ARIANA mengatur langkah dengan laju kerana dia sudah terlewat temu janji dengan Datin'Sri Elith , nenek angkatnya .
Sungguh dia terlupa akan temu janji itu . Dia sangat terleka dengan kerjanya .
Bella melambai tangan ke arah Ariana tatkala ternampak Ariana di muka pintu masuk hotel .
Segera Ariana pergi ke arah Bella .
"Nenek dah sampai ?" soal Ariana .
"Nasib kau baik , nenek cakap jalan jem so dia lambat sikit" balas Bella .
Ariana menghela nafas lega .
"Kau dari mana ?" tanya Bella .
"Office" jawab Ariana tanpa nada .
"Kau ?" tanya Ariana pula .
"Aku baru lepas meeting dengan Dato Hassan" balas Bella .
"Dato Hassan yang buaya darat tu ?" tanya Ariana .
"Yes" balas Bella .
Ariana hanya mengangguk kepalanya .
"Mana lagi sorang ?" soal Ariana .
"Entah laa . Tadi aku call dia kata on the way but until now aku tak nampak batang hidung dia" kata Bella .
Kawan baiknya seorang lagi memang suka janji melayu . Haihh...
"Haa tu dia sampai sudah . Panjang umur dia" segera Bella melambai tangan ke arah Airis .
"Weyhh nenek dah sampai ke belum ?" tanya Airis kelam kabut .
"Belum" jawab Bella sepatah .
"Fuhhh nasib baik kalau tidak mahu kena bebel sampai besok" kata Airis .
"I'm sorry miss . Are you Miss Ariana Delisya , Miss Bella Elyana and Miss Airis Saffiya ?" tanya seorang gadis cantik yang bernama Amani .
Ariana dan Airis hanya mengangguk sekali .
"Yes , why ?" jawab Bella .
"Oh kalau macam itu miss bertiga boleh ikut saya sebab Datin'Sri Elith dah tempah meja" beritahu Amani sopan .
"Okey then show me the table , please ?" pinta Bella .
"Ini dia meja yang Datin'Sri Elith sudah tempah , silakan duduk miss bertiga" pelawa Amani lembut .
"Wait , you student ke ? Sebab muka you macam budak - budak lagi" tanya Airis .
Amani mengangguk kepalanya sambil tersenyum manis .
"Saya student form 5 , tak lama lagi SPM" beritahu Amani ramah .
"So why tak focus dekat SPM ? Kenapa kerja dekat sini ?" soal Ariana dingin .
"Ermm saya kena kerja part time dekat sini miss" jawab Amani sambil menundukkan mukanya . Takut melihat panahan mata Ariana yang tajam itu .
"Kau ni cuba senyum sikit , budak ni tengok pun takut" ujar Bella .
Ariana hanya menjeling sekilas .
"Eh tak apa Miss Bella" kata Amani .
"Panggil Kak Bella sahaja" kata Bella ramah .
Amani mengeleng kepalanya laju . Berkerut wajah Airis apabila Amani mengeleng .
"Saya tak boleh buat macam tu Miss Bella nanti boss saya marah" beritahu Amani polos .
"Miss Ariana , Miss Bella and Miss Airis , saya minta diri dulu ya . Assalamualaikum" Amani minta diri dengan sopan .
Ariana dan Airis hanya menjawab salam dalam hati .
"Kau tak pelik ke Aris ? Kenapa dia kena kerja dekat sini sedangkan tahun ini dia SPM ?" kata Bella .
"Ramai je student yang nak SPM , kerja dekat sini . Apa yang peliknya ? Diaorang buat part time maybe nak cari duit poket lebih" kata Airis .
"I don't know but aku yakin dia macam ada something weird" kata Bella .
Ariana hanya memandang ke arah Amani yang berada di kaunter pendaftaran . Wajahnya terlihat takut dengan perempuan yang dihadapannya . Mungkin boss dia yang dimaksudkan tadi .
"Kau tengok apa Ari ?" tegur Bella .
"Nothing" kata Ariana sepatah .
"Tu ha nenda sudah sampai" Airis memuncungkan bibirnya ke arah Datin'Sri Elith yang sedang menuju ke arah mereka .
"Sorry girls , nenda lambat . Jalan jem teruk betul tadi" kata Datin'Sri Elith .
"Is okey nenda . Can i ask you something nenda ?" pinta Bella .
"Apa dia ?" tanya Datin'Sri Elith .
"Did you know her ?" Bella menunjuk Amani yang berada di kaunter pendaftaran .
"Yes i know her . Tak silap nenda nama dia Amani" jawab Datin'Sri Elith .
"Berapa lama dah dia kerja dekat sini ?" tanya Airis .
"Tu nenda tak ingat . Tak apa nanti tanya sahaja dekat Ira" kata Datin'Sri Elith .
Ariana dan Bella hanya mengangguk kepalanya perlahan .
"So apa yang nenda nak dicuss tu ? Macam penting jer" ujar Airis .
"Family holiday , tahun ini . Kita nak pergi ke mana ? Kampung or oversea ?" tanya Datin'Sri Elith .
"Kita balik kampung je lah nenda . Lagipun dah lamakan tak balik sana ?" cadang Airis .
"Kauorang berdua macam mana ?" tanya Datin'Sri Elith kepada Ariana dan Bella .
"Kitaorang ikut sahaja nenda" kata Bella . Sebagai cucu angkat kepada Datin'Sri Elith , dia tidak akan membantah cadangan nenda untuk hari keluarga . Begitu juga dengan Ariana . Airis pula memang cucu kandung Datin'Sri Elith jadi dia berhak memberikan cadangan .
"Okey lah kalau macam itu . Nenda panggil semua adik-beradik nenda berkumpul dekat kampung ? Baru best" cadang Datin'Sri Elith .
"Hmm good idea but diaorang setuju ke nenda ? And nak pergi bila ?" tanya Airis .
"Mesti lah diaorang akan setuju sebab dah lama tidak berjumpa kan ? Kita pergi hari Sabtu ini lah" kata Datin'Sri Elith teruja .
"Kalau macam tu, nenda minta diri dulu . Nenda nak pergi rumah Mak Ngah lagi rumah Mak Cik lagi" kata Datin'Sri Elith dengan teruja sambil berlalu .
"Nenda tak nak makan sekali ke ?" kata Airis kuat .
"No , thanks" balas Datin'Sri Elith kuat .
"Macam tu je dia pergi ?" tanya Airis sambil mengelengkan kepalanya .
"Kau macam tak tahu sahaja perangai nenda bila dia excited ?" ujar Bella .
"Kau okey ke Ari ? Semua berkumpul ?" tanya Airis .
"Aku okey je . Dekat kampung nanti , boleh lahh aku release tension" Ariana tersenyum nipis ke arah Airis .
"Kau Bella ?" Bella hanya mengangguk kepala tanda bersetuju .
"Kauorang nak makan dekat sini or nak makan masakan Mak Mah ?" soal Bella .
"Masakan Mak Mah better" kata Airis .
"Jom lahh balik" ajak Airis .
"Kauorang balik dulu . Aku ada hal sekejap" kata Ariana .
"Okey , see you again bye" Bella dan Airis sudah berlalu . Hanya tinggal Ariana di meja itu .
Ariana bangkit dan menuju ke arah kaunter pendaftaran . Dia mencari sesuatu sebenarnya .
Tiba - tiba dia terdengar suara orang tengah marah di bilik pekerja yang terletak di belakang kaunter pendaftaran .
"Benda kecil macam ti pun kau tak boleh handle ke ? Kau ni memang tak boleh diharap lahh . Lembab pula tu . Menyusahkan orang je kerja kau kan" marah perempuan yang berada di hadapan Amani . Amani hanya menundukkan wajahnya .
"Kau tak layak lah kerja dekat sini . Aku suruh kau teman Dato tu sampai ke bilik . Kenapa kau tolak dia sampai jatuh ?" jerkah Qilah . Qilah menunjal kuat kepala Amani .
"Dia raba dan goda saya akak . Saya tak nak sebab tu saya tolak dia" jawab Amani takut .
"Kau tahu tak ? Disebabkan kau , kita hilang customer yang kaya - raya ? Rugi kau tahu tak ?" jerkah Qilah lagi .
Dia mengangkat tangannya ke udara untuk melempang Amani .
Tapi tidak sempat tangannya menyentuh wajah polos Amani , tangannya ditarik kebelakang dan dipulas kuat oleh Ariana .
"Cakap dengan mulut bukan dengan tangan" kata Ariana dingin . Dia memulas tangan Qilah dengan kuat .
Terjerit Qilah dibuatnya .
"Saya sudah bercakap dengan baik dekat dia Miss Ariana" suara Qilah mengendur apabila berhadapan dengan Ariana .
"Lembut ke ? Aku rasa kau tengking dia Ke nak aku ajar bercakap dengan lembut ? . Oh one more thing , hotel ni bukan tempat maksiat . Kalau Dato tu datang lagi dan minta pekerja perempuan teman dia ke bilik cakap tak payah . Hantar sahaja bell boy" kata Ariana dingin .
"Tapi Miss Ariana , dia customer VVIP mana boleh abaikan dia" bantah Qilah .
"Sekarang ini siapa boss siapa kuli ? Aku ambil kau kerja dekat sini sebab kau terdesak nak pakai duit saje lahh . Ikutkan kau memang tidak layak . Satu je aku nak pesan dekat kau , tolong jadi perempuan yang bermaruah sikit . Jangan tayang sangat barang kau yang tak mantap kau tu dekat semua jantan . Tak ada orang nak tengok pun . Aku nak bagi nasihat lebih - lebih pun , aku sendiri pun tak pakai tudung but aku still tahu harga diri" hambur Ariana dengan sinis .
Ariana mengatur langkah ke arah Amani yang sedang menundukkan wajahnya . Dia mengambil tangan Amani dan terus berlalu .
Saat dia melintasi di hadapan Qilah sempat Ariana berkata .
"Aku rasa duit gaji bulanan kau cukup kut nak beli pakaian yang cukup kain dan longgar . Melainkan kau miskin sangat sampai nak pakai baju koyak rabak ini" selesai berkata terus Ariana terus berlalu .
Ariana melepaskan pegangannya pada tangan Amani di ruang lobi .
"Kau jangan lembik sangat dengan perempuan tu . Sebab tu kau senang kena buli dengan diaorang semua . Lawan sikit" kata Ariana .
"Saya bukan tak nak lawan miss cuma saya takut dengan dia"
"Kau takut apa ? Dia orang bukan hantu" kata Ariana sambil merenung wajah Amani .
"Listen here ! Aku tak ada masa nak bersembang lebih - lebih dengan kau sebab aku dah lambat . Lagi sekali kalau aku tengok lembik macam ni , siap kau" Ariana memeluk diri .
"Dah aku nak balik , if kau ada masalah terus call aku" Ariana menghulurkan kadnya .
"Kenapa miss tolong saya eh ?" tanya Amani .
"Sebab kehidupan kau sama macam kau hadapi dulu" jawab Ariana perlahan .
"Hah apa miss cakap ?" tanya Amani sekali lagi .
"Nothing , bye assalamualaikum" Ariana terus berlalu pergi ke kereta mewahnya . Amani memandang setiap gerakan Ariana sehingga kereta milik Ariana meluncur dengan wajah hairan .
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
♡︎
Share this novel