BAB 21

Romance Completed 9664

Diandra segera menjarakkan dirinya daripada Aiman. Ya Aiman lah lelaki yang sudah menyelamatkannya. Diandra melihat ke arah lain. Dia malu untuk bertentangan mata dengan Aiman.

" Err..terima kasih " ucapnya.

Sebenarnya dia tidak menyangka Aiman yang tiba-tiba muncul menyelamatkannya.

" Sama-sama. Lain kali hati-hati. Kalau apa-apa jadi tadi, macam mana" .

Diandra diam. Rasa awkward pula apabila dengan Aiman kerana hubungan mereka masih lagi dingin.

" Dian, aku rasa driver tu ada kaitan dengan perempuan yang serang kau haritu " .

Diandra terkedu. Tak mungkinlah.

" Kenapa pulak kau cakap macam tu? Aku rasa tu kebetulan jer lah " .

" Perempuan macam tu takkan duduk diam bila tengok kau dengan Tengku Rizqin makin rapat. Aku memang yakin, ni semua rancangan perempuan tu. So lepas ni kau kena lebih hati-hati " .

" Aku tak rasa macam tu " bidas Diandra.

Aiman mengeluh perlahan. Kenapalah susah sangat nak cakap dengan Diandra ni.

" Dian boleh tak kali ni jer kau dengar cakap aku, kau percayakan aku. Aku rasa lebih baik kau tinggalkan Tengku Rizqin tu. Aku tak nak apa-apa jadi lagi dengan kau " .

" Kau ni kenapa Aiman? Kau tak berhak nak suruh aku tinggalkan dia. Apa sebenarnya yang kau nak? Kenapa kau benci sangat dengan Tengku Rizqin tu? Apa yang dia dah buat dekat kau sampai kau benci sangat dengan dia? " .

' Sebab dia dah rampas kau daripada aku Dian ' namun kata-kata itu tidak terucap di bibirnya.

" Dian kau tak nampak ke, sejak kau rapat dengan lelaki tu macam-macam benda buruk terjadi dekat kau. Kau nak tunggu apa lagi? Ni soal nyawa kau tau. Bukan perkara main-main " .

" Aku tahu jaga diri aku Aiman. Kau tak perlu sibuk. Aku tak tahu lah kenapa makin hari kau makin berubah. Kau kawan aku Aiman, sepatutnya kau bahagia bila tengok aku bahagia. Bukannya halang hubungan aku dengan Tengku Rizqin. Sedangkan aku tak pernah halang hubungan kau dengan Anis " .

Aiman terkedu.

" Kau cakap apa ni Dian? Aku sebagai kawan cuma nak lindungi kau. Aku dengan Anis cuma kawan jer lah. Tak lebih daripada tu " .

" Tak perlu nak lindungi aku. Aku boleh jaga diri aku sendiri dan kalau aku mati pun, itu bukan masalah kau. Aku dah tak nak tengok kau lagi. Kau betul-betul dah berubah " Diandra terus berlalu pergi meningalkan Aiman sendiri.

" Dian! Dian! " panggil Aiman.

Diandra langsung tidak menoleh. Dia meneruskan langkahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience