BAB 24

Romance Completed 9664

Dua tahun kemudian...

" Abang! Cepatlah. Kita dah lambat ni" laung Diandra.

Hari ini mereka akan pergi ke majlis perkahwinan Anis.

" Ya ya abang datang ni " Aiman terkocoh-kocoh turun daripada tingkat atas.

Ya Aiman lah lelaki pilihan Diandra. Selepas sedar daripada kemalangan, Aiman adalah orang pertama yang Diandra cari. Baru dia sedar selama ini Aiman yang selalu bersamanya. Aiman juga yang selalu melindunginya. Diandra mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aiman tiga bulan selepas itu.

Apa lagi, terkejutlah keluarga mereka di kampung. Majlis yang diadakan hanya majlis sederhana di kampung mereka. Diandra dan Aiman juga sudah tidak bekerja lagi di True Love cafe. Aiman menggunakan duit simpanannya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Alhamdulillah kini pernigaannya semakin berkembang maju. Mereka tinggal di Kuala Lumpur. Aiman juga berjaya membeli sebuah rumah banglo dua tingkat.

" Lambat betul abang ni bersiap kan. Isya pun dah bosan tunggu papa dia " Diandra mencium pipi anak perempuannya itu.

Oh ya Diandra dan Aiman juga sudah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Isya Adina. Umur anaknya itu sudah setahun.

" Mestilah abang nak hensem-hensem. Manalah tahu kot-kot terjumpa awek cun nanti " .

Diandra memandang tajam ke arah suaminya itu.

" Oh ada hati nak curang? Tak sedar diri dah jadi bapak orang " .

Aiman ketawa kecil.

" Guraulah sayang. Takkanlah abang sanggup nak cari yang lain. Ada sayang seorang pun dah buat kepala abang ni pening " usiknya.

" Eii mengada " perut Aiman dicubit geram.

Haa padan muka.

" Aduh sayang sakitlah. Isya tengok mama ni, sampai hati dia cubit papa" .

Isya hanya ketawa.

" Isya ni, papa mengadu dekat dia. Dia boleh gelak pulak " pipi Isya menjadi mangsa ciumannya.

" Abang dah jom lah. Kita dah lambat. Ni semua abang punya pasal " .

" Eh abang pulak ? Dia yang ajak kita berborak tadi " Aiman menggelengkan kepalanya. Tak faham betul dengan orang perempuan ni. Asyik dia jer yang betul. Tak pernah mengaku salah.

Majlis perkahwinan Anis diadakan di Garden Hotel dengan bertemakan warna putih. Mesti semua tertanya-tanya apa yang jadi dengan Tengku Rizqin kan? Tengku Rizqin lah pasangan Anis. Siapa sangka jodoh milik mereka.

" Abang, cantiknya Anis. Sepadan sangat dia dengan Riz " Diandra tersenyum lebar melihat pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin.

" Sayang jangan tengok Riz lebih-lebih, abang jealous " .

Diandra ketawa kecil.

" Eiii mengadanya. Nak jealous apa lagi? Abang dah dapat Dian pun. Riz pun dah kahwin dengan Anis. Dian cuma cintakan abang seorang jer " .

Aiman tersenyum lebar mendengarnya.

" I love you more sayang " bisiknya di telinga Diandra.

Tangan isterinya itu digenggam erat. Dia bersyukur dia berjaya memiliki gadis itu. Moga bahagia ini kekal selamanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience