BAB 14

Romance Completed 9664

Pagi itu Diandra dan Aiman masuk kerja seperti biasa.

" Dian " panggil Hana.

" Apa? " .

" Ni untuk kau " sejambak bunga ros putih diberikan pada Diandra.

Diandra terpinga-pinga.

" Siapa yang bagi ni? " soalnya.

" Lelaki hari tu lah. Yang minat sangat dekat kau tu. Tu dekat kad ada nama dia, Tengku Rizqin. Tengku tau Dian. Bukan biasa-biasa " .

Aiman mencebikkan bibirnya. Tiada makna apa pun dengan pangkat baginya.

" Bila dia bagi bunga ni ? ".

" Encik Hisham yang bagi dekat aku tadi dia suruh bagi dekat kau. Kau tak tahu ke, lelaki tu kawan baik encik Hisham. Dian kalau lah kau bercinta dengan lelaki tu, mesti hidup kau senang kan. Yelah dia tu dah lah kaya. Tengku pulak tu. Hensem lagi. Kira lengkap package lah " .

" Eh eh Hana, jangan nak ajar Dian bukan-bukan pulak ea. Entah-entah mamat tu ada niat tak baik " sampuk Aiman.

" Ish kau ni Man, suka fikir bukan-bukan. Cuba berfikiran positif sikit. Takkan lah muka hensem macam tu, jahat. Atau kau cemburu sebenarnya?" .

" Haa ni lah orang perempuan, pantang tengok lelaki hensem sikit semuanya baik. Padahal sebaliknya. Jangan mudah sangat terpedaya. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang nak buat jahat " bebel Aiman.

" Tapi cantik jugak bunga ni kan. Ni first time tau aku dapat bunga " Diandra mencium bunga ros putih itu. Wangi.

Aiman mengeluh kasar sebelum berlalu pergi. Diandra dan Hana saling berpandangan.

" Kenapa tu? Emo semacam jer " soal Hana.

" Datang bulan kot " .

Mereka berdua ketawa serentak.

Diandra tersenyum sendiri sudah seperti orang angau. Ini kerana Tengku Rizqin. Tadi lelaki itu datang lagi ke cafe untuk berjumpa dengannya. Malam ni lelaki itu mengajak dia makan malam. Pada awalnya Diandra agak berat untuk setuju memandangkan dia baru kenal dengan lelaki itu. Tetapi setelah Hisham meyakinkannya Tengku Rizqin itu lelaki yang baik, barulah Diandra setuju.

Lagipun dia sendiri lihat keikhlasan Tengku Rizqin untuk berkawan rapat dengannya. Rasanya tiada salah jika dia beri peluang kepada lelaki itu.

" Aiman, malam ni aku tak balik dengan kau tau " beritahu Diandra.

Berkerut seribu dahi Aiman. Aik kenapa pulak tiba-tiba tak nak balik dengan aku?

" Kenapa pulak? Habis tu kau nak balik naik apa? " soalnya.

" Malam ni aku nak keluar dengan Tengku Rizqin lepas habis kerja. Nanti dia yang akan hantar aku balik " .

" Eh tak boleh, tak boleh. Kau baru jer kenal dengan dia kan " .

" Kenapa pulak? Lagipun dia tu baiklah " soal Diandra tidak puas hati.

Geram pula dia dengan Aiman. Entah kenapa lelaki itu seolah-olah tidak suka dengan Tengku Rizqin sejak daripada awal lagi mereka bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience