BAB 1

Romance Completed 9664

Pin..pin..

Aiman membunyikan hon keretanya sebaik tiba di hadapan rumah sewa Diandra. Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 lagi. Dia cuma ada masa lagi 15 minit untuk masuk kerja. Kalau terlewat habislah dia kena bebel dengan Encik Hisham.

" Aduhh mana pulak Dian ni. Orang dah lambat " gumam Aiman.

Beberapa minit selepas itu muncul Diandra. Selamba ditayangkan wajah tidak bersalah pada Aiman.

" Good morning Aiman " tegurnya sebaik masuk ke dalam perut kereta.

" Tak payah nak good morning sangat ea Dian. Kita ni dah lambat. Kau nak kena tazkirah lagi dengan encik Hisham ke? Aku tak nak. Cukup-cukuplah dia tazkirah kita haritu " bebel Aiman. Matanya masih fokus pada pemanduan.

Diandra mencebikkan bibirnya.

" Alah bukan aku sengaja nak lambat. Perut aku ni buat hal pulak pagi ni. Aku tak tahu lah aku silap makan ke apa " .

" Kau tahu tak, daripada tadi aku bunyikan hon kereta. Punyalah lama aku tunggu kau " .

" Kau bunyikan hon kereta? Kau nak kejutkan semua jiran-jiran aku ke apa? Patutlah jiran sebelah rumah aku asyik complain. Dia nak tidur pun tak aman " .

" Dah tu, payah sangat nak panggil kau. Aku bunyikanlah hon. Aku telefon bukannya kau nak jawab. Takkan lah aku nak masuk dalam rumah sewa kau tu pulak. Tak pasal-pasal nanti kita kahwin free. Mahunya terkejut mak ayah kita dekat kampung tu " .

Diandra menjeling geram ke arah Aiman. Aduh pagi-pagi lagi dia dah membebel.

" Aduh Aiman. Naik pekak dah telinga aku ni dengar kau membebel daripada tadi " .

" Ohh dah pekak ya? Haa eloklah tu. Selama ni pun telinga kau tu bukannya berfungsi sangat. Orang bunyi hon banyak kali pun tak dengar" .

" Aduhh Aiman. Pening kepala aku dengar kau membebel " Diandra menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Kalau tak nak aku membebel lain kali jangan lambat ya cik Dian. Nasib baiklah kau ni kawan aku. Kalau kau ni bukan kawan aku, dah lama aku tinggalkan kau. Pandai-pandai lah kau pergi kerja sendiri nanti ".

" Yelah sorry. Aku janji lepas ni aku tak lambat okay? " .

" Aku harap kau tepatilah janji kau tu ya cik Dian. Jangan dicapati pulak " perli Aiman.

Tepat pukul 8.05 pagi mereka tiba di cafe True Love. Sebentar lagi pasti mereka akan mendapat 'tazkirah' free daripada manager mereka, encik Hisham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience