5.00am
Kriiiiinggg!
Fatin tersedar daripada lena yang panjang. Bunyi jam penggera yang dipasang di telefon pintarnya dimatikan serta merta. Lingkaran tangan lelaki yang memeluk tubuhnya dialihkan lalu dia bangun daripada pembaringan. Dia sempat mengucup kedua belah pipi suaminya sebelum bangun daripada katil.
Kain baju yang berselerak di atas lantai dikutip satu persatu. Senyuman terukir di wajahnya. Bayangan peristiwa asmara antara dia dan Azwan malam tadi bermain di fikiran. Baju berkenaan disarungkan pada tubuhnya lalu dia mula bergerak keluar daripada bilik tidurnya.
"Hmmm, nak masak apa ya".
Fatin bermonolog sendirian sewaktu berjalan melangkah ke ruang dapur. Dia melihat bekas besar berisi beras sebelum dia membuka pula peti ais yang terletak bersebelahan dengan bekas beras berkenaan. 5 biji telur dikeluarkan daripada peti ais. Bekas kecil cili kisar juga dikeluarkan. Dia tersenyum sendirian. Menu yang difikirkan sudah ada.
"Kita buat nasi lemak sahaja lah. Boleh sarapan sama-sama kejap lagi".
Fatin bermonolog sendirian lagi. Lengan baju sudah dilipat hingga ke paras siku. Rambutnya yang panjang melepasi bahu itu diikat secara ekor kuda. Wanita itu memulakan kerjanya di dapur. Hari pertama dia akan memasak sarapan pagi untuk suaminya. Lebih manis lagi, hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah ketika ini.
-----------------------------------------------------------
30 Minit Kemudian
"Wake Up Wake Up!".
Khairul Azwan tersentak. Jam penggera yang dipasang dengan lagu kumpulan Suicide Silence terasa bingit ditelinganya. Namun begitu, matanya terasa segar lalu dia bingkas bangun daripada katil. Dia melihat kelibat isterinya tiada di sebelahnya. Barangkali sudah bangun daripada tidur. Hidungnya dapat menghidu satu aroma masakan yang enak.
"Wah, sedap bau ini. Apa agaknya dia masak ya."
Seperti Fatin, Azwan juga mengutip baju dan kain pelekat yang jatuh di atas lantai. Namun begitu, dia tidak menyarung pakaian itu pada tubuhnya. Akal fikirannya mula merancang ingin bergurau bersama isterinya. Lantas, dia keluar daripada bilik dalam keadaan bogel.
"Morning sayang. Masak apa itu".
Azwan memeluk Fatin daripada belakang sambil mengucup kedua pipi wanita itu. Fatin tersenyum namun dia tidak membantah tindakan suaminya walaupun kini dia agak sibuk mengacau sambal nasi lemak.
"Morning abang. Atin masak nasi lemak. Kejap lagi sebelum pergi kerja kita boleh sarapan bersama-sama kan", kata Fatin sambil meletakkan kepalanya di bahagian dada suaminya. Namun pandangannya masih di hadapan.
"Fuyoo. Mesti sedap itu. Tak sabar rasanya nak makan. Lagi seronok bila makan bersama insan tercinta kan sayang", kata Azwan dengan nada agak lembut. Tubuhnya mula terasa dingin. Berbogel pada waktu Subuh yang hampir tiba.
Fatin mula berasa agak lain di bahagian belakangnya. Ada sesuatu bagaikan mencucuk-cucuk bahagian punggungnya. Tangannya mula meraba daripada hadapan.
"Abang! Kenapa tak pakai baju?", soal Fatin dengan nada agak marah. Nada berkenaan sekadar marah manja sahaja.
"Hehehe, saja. Kejap lagi kan nak mandi wajib. Apa salahnya kalau buat pusingan kedua", kata Azwan sambil tangannya mengusap bahagian punggung isterinya. Fatin mula berasa seriau. Peristiwa malam tadi masih segar dalam ingatannya. Adakah berulang sebentar lagi?
"Banyak lah abang. Kejap lagi dah nak Subuh dah. Atin nak masak lagi. Haa, mana sempat nak pusingan kedua", kata Fatin sengaja ingin mengelak namun separuh hatinya seperti menginginkannya.
"Alaa, azan lagi 15 minit. Sempat. Masak kejap sahaja", kata Azwan lagi sambil tangannya masih memegang punggung montok isterinya. Fatin sekadar tersenyum. Dia hanya membiarkan sahaja Azwan bertindak. Apa salahnya beraksi di dapur pula.
-----------------------------------------------------------
6.00am
Kedua-duanya mula bersiap memakai pakaian masing-masing. Hari ini adalah hari pertama mereka kembali ke alam pekerjaan sebagai pasangan suami isteri namun berbeza lokasi. Fatin adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Rahang manakala Azwan adalah pembantu hal ehwal Islam di Pejabat Agama Daerah Seremban.
Mereka berdua bersiap tanpa sebarang bicara. Setelah siap sepenuhnya, mereka berdua menuju pula ke bahagian dapur untuk menjamah sarapan pagi yang sudah siap disediakan oleh Fatin. Wanita itu mempelawa suaminya supaya duduk dahulu.
Azwan tersenyum saat melihat Fatin menyendok nasi lemak ke dalam pinggan. Sambal, timun, telur rebus dan telur mata jenis cair di bahagian tengah lengkap di dalam hidangannya. Azwan menelan air liur kerana aroma nasi lemak itu nyata menaikkan nafsu makannya.
"Cukup tak nasi abang? Ke nak Atin tambah lagi?", soal Fatin setelah melihat Azwan merenung lama makanan itu.
"Cukup sayang", pendek sahaja jawapan Azwan namun lelaki itu tidak lekang memberikan senyuman.
"Alhamdulillah. Habis itu kenapa termenung tengok makanan itu?" kata Fatin pula.
"Saja tengok. Hehehe".
Azwan pun menyuap makanan itu ke dalam mulutnya. Senyuman yang diukir semakin melebar. Nasi lemak isterinya ternyata enak. Hatinya terlalu gembira. Air tangan isteri sendiri memang memikat.
"Sedapnya ayang."
Fatin tersenyum senang. Dia mula menyenduk nasi untuk bahagiannya pula. Mereka berdua mula menikmati juadah sarapan pagi itu. Sesekali Azwan mengusik isterinya dengan menyuap sedikit ke mulut Fatin sekadar ingin bermanja. Tindakan biasa setiap pasangan di awal perkahwinan.
"Abang hantar ayang tau kejap lagi. Balik pun abang ambil. Jangan risau", kata Azwan yang menambah nasi lemak itu lagi.
"Okay abang. Tapi Atin rasa minggu depan kita singgah rumah mak dulu nak? Boleh Atin ambil kereta dekat sana. Tak ada menyusahkan abang nanti", ujar Fatin pula.
"Tak ada apa yang susahnya sayang oi. Kereta dekat sana itu biarkan di sana. Biar mak ayah pakai sahaja. Abang ada. Tak ada istilah susahkan abang pun sebab dah memang tugas abang hantar Atin pergi sekolah kan", balas Azwan tenang sahaja. Nasi lemak di pinggan telah selesai dijamahnya.
"Kalau begitu kata abang, Atin ikut sahaja".
Kedua-duanya mula membersihkan meja makan itu bersama-sama. Selepas itu, mereka mula bersiap memakai kasut lalu keluar daripada rumah. Alam pekerjaan yang ditinggalkan selama satu minggu sudah kembali.
-----------------------------------------------------------
"Tahniah Wan".
"Tahniah weh. Dah jadi laki orang dah kau ya".
"Selamat datang ke alam rumahtangga".
Berbagai ucapan tahniah diterima oleh Azwan daripada rakan sekerjanya. Dirinya tersenyum sambil mengucapkan terima kasih di atas segala ucapan dan doa.
"Weh, korang siap honeymoon tak?", Rifqi, rakan sekerjanya yang duduk bersebelahan mejanya. Dirinya juga telah selamat bergelar suami orang pada bulan lalu. Apabila rakan sepejabatnya kahwin, dia turut berasa senang.
"Pergi Qi. Family kami sponsor pergi Pulau Perhentian", kata Azwan sambil tersenyum.
"Fuyoo kau, siap keluarga sponsor lagi".
"Eh kau berapa kali akad?", Jeffri, seorang lelaki yang agak berusia sedikit daripada Rifqi dan Azwan. Mereka menggelarkan dirinya sebagai otai disebabkan sikapnya yang gemar mengusik perempuan walaupun dirinya sudah berkahwin. Namun hanya sekadar usikan mulut sahaja.
Azwan tersenyum sambil menunjukkan angka 1. Jeffri ketawa sambil menepuk bahu Rifqi. "Tengok Qi, orang lain semua sekali. Kau sahaja 3 kali."
Rifqi sekadar ketawa sambil menggelengkan kepala. Berapa kali pun akad berkenaan, janji kini dia sudah bergelar suami orang.
Mereka kemudian bersurai selepas terlihat bos besar melalui kawasan itu. Azwan mula melakukan kerja-kerjanya yang tertangguh dahulu.
Share this novel