BAB 20

Romance Completed 9664

Sementara menunggu Diandra mengemas cafe sebelum cafe ditutup, Tengku Rizqin menanti Diandra di hadapan cafe. Aiman yang kebetulan melihat Tengku Rizqin berada di situ mengambil peluang untuk berjumpa dengan lelaki itu.

" Tengku Rizqin " .

Tengku Rizqin menoleh sebaik namanya di sebut. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran Aiman.

" Nak apa? " soalnya.

" Tak ada. Cuma aku nak cakap sikit dengan kau " .

" Apa dia? " .

" Kau betul-betul sayangkan Dian ke?" soal Aiman serius.

" Kau ingat aku main-main ke? " soalan dibalas semula dengan soalan.

" Aku harap kau tak main-main lah. Dian tu sekali dia dah sayangkan orang, susah untuk dia buang perasaan tu. Sebenarnya kau ni tak layak pun untuk Dian " .

" Siapa kau untuk cakap macam tu? Layak atau tak, bukan kau yang tentukan " .

Aiman tersenyum sinis.

" Aku kenal Dian lebih lama daripada kau " .

" Then? Berapa lama kau kenal seseorang tu, tak penting pun. Atau kau sakit hati sebab Dian pilih aku, bukannya kau? Huh, kesian " Tengku Rizqin sengaja mahu menyakitkan hati Aiman.

Aiman mengetap giginya menahan geram.

" Aku tak kisah siapa pun pilihan Dian. Asalkan dia bahagia. Itu dah cukup buat aku sebagai seorang kawan dia. Aku harap kau dapat lindungi dia. Aku tak nak tengok dia menderita bila dengan kau " .

" Aku tak kan biarkan orang yang aku sayang menderita " .

" Okay. Tengok nanti. Kalau aku tahu apa-apa terjadi dengan Dian, siaplah kau " Aiman menepuk perlahan dada Tengku Rizqin sebelum berlalu.

Tengku Rizqin hanya memandang sepi langkah Aiman. Sebagai seorang lelaki, dia dapat rasakan Aiman juga ada perasaan terhadap Diandra. Perasaan sayang yang lebih daripada seorang kawan.

Diandra berjalan sendirian keluar daripada seven eleven setelah membeli beberapa jenis barang keperluan. Mujur seven eleven dekat saja dengan rumahnya. Dia cuma perlu jalan kaki saja.

Ketika Diandra ingin melintas jalan, sebuah kereta saga berwarna merah bergerak laju ke arahnya. Diandra terkejut. Ketika kereta itu semakin dekat! Diandra terus memejamkan matanya.

Diandra tersentak apabila tubuhnya tiba-tiba saja ditarik ke tepi. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Kini dia berada di dalam dakapan seseorang. Tangan Diandra terketar-ketar memegang lengan orang yang telah menyelamatkan dia.

Sebaik Diandra membuka matanya, dia terkejut apabila melihat dirinya berada di dalam dakapan lelaki itu. Segera dia menjarakkan dirinya daripada lelaki itu. Wajahnya sudah bertukar merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience