BAB 9

Romance Completed 9664

" Aiman " panggil Diandra.

Aiman yang sedang sibuk membancuh air untuk pelanggan terus menoleh.

" Apa? " soalnya.

" Cuba kau tengok muka aku ni, ada apa-apa yang pelik ke? " soal Diandra.

Aiman merenung wajah gadis itu.

" Tak ada apa yang pelik pun. Cantik jer aku tengok " sempat dia memuji.

" Haa aku dah cakap dah yang aku ni memang cantik " Diandra ketawa kecil.

" Kenapa? Ada sesiapa yang cakap kau hodoh ke? " soal Aiman. Tangannya pantas mengacau air.

" Taklah. Tadi seorang customer tu pandang aku sampai nak tembus. Tu yang aku tanya kau. Manalah tahu kot-kot ada something dekat muka aku ni " .

" Dia pandang kau? Lelaki ke perempuan? " soal Aiman.

" Lelaki " jawab Diandra ringkas.

Tangan Aiman terus terhenti daripada mengacau air.

" Kenapa? " soal Diandra pelik.

" Order dia sekejap lagi biar aku yang hantar " .

" Okay " .

" Bro, apa mimpi kau tiba-tiba datang sini? " soal Encik Hisham.

Dia menarik kerusi hadapan Tengku Rizqin kemudian dilabuhkan punggungnya di situ

Tengku Rizqin tersenyum kecil.

" Kau jugak yang selalu ajak aku datang makan dekat sini kan. Makin maju cafe kau ni kan. Congrats bro " .

" Thanks. Alhamdulillah aku bersyukur bila customer makin lama makin ramai. Waktu awal-awal cafe ni bukak dulu, tak ramai yang datang. Sekarang ni cafe ni dah ada regular customer " .

" Baguslah kalau macam tu. Sorrylah aku baru ada peluang nak datang sini" .

" Takpalah bro. Kita pun dah lama tak jumpa kan. Masing-masing sibuk " .

" Itulah. Kau macam mana sekarang? Misya sihat? " soal Tengku Rizqin.

Apa yang membuatkan Tengku Rizqin bangga dengan Hisham adalah kerana lelaki itu mampu menjaga anak kandungnya sendirian selepas kematian isterinya. Pernah ditanyakan tentang bakal ibu untuk Misya, tetapi Hisham tiada jawapan. Baginya hidup berdua dengan Misya pun sudah cukup membahagiakan dia.

Lagipun cinta pada arwah isterinya cukup besar. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin lagi. Namun dia juga tidak menolak sekiranya ada jodoh yang lain untuknya suatu hari nanti. Buat masa sekarang tumpuannya hanya pada Misya. Dia mahu Misya mendapatkan sepenuh perhatian daripadanya. Walaupun dia sibuk menguruskan cafe, Hisham tidak lupa pada anaknya itu. Satu-satunya anugerah yang terindah di dalam hidupnya.

" Alhamdulillah Misya sihat. Dia ada juga tanyakan aku pasal uncle Rizqin dia ni " .

Tengku Rizqin ketawa kecil.

" See? Anak kau pun rindu dekat aku. Insya Allah nanti bila free, aku datang jumpa dia " .

Hisham mengangguk kecil. Bukannya dia tidak tahu betapa sibuknya sahabat baiknya itu dengan kerja. Lagi-lagi Tengku Rizqin seorang yang workaholic.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience