BAB 12

Romance Completed 9664

Tengahari ini Tengku Rizqin datang lagi ke True Love cafe. Tujuan sebenar dia datang ke cafe itu bukanlah kerana hendak makan. Tapi hendak berjumpa dengan Diandra, gadis yang telah mencuri hatinya.

Dia mengambil tempat di sebuah meja kosong. Kemudian datang seorang pelayan perempuan. Tetapi hampa. Bukannya Diandra.

" Good afternoon sir. Welcome to True Love cafe. May I take your order? " soal gadis itu.

" Pekerja nama Diandra ada? " soal Tengku Rizqin. Soalan gadis itu dibiarkan tidak berjawab.

" Diandra? Ada. Kenapa ya encik? " soal gadis itu semula.

" Boleh panggilkan dia? Saya nak dia yang ambil order saya " .

" Erkk, tapi kenapa? Saya ke, dia ke atau sesiapa yang ambil order encik ada beza ke? Bukan semuanya sama?" soal gadis itu pelik.

" Mana manager awak? " Tengku Rizqin sengaja ingin menakutkan gadis itu.

" Sekejap encik, saya panggilkan Dian ya" cepat-cepat gadis itu berlalu untuk memanggil Diandra.

Tengku Rizqin tersenyum kecil.

" Haa tahu takut " .

" Dian! Dian! " panggil Hana.

" Apa Hana? Kau tak nampak ke aku sibuk ni? " .

" Ada customer nak kau ambilkan order dia " beritahu Hana.

" Kenapa pulak? Kau kan ada. Pekerja lain pun ada " .

" Itulah masalahnya sekarang ni. Dia nak kau yang ambilkan order. Bukannya aku atau pekerja lain. Kalau tak dia nak report dekat encik Hisham " .

Mencerlung mata Diandra.

" Haa nak report? Apa hal pulak? " .

" Dah lah Dian kau tak payah nak bersoal jawab dengan aku. Sekarang ni kau pergi jer ambil order dia okay" Hana menolak tubuh Diandra. Mahu atau tak, terpaksalah Diandra pergi juga.

" Kenapa ni? " soal Aiman yang baru tiba di ruangan dapur itu.

" Ada customer ni, aku elok datang dekat dia nak ambil order. Tiba-tiba pulak dia cakap dia nak Dian yang ambil order. Dia tak nak orang lain" cerita Hana.

" Kenapa pulak macam tu? Lelaki ke perempuan? " .

" Of course lah lelaki. Aku syak dia tu dah jatuh cinta dekat Dian. Siap tahu nama Dian lagi " .

" Mamat semalam tu ke ea? " .

" Mamat semalam? Siapa? " .

" Semalam ada mamat ni datang, dia ada tanyakan nama Dian dekat aku. Lepas tu dia ajak Dian kawan dengan dia " .

" Haa eloklah tu. Lagipun lelaki tu hensem tau. Aku tengok style dia pun macam orang ada-ada " .

" Hish kau ni Hana. Kalau dia jahat macam mana? " .

" Eleh eleh, ke kau cemburu? " sakat Hana.

" Dah lah aku nak pergi tengok Dian " Aiman terus berlalu.

" Haa cemburulah tu " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience