BAB 13

Romance Completed 9664

Diandra melangkah juga ke arah meja lelaki semalam untuk mengambil pesanan makanan.

" Good afternoon sir. Welcome to True Love cafe. May I take your order? " soal Diandra.

Tengku Rizqin tersenyum lebar apabila melihat Diandra.

" Bagi saya order macam semalam ya" .

" Er encik order apa ea semalam? Saya lupa lah. Sorry " .

" Chicken chop dengan orange juice. Lepas ni awak kena ingat tau, sebab hari-hari saya datang makan dekat sini nanti " .

Diandra tersenyum kelat.

" Okay. Encik ada nak tambah apa-apa lagi?".

" Haa tambah kasih sayang dengan cinta sikit " Tengku Rizqin ketawa kecil.

Diandra terkedu. Aduh mamat ni. Sweet talker betul lah.

" Pandai betul cik ni bergurau. Okaylah saya pergi hantar order dulu" Diandra terus berlalu ke dapur.

" Riz? Kau datang lagi?" soal Hisham.

Dia mengambil tempat di hadapan Tengku Rizqin.

" Datanglah. Sedap gila makanan kat sini " pujinya.

" Eleh yelah tu. Entah-entah ada sebab lain kau datang sini. Bukannya aku tak kenal kau " .

Tengku Rizqin tersenyum kecil. Tahu-tahu jer Hisham dia ada sebab lain datang ke sini.

" Sham, kenapa kau tak pernah beritahu aku ea yang kau ada pekerja cantik macam Diandra tu? Kalaulah aku tahu, daripada dulu lagi aku datang cafe kau " .

" See, aku dah agak. Kau datang sini pun bukannya sebab nak makan sangat. Maksud kau Dian? Kau kenal dengan dia ke? " .

" Semalam dia yang ambil order aku. Fuh cantik gila dia " .

Hisham ketawa kecil.

" Kau tak kenal lagi perangai gila-gila dia tu " .

" Dah lama ke dia kerja dekat cafe kau ni? " soal Tengku Rizqin.

" Lama. Dia dengan Aiman pekerja paling lama yang kerja dekat cafe aku ni. Dah empat tahun " .

Tengku Rizqin mengangguk.

" Aku rasa kan Sham, aku dah jatuh cinta lah dengan dia " .

" Kau biar betul? Baru jumpa dah jatuh cinta " .

" Betul lah Sham. Ni lah yang orang panggil love at the first sight " .

" Banyaklah kau. Dian tu dah ada boyfriend. So kau tak payahlah nak berangan sangat " .

" Dah ada boyfriend? Kau kenal ke boyfriend dia? " .

" Apa pulak aku tak kenal. Pekerja aku jugak. Si Aiman tu. Dia orang memang daripada dulu lagi asyik berkepit. Katanya satu kampung " .

" Ohh budak lelaki tu lah boyfriend dia. Patutlah macam tak suka bila aku nak rapat dengan Dian. Takpa baru boyfriend. Belum lagi suami kan? ".

Hisham menggeleng kepalanya. Tengku Rizqin memang begitu. Apa saja yang dia mahu, dia akan berusaha untuk dapatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience