BAB 10

Romance Completed 9664

Aiman menghantar pesanan makanan di meja Tengku Rizqin. Sejujurnya dia rasa cemburu apabila Diandra memberitahunya lelaki itu asyik memandang wajahnya.

" Your order sir " kata Aiman selepas meletakkan pesanan makanan Tengku Rizqin di atas meja.

" Thanks " ucapnya. Dia agak kecewa sedikit apabila bukan gadis yang diminatinya tadi yang menghantar pesanan makanannya tetapi pelayan lain.

" Err sekejap " panggil Tengku Rizqin.

Aiman menoleh.

" Ya? Encik nak tambah apa-apa lagi ke? " soal Aiman.

Tengku Rizqin menggelengkan kepalanya.

" Saya nak tanya, siapa nama pelayan tu ea? " Tengku Rizqin menghalakan jari telunjuknya ke arah Diandra yang sedang mengambil pesanan makanan di meja pelanggan.

Aiman memandang seketika ke arah Diandra. Pelik jer. Kenapa mamat ni beriya-iya nak tahu pasal Dian?

" Kenapa ya encik? Dia ada buat salah ke? " .

" Eh tak. Saya cuma nak tahu nama dia jer " .

" Nama dia? Err nama dia Sarimah " bohong Aiman. Ah bantaikan jer lah. Ni kalau Dian tahu ni, mati aku.

" Sarimah? Nama dia Sarimah?" soal Tengku Rizqin seakan tidak percaya. Aik takkan lah muka cantik-cantik tapi namanya klasik. Ada lagi ke orang muda zaman sekarang nama Sarimah?

" Ha'ah Sarimah. Saya pergi dulu ya encik " Aiman terus berlalu ke bahagian dapur.

" Sarimah hmm unik " gumam Tengku Rizqin sendirian.

" Sarimah! " Tengku Rizqin melambaikan tangannya ke arah Diandra. Dia sudah habis makan dan mahu meminta bil.

Diandra terpinga-pinga. Eh kejap, siapa Sarimah.

" Haa awak lah " kata Tengku Rizqin lagi.

Diandra melangkah mendekati meja Tengku Rizqin.

" Encik panggil saya ke? " soal Diandra.

" Ha'ah awaklah. Sarimah kan? " .

Haa Sarimah? Ewah sejak bila pulak aku tukar nama aku ni? Punyalah sedap nama aku. Sarimah jugak dia panggil.

" Encik jangan pandai-pandai boleh tak? Suka hati encik jer nak panggil saya Sarimah. Encik ingat nama encik tu sedap sangat ke ha? " Diandra mula naik angin.

Tengku Rizqin terkedu. Eh kenapa pulak dia nak marah-marah ni?

" Eh Dian, apa hal ni? " soal Aiman yang baru tiba.

" Ni haa suka hati dia jer panggil aku Sarimah. Suka-suka tukar nama orang" .

Aduhh mati aku. Gumam Aiman dalam hati.

" Dah lah Dian. Malu lah customer lain nampak. Encik Hisham kalau tahu ni, mengamuk dia " Aiman menarik lengan Diandra. Dia ingin membawa gadis itu pergi dari sini.

" Eh sekejap. Awak ni yang beritahu saya nama dia Sarimah kan? " soal Tengku Rizqin.

Aiman terkedu. Lagi-lagi apabila melihat renungan tajam Diandra. Habislah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience