BAB 17

Romance Completed 9664

Tengku Amalin melangkah masuk ke dalam restoran. Tiba-tiba matanya terpandangkan seseorang yang sangat dikenalinya bersama dengan seorang perempuan sedang berseronok ketawa.

Hatinya benar-benar sakit ketika ini. Ikutkan hati mahu saja dia serang Tengku Rizqin dan gadis itu. Tetapi apabila difikirkan balik, dia juga yang akan malu nanti. Jadi lebih baik dia lupakan saja niatnya itu. Tengku Amalin mengambil keputusan untuk mengambil gambar mereka berdua. Dia ingin mengadu pada Tengku Maria. Dia juga ingin mencari maklumat tentang gadis yang bersama dengan Tengku Rizqin itu.

" Siaplah kau perempuan. Ada hati nak rampas Tengku Rizqin daripada aku. I will make sure tak ada sesiapa dapat rampas Tengku Rizqin daripada aku " Tengku Amalin terus beredar meninggalkan restoran itu.

Hilang terus selera makannya.

Cafe yang bernama True Love itu dipandang seketika. Rasanya dia tidak silap cafe. Memang ini cafe gadis yang bersama dengan Tengku Rizqin semalam. Dia telah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari tahu tentang Diandra. Penyiasat itu yang memberitahunya Diandra bekerja di True Love cafe.

Tanpa menunggu lama lagi, Tengku Amalin terus melangkah masuk ke dalam cafe itu.

Sebaik masuk ke dalam cafe, mata Tengku Amalin meliar mencari Diandra. Tengku Amalin memanggil seorang pelayan. Pelayan itu melangkah ke mejanya.

" Good afternoon miss. Welcome to True Love cafe. May I take your order? " soal gadis itu.

" Saya bukan nak order. Tapi saya nak jumpa pelayan nama Diandra " jawabnya.

" Diandra? Ada apa ya cik? " soal Hana pelik.

" Pergi jer lah panggil dia. Tak payah lah nak banyak soal " .

" Baik cik. Cik memang tak nak order apa-apa ke? " .

" Bagi saya fresh orange " .

" Okay cik " Hana terus berlalu ke bahagian dapur. Pelik betul lah. Kenapa sejak dua tiga hari ni ramai sangat yang nak jumpa dengan Diandra?

" Dian, Dian ada orang nak jumpa kau" beritahunya.

" Siapa pulak? Tengku Rizqin ke? " soal Diandra.

" Bukan. Dia ni perempuan. Aku tak tahulah siapa. Oh ya kau hantarkan sekali fresh orange yang dia order ni ya " .

" Haa iyalah " .

Tanpa banyak soal Diandra terus ke meja gadis itu. Dia juga tertanya-tanya mengapa gadis itu ingin berjumpa dengannya.

" Cik, kawan saya cakap cik nak jumpa saya ya? " soal Diandra. Gelas yang berisi fresh orange diletakkan di atas meja.

" Yes memang aku nak jumpa kau. Kau Diandra kan? " .

" Ya saya. Cik ni siapa? " .

Tengku Amalin tidak menjawab soalan Diandra. Sebaliknya, dia mengambil gelas yang berisi fresh orange tadi kemudian disimbah ke muka Diandra.

Tergamam semua pelangga yang berada di dalam cafe itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience