan selepas sedar . Dia meraup mukanya beberapa kali .
"Aku tahu kitaorang cantik tapi cover sikit . Tak payah nak tenung sangat nanti tak lena korang tidur malam karang" tegur Bella dengan selamba .
"Eh dah lah jom pergi . Korang follow kitaorang dari belakang ehh" dalih Ryan . Ryan menepuk bahu Aldric apabila dia masih lagi merenung ke arah gadis pujaannya . Bukan Ryan tidak tahu yang Aldric renung siapa .
"Siapa nak drive ?" tanya Bella sambil melambung kunci kereta .
"Biar aku je lahh" Ariana mengambil kunci yang dilambung oleh Bella . Dia masuk ke tempat pemandu . Ketiga - tiga jejaka itu sudah hidupkan moto berkuasa tingginya dan terus berlalu .
❀❀❀
ARIANA memberhentikan keretanya di tepi jalan apabila Afaz memberi isyarat tanda berhenti .
Ariana keluar dari kereta dan diikuti oleh Bella . Airis sudah terlena , setiap kali menaiki kereta akan membuatnya mengantuk .
"Kita nak beli keropok lekor ke ?" soal Ariana . Segala jenis kuih dan kek tersusun di atas meja .
"Haah kita beli makanan dulu lepas tu kita makan dekat pantai nak ?" cadang Afaz .
"Pergi pantai ?" bersinar mata Bella apabila mendengar perkataan 'pantai' . Sudah lama dia tidak kunjungi pantai kerna sibuk bekerja .
Afaz mengangguk laju .
"Jom beli makanan" Ariana tersenyum nipis melihat Bella yang teruja .
"Airis mana ?" tanya Afaz . Dia menjenguk ke belakang Ariana . Tiada .
"Dia tidur dalam kereta" jawab Bella sambil memilih kek .
Ariana mengambil bekas polisterin untuk mengisi kek . Kedai ini kena layan diri jadi jangan tanya ke mana semua pelayan .
"Erm nak pilih mana satu eh ? Moist or oreo ?" soal Ariana perlahan .
"Ambil jelahh dua - duakan senang" celah Aldric . Sejak bila dia berada di situ , Ariana tidak tahu .
"Allah !" terpelanting penyepit yang dipegang oleh Ariana apabila Aldric mencelah .
Ariana merenung tajam ke arah Aldric yang selamba mengambil kek . Selepas memilih kek , sengaja Aldric menentang mata dengan Ariana .
"Ehemm" Afaz mendehem dengan kuat bagi menyedarkan Aldric dan Ariana yang sedang berlawan bertentang mata .
"Beli makanan bukan tentang mata" kata Afaz sambil berlalu ke arah Bella .
"Erm kak berapa ya semua ni ?" tanya Ariana setelah siap memilih makanannya . Dia hanya mengambil seketul kek oreo / moist dan 4 ketul donat coklat .
"Rm 10" jawab makcik itu sopan .
Ariana mencari dompetnya apabila tiada di poket seluarnya . Tak ada .
'Mesti tertinggal dalam kereta' rengus Ariana dalam hati .
Ariana ingin memanggil Bella tapi Aldric melarang .
"Tak payah biar aku bayarkan . Nah makcik" Aldric menghulurkan rm 100 kepada makcik itu .
"Ahh tak pa . Mak cik simpan je baki tu" larang Aldric apabila mak cik itu ingin mengambil duit baki .
"Kejap aku pergi ambil duit dalam kereta" belum sempat Ariana melangkah , Aldric terlebih dahulu menarik lengan Ariana .
"It's okey dear . Simpan je duit kau untuk masa depan kita" Aldric terus berlalu .
Jantung Ariana mula berdengup kencang seperti baru lepas berlari . Mukanya mula memerah .
Ariana menepuk pipinya apabila terasa kebas dan terus memasuki kereta .
Tersenyum Aldric melihat kelakuan Ariana yang dianggap comel baginya . Mereka berenam meneruskan perjalanannya ke Pantai Batu Buruk .
❀❀❀
"SERONOKKAN tempat ni" kata Ryan yang berdiri di sebelah Airis yang asyik merenung keindahan pantai ini .
"Seronok sangat dan tenang sangat . Sesuai untuk orang banyak pendam masalah" ujar Airis .
"Kau ada problem ke ?" tanya Ryan .
"Nope , not me but .... whatever . Ehh look ada layang - layanglahh" dalih Airis .
"Kau nak main ?" soal Ryan .
"Nak tapi aku tak pandai nak terbangkan benda alah tu" Airis membuat muka muram .
"Apa gunanya aku dekat sini ? Dah jom pergi beli layang - layang tu lepas tu main" kata Ryan sambil berlalu .
"Kau tak pelik ke dengan Aris ?" soal Bella dengan tiba - tiba . Mereka berempat duduk di tempat duduk yang tersedia .
Terhenti suapan Ariana yang sedang enak memakan kek yang dibeli tadi .
"Maksud ?" tanya Ariana balik .
"Kau tak perasan ke ? Bila Aris dengan lelaki lain dia cam kayu sikit tau tapi dengan lelaki tu dia cam cepat mesra" jelas Bella .
"Aku un perasan juga benda tu tapi biarlah" Ariana menyuap kek itu ke dalam mulut Bella bagi menghentikan percakapannya .
"Eh kejap" Afaz mengetuk meja kuat .
"Apa ?" soal Bella .
"Nama korang apa eh ?" tanya Afaz sambil menayangkan giginya tersusun cantik .
"Haah lahh . Kita keluar sekali tapi tak tahu nama masing - masing" ujar Aldric .
"Me start first , my name is Afaz Zander" Afaz memperkenalkan dirinya .
"I'm Bella Elyana Rose" Bella senyum nipis .
"I'm Ariana Delisya Cassandra , nice to meet you guys"
"And i'm Aldric Harraz"
"Yang tu siapa ?" Afaz menunjuk ke arah Airis yang sedang asyik bermain layang - layang .
"Her name is Airis Saffiya Alysha" jawab Ariana .
"Perhh nama korang semua tiga perkataan eh ?" tanya Afaz .
Bella dan Ariana hanya mengangguk .
"Kawan korang tu pula ? Namanya apa ?" tanya Bella .
"Ryan Xavier" jawab Aldric ringkas .
"Korang pula 2 perkataan je semua" ujar Bella .
"Haah lahh kebetulan pula" Afaz ketawa perlahan .
"Dararararari nol bo go is sum u ma gi ,baby" ringtone telefon milik Ariana berbunyi .
Aldric dan Afaz sudah tersenyum simpul .
'haihh kenapalah comel sangat dia ni' desis Aldric .
Ariana pantas mengangkat telefon dan terus berlalu .
"Korang kerja apa ?" tanya Afaz sambil menongkat dagu .
"Kerja biasa - biasa je . Korang pula ?" Bella merendah diri .
"Kitaorang mat motor je" jawab Afaz .
Bella mengangkat keningnya sebelah , masih tidak percaya akan kata - kata jejaka itu .
"El jom balik" ajak Ariana .
"Nenda kata ada orang dekat rumah jadi jom balik" ujar Ariana sambil mengemas makanan - makanannya .
"Siapa ?"
"Entah aku tak kenal maybe Aris kenal . Pergi panggil Aris" arah Ariana . Bella segera mendapatkan Airis .
"Kita balik sekali lahh sebab kita datang sekali jadi balik pun sama - samalah" Afaz bangun dan terus menuju ke arah tong sampah .
"Kenapa kena balik ? Aku tak puas lagi nak main layang - layang" Airis mencebik bibir .
"Nenek kata kena balik cepat sebab ada orang datang . Next time kita datang sini lagi and kita main sama - sama" pujuk Ariana .
Airis mengangguk perlahan .
"Bella drive" Ariana melambung kunci kereta kepada Bella yang bersandar pada badan kereta . Mereka berenam pergi meninggalkan tempat itu .
*
*
*
*
stay tuned for the next chapter
Share this novel