BAB 19

Romance Completed 9664

" Dian, lelaki macam tu tak sesuai dengan kau. Lepas ni apa lagi yang jadi pada kau, kalau aku tak halang perempuan tu tadi dah lama kau makan penampar dia " .

Diandra terus menepis tangan Aiman yang sedang mengelap wajahnya.

" Aku tak suruh pun kau tolong aku kan? Lebih baik kau tak payah tolong daripada kau nak mengungkit macam ni " marah Diandra.

" Eh kenapa kau nak marah-marah ni ha? Sepatutnya aku yang marah kau. Kira untung sebab aku ni masih lagi ambil berat tentang kau, kalau tak dah lama aku biarkan " .

Diandra tersenyum mengejek.

" Aku tak suruh pun lah kau ambil berat tentang aku! Lepas ni kau jangan sesekali masuk campur lagi hal aku. Apa yang aku nak buat, bukan urusan kau. Jadi tak payah nak jadi penyibuk! " Diandra terus berlalu pergi.

Aiman mengeluh kasar. Diandra betul-betul dah berubah. Bukan niatnya untuk mencari gaduh dengan gadis itu tetapi Diandra seolah-olah mencabar kesabarannya.

Hubungan Diandra dan Aiman semakin hari semakin renggang. Jika dulu mereka seperti belangkas, tetapi sekarang masing-masing buat hal sendiri. Seorang ke timur, seorang ke barat. Diandra juga sudah tidak pergi dan pulang kerja sekali dengan Aiman. Kadang-kadang Tengku Rizqin yang menjemput dia pulang. Jika lelaki itu sibuk pula, dia akan pulang menaiki teksi.

Diandra dan Tengku Rizqin pula semakin hari semakin rapat. Pada awalnya memang Diandra melarikan diri daripada Tengku Rizqin tetapi setelah Tengku Rizqin menjelaskan siapa sebenarnya Tengku Amalin padanya, barulah dia dan Tengku Rizqin berbaik semula.

Aiman cuba untuk berbaik semula dengan Diandra. Tetapi gadis itu seolah-olah meletakkan tembok besar di antara mereka. Setiap kali Aiman mendekatinya, dia akan menjauhi lelaki itu.

" Aiman, jauhnya termenung " tegur Anis.

Aiman yang sedang duduk berehat itu tersentak.

" Eh Anis " .

" Boleh saya rehat sekali dengan awak? " soalnya.

" Boleh. Duduklah " pelawa Aiman.

" Awak teringatkan Dian ya?" soal Anis.

" Dia dah berubah Anis. Dia dah tak macam Dian yang saya kenal dulu " .

" Saya faham perasaan awak Aiman. Saya pun dah cuba untuk cakap dengan dia, tapi dia pun macam dah jauhkan diri daripada saya " .

" Biarlah dia. Dia yang pilih untuk jauhkan diri daripada semua orang. Saya cuma mampu doakan dia baik-baik saja " .

" Sabar ya? ".

Aiman mengangguk perlahan. Tanpa disedari mereka, Diandra menjadi pemerhati sejak daripada tadi. Tapi dia kurang jelas mendengar apa yang dibualkan oleh Aiman dan Anis.

Bukannya dia sengaja ingin menjauhkan diri daripada rakan-rakannya tetapi dia tidak mahu jika mereka semua terluka lagi kerana sikapnya. Jadi lebih baik dia menjauhkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience