BAB 4

Romance Completed 9664

Pintu bilik Tengku Rizqin dibuka daripada luar. Tengku Amalin senyap-senyap melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu. Kebetulan pintu bilik Tengku Rizqin tidak berkunci.

" What are you doing here Amalin?!" soal Tengku Rizqin terkejut.

Mana tidaknya, dia baru sahaja keluar daripada kamar mandi tiba-tiba melihat Tengku Amalin sedang duduk di birai katilnya.

Tengku Amalin tersenyum manis. Matanya jatuh pada tubuh Tengku Rizqin yang tidak berpakaian itu. Lelaki itu suka melilit sehelai tuala di pinggangnya.

" Hai baby " tegur Tengku Amalin.

" You keluar sekarang! Apa you buat dalam bilik I ha? " marah Tengku Rizqin. Dia cepat-cepat mengambil tshirt lalu disarungkan pada tubuhnya.

" Sayang I cuma nak jumpa you jer. Tak payah lah halau I macam ni. I ni bakal isteri you tau " .

" Tengku Amalin, sila keluar daripada bilik I sekarang sebelum I halau you cara kasar " .

" Baby please.. " .

" Okay fine. You yang nak I halau you cara kasar kan " Tengku Rizqin terus menarik kasar Tengku Amalin keluar daripada biliknya.

Kemudian pintu dihempas kuat dan dikunci.

" Aduh sakit. Baby how dare you buat dekat bakal isteri you macam ni? " Tengku Amalin mengetuk-ngetuk pintu bilik Tengku Rizqin berulang kali.

Tetapi sikit pun Tengku Rizqin tidak hiraukan. Dia merengus geram. Pasti mamanya yang menyuruh Tengku Amalin masuk ke biliknya.

Arghh serabut! Tengku Rizqin memang tidak berkenan dengan perangai sepupunya itu. Sebab itu dia menentang habis-habisan apabila Tengku Maria ingin menjodohkan mereka berdua.

Lagipun perempuan seperti Tengku Amalin bukan ciri-ciri perempuan yang disukainya.

" Aunty! " Tengku Amalin terus berlari mendapatkan Tengku Maria di meja makan.

" Why sayang? " soal Tengku Maria.

" Abang Rizqin tu. Dia heret Alin keluar daripada bilik dia. Sakit tau aunty " adu Tengku Amalin.

" Iya ke? Takpa nanti biar aunty sendiri yang cakap dengan dia. Alin jangan risau lah ya " .

Tengku Amalin mengangguk perlahan.

" Aunty tahu kan Alin sayang sangat dengan abang Rizqin. Alin nak kahwin dengan dia. Jadi please aunty tolong pujuk abang Rizqin " .

" Iya sayang aunty tahu. Aunty akan pastikan Alin kahwin dengan Rizqin. Lagipun aunty cuma nak Alin jer yang jadi menantu aunty " Tengku Maria menyakinkan anak saudaranya itu.

" Thank you aunty " Tengku Amalin menghadiahkan ciuman di pipi Tengku Maria.

Dia sanggup buat apa saja asalkan Tengku Rizqin menjadi miliknya. Sejak daripada kecil lagi dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience