BAB 22

Romance Completed 9664

Aiman termenung sendiri di rumah. Hari ini dia mengambil cuti kerana ingin memenangkan fikiran. Dia rasa dia dan Diandra semakin lama semakin jauh. Semuanya terjadi sejak kehadiran Tengku Rizqin. Diandra sudah banyak berubah. Bukan lagi seperti Diandra yang dikenalinya dulu.

Tipulah jika dia tidak rindukan gadis itu. Gelak tawa, gurauan antara mereka semuanya menjadi kenangan buat dia. Semuanya sudah tidak sama lagi. Diandra yang sekarang bukan Diandra yang dia kenal dulu. Mereka sudah seperti orang asing.

" Dian, aku rindukan kau sangat-sangat. Aku nak kau yang dulu bukan Dian yang sekarang. Aku marah sebab aku risaukan kau " gumam Aiman sendiri.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan telefon. Tertera nama 'Hana' di skrin telefonnya.

" Hello Hana. Ada apa? " .

" Aiman! Dian kena langgar Aiman. Dia ada dekat hospital ni. Kau datang sekarang " .

Luruh jantung Aiman saat mendengar berita itu. Tanpa menunggu lama, dia terus bersiap dan menuju ke hospital.

Sampai saja di hospital, Aiman lihat Tengku Rizqin, Hana dan Anis berada di ruang menunggu.

" Macam mana keadaan Dian? " soalnya cemas.

" Dian masih dalam rawatan doktor " jawab Anis.

" Macam mana Dian boleh accident?" soalnya lagi.

" Waktu Dian keluar daripada cafe, tiba-tiba ada kereta langgar dia. Aku rasa ni kes khianat bukannya sebab tak sengaja " jawab Hana.

Aiman memandang tajam ke arah Tengku Rizqin. Tiba-tiba Aiman mencengkam kolar baju lelaki itu. Sebuah tumbukan hinggap ke tulang pipi Tengku Rizqin.

" Aiman! " Hana dan Anis terkejut dengan perbuatan Aiman.

" Ni semua sebab kau! Kalau apa-apa jadi dengan Dian, aku takkan maafkan kau! " .

" Kenapa pulak kau nak salahkan aku?! " Tengku Rizqin membalas semula dengan menumbuk perut Aiman.

Aiman terduduk jatuh.

" Ya Allah kau orang ni kenapa? " Hana dengan pantas menarik Tengku Rizqin menjauh daripada Aiman.

Anis pula menahan Aiman daripada memukul Tengku Rizqin lagi.

" Kau tanya kenapa? Hei kau ni bodoh ke? Kau tak tahu ke ni semua sebab perempuan yang mengaku dia tu bakal tunang kau. Dia yang plan semua ni. Semuanya sebab kau! " .

Tengku Rizqin terkedu. Tengku Amalin? Adakah ini semua gara-gara Tengku Amalin.

" Jadi Aiman, kau tahu siapa yang buat semua ni? " soal Hana.

Aiman mengangguk perlahan.

" Haritu dia cuba untuk langgar Dian, tapi aku sempat selamatkan Dian. Kali ni dia cuba lagi dan dia dah berjaya langgar Dian. Dia nak bunuh Dian! " .

Hana dan Anis tergamam. Begitu juga dengan Tengku Rizqin. Dia terus berlalu pergi. Dalam fikirannya sekarang, dia mahu berjumpa dengan Tengku Amalin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience