BAB 16

Romance Completed 9664

" Terima kasih Dian sebab sudi keluar dengan saya malam ni " ucap Tengku Rizqin.

Ketika itu mereka berada di sebuah restoran.

" Sama-sama. Terima kasih jugak sebab dah belanja saya makan malam ni " .

Tengku Rizqin tersenyum kecil.

" Tak ada masalah lah Dian. Lepas ni kalau awak nak makan kat mana-mana, cakap jer. Nanti saya bawakkan" .

" Baiknya awak ni. Tapi kenapa ea awak ajak saya keluar? " .

" Sebab saya dah jatuh hati dengan awak " jawab Tengku Rizqin selamba.

" Jatuh hati? " soal Diandra seakan tidak percaya. Lelaki seperti Tengku Rizqin jatuh hati padanya? Aduh tak sangka.

Tengku Rizqin mengangguk.

" Dian, awak dah ada boyfriend? " .

" Boyfriend? Siapalah yang nak dekat saya ni " kata Diandra merendah diri.

" Aiman tu? Bukan boyfriend awak?" .

Diandra tergelak kecil.

" Aiman tu kawan saya lah. Kami kawan sejak daripada kecil lagi. Dia jiran saya. Memang kita orang selalu berkepit, mana ada saya dekat situ dia. Sebab tu ramai yang ingat kita orang ni bercinta. Padahal tak pun" jelas Diandra.

Tengku Rizqin menarik nafas lega. Kiranya dia masih lagi ada peluang untuk memiliki Diandra.

" Kiranya saya ada chance lah kan nak jadi boyfriend awak? " .

Diandra tersenyum kecil.

" Awak nak ke jadi boyfriend saya? Saya ni pelayan dekat cafe jer tau. Tak setaraf dengan awak " .

" Gila tak nak? Mestilah saya nak jadi boyfriend awak. Dian, saya tak pandang pun semua tu. Bagi saya pangkat tu tak ada apa-apa erti pun. Tapi yang penting hati " kata Tengku Rizqin bersungguh-sungguh.

Dia tidak peduli tentang pangkat atau darjat. Semua itu tidak penting baginya. Dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan Diandra.

Aiman tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri. Sekejap dia duduk. Hatinya risau memikirkan tentang Diandra. Dia takut jika apa-apa terjadi pada gadis itu. Menyesal pula dia tidak mengikut Diandra daripada belakang tadi.

" Aduhh kenapa aku nak kena risau sangat ni " Aiman meraup rambutnya ke belakang.

Dia cuba untuk menghubung Diandra tetapi gadis itu tidak menjawab panggilannya.

" Dian, Dian. Manalah kau pergi agaknya. Kenapalah kau degil sangat tak nak dengar cakap aku. Kalau apa-apa jadi dekat kau, aku jugak yang susah " gumam Aiman sendiri.

Dia bukan setakat risau apabila Diandra keluar bersama dengan Tengku Rizqin. Dia juga rasa cemburu. Iyalah siapa jer yang tak cemburu bila orang yang kita sayang keluar dengan lelaki lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience