BAB 3

Romance Completed 9664

" Oit Dian, kau lambat lagi ya hari ni?" soal Hana, salah seorang pekerja cafe True Love.

" Ha'ah. Aku sakit perut tadi. Nasib baiklah Encik Hisham tak marah. Kalau tak, tak pasal-pasal aku dengan Aiman kena buang kerja " .

Hana ketawa kecil.

" Kau orang berdua ni sweet lah aku tengok. Kenapa ea kau orang tak bercinta? Atau kau orang memang bercinta cuma tak nak beritahu sesiapa? " Hana membuat andaiannya sendiri.

" Eii mengarut apa kau ni? Aku nak bercinta dengan Aiman tu? Heh memang tak lah. Aku dengan dia tu tak lebih pun daripada seorang kawan. Kita orang kawan sejak daripada kecil. Aku ni pun dah naik muak tengok muka dia " .

Diandra dan Aiman memang berkawan sejak daripada kecil lagi. Tambahan pula rumah mereka berjiran. Mereka diibaratkan seperti belangkas yang asyik berkepit saja. Ramai yang menganggap mereka bercinta tapi hubungan mereka hanya sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.

Selepas tamat sekolah menengah, Aiman bercadang untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan memandangkan di kampungnya peluang pekerjaan agak terhad dan susah untuk mencari kerja. Diandra nekad untuk mengikut Aiman ke Kuala Lumpur. Ibu bapanya mengizikan kerana mereka percaya Aiman mampu menjaga Diandra.

Kini sudah empat tahun mereka tinggal di Kuala Lumpur. Gaji mereka daripada rendah kini semakin bertambah.

" Apa salahnya kalau kau orang bercinta pun. Aiman tu hensem tau. Lagipun ramai jer yang aku tengok jatuh cinta dengan kawan baik sendiri" .

" Aiman tu hensem? Hmm aku rasa mata kau dah rabun ni Hana. Itu orang lain, bagi aku kawan tetap kawan. Tak ada istilah cinta. Lagipun kalau bercinta nanti, boleh putus. Lepastu nanti mesti dah tak sama macam dulu. Aku tak nak rosakkan persahabatan aku disebabkan cinta".

Hana mengangguk faham.

" Aku impress betul dengan kau Dian. Kau ni berfikiran matang jugak kan" .

" Habis tu kau ingat aku ni apa? " .

" Aku ingatkan kau ni macam budak-budak. Asyik bergaduh jer dengan si Aiman tu " .

Diandra menjeling tajam.

" Dia yang cari pasal dengan aku dulu" .

" Amboi syoknya kau orang berborak. Kalau aku report dekat Encik Hisham ni, haa baru tahu " tegur Aiman.

" Eii sibuklah! " kata Diandra dan Hana serentak sebelum berlalu menyambung kerja mereka yang tertangguh tadi.

" Aikk kita pulak yang dimarahnya?" Aiman menggeleng perlahan. Tak faham betul lah dengan orang perempuan ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience