BAB 11

Romance Completed 9664

" Now explain dekat aku " kata Diandra serius.

Kecut perut Aiman.

" Alah sorry lah Dian. Aku cuma nak bergurau jer " .

" Banyaklah kau punya bergurau. Kau tahu tak disebabkan kau, aku marah mamat tadi tu. Malu aku tahu tak " .

Aiman tersengih.

" Sorry lah Dian. Tapi mamat tadi tu okay jer kan. Bukannya dia marah kau pun. Chill lah " .

" Aiman, memang lah dia tak marah aku. Masalahnya sekarang ni aku malu tahu tak. Yelah tiba-tiba aku meroyan marah dia " .

" Kau ni macam tak biasa pulak " .

Diandra menjeling geram. Sakit hati betul cakap dengan Aiman ni lah. Eii geramnya.

" Tapi kenapa kau cakap nama aku Sarimah? " soal Diandra pelik.

" Aku tengok mamat tu semacam jer. Entah-entah dia ada niat tak baik dekat kau. Aku saja lah nak kenakan dia. Haa baru dia tahu " .

Diandra menampar perlahan bahu Aiman.

" Aduh sakit lah Dian. Sepatutnya kau ucap terima kasih dekat aku sebab aku ni dah protect kau tau " .

" Padan muka kau. Banyaklah kau punya protect. Buat malu aku adalah" panjang sedepa muncung Diandra.

" Alolo, sorry lah. Janganlah merajuk" Aiman menarik hidung Diandra.

" Sakitlah Aiman " marah Diandra. Dia menepis tangan Aiman.

Aiman sudah galak ketawa.

" Eii benci benci benci " Diandra terus berlalu pergi. Malas dia mahu melayan lelaki itu. Sudahlah gara-gara lelaki itu dia malu.

" Sekarang memanglah benci, nanti kau sayang jugak " Aiman tersenyum sendiri.

Tengku Rizqin tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya melayang jauh teringatkan Diandra. Kejadian siang tadi terlayar semula di fikirannya.

" Betul ke Aiman? " soal Diandra.

Aiman mengangguk perlahan. Berubah terus wajah Diandra. Aduh malunya. Dah lah tadi aku marah-marah dia.

" Maaf encik sebab marah-marah encik. Saya tak sengaja " pohon Diandra.

Tengku Rizqin tersenyum kecil.

" Takpa. It's okay. Nama betul awak siapa? " .

" Nama saya Diandra. Panggil Dian jer" .

" Cantik nama tu. Secantik awak " puji Tengku Rizqin.

Aiman sudah membuat gaya ingin muntah.

" Err terima kasih " ucap Diandra.

" So boleh kita jadi kawan? " soal Tengku Rizqin.

Diandra memandang ke arah Aiman seketika. Aiman menggelengkan kepalanya tanda menyuruh Diandra menolak permintaan lelaki itu.

" Er..er..er..okay kita kawan " jawab Diandra setuju.

Aiman menepuk perlahan lengan Diandra. Hishh minah ni, buat apalah dia pergi setuju nak kawan dengan mamat ni. Yang mamat ni pun satu, macam dah tak ada kawan lain. Ke memang datang kat cafe ni sebab nak cari kawan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience