Bab 15

Drama Series 12511

Masakini

Fatin hanya berdiam diri sahaja mendengar kisah lalu suaminya yang diceritakan oleh ibu mertua serta kakak iparnya. Satu sisi lain Azwan telah diketahui olehnya. Di dalam hatinya sempat membacakan surah Al-Fatihah buat Lisa, bekas tunang suaminya.

"Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Kalau tak, mungkin Fatin tak ada bersama kami sekarang", ujar Nasuha sambil memandang ke arah menantunya. Fatin sedikit tersentak. Terkejut dengan kenyataan ibu mertuanya itu.

"Maksud mak, mungkin mak tak dapat jumpa dengan orang sebaik Fatin. Mak bangga dapat menantu macam Fatin. Terima kasih ya kerana hadir dalam hidup anak mak, menceriakan hari-harinya selain memberikan ini".

Nasuha yang sudah berdiri bersebelahan Fatin memegang bahu wanita itu selain mengusap perut menantunya. Fatin tersenyum sahaja sambil kepalanya disandarkan di atas tangan Nasuha. Sempat dia mengucapkan syukur kerana dikurniakan mertua yang baik.

"Haa, lauk dah nak siap dah itu. Bolehlah kita panggil mereka untuk makan. Mereka mesti dah tak sabar dah itu", kata Izyan secara tiba-tiba sekaligus menghentikan adegan ini. Mereka bertiga mengangguk sambil tersenyum.

Setelah dipanggil, maka berduyun-duyun para suami serta anak-anak lain memenuhi ruang dapur ini. Masing-masing berebut-rebut untuk menyenduk nasi ke pinggan masing-masing.

***

9.30pm

Seisi keluarga di dalam rumah ini berkumpul secara beramai-ramai di ruang tamu ini sambil menonton siaran di kaca televisyen. Setiap ahli keluarga dewasa duduk bersama pasangan masing-masing. Khairul Azman, iaitu abang sulung kepada Azwan duduk bersebelahan isterinya, Salmi. Khairul Anuar pula bersama Hazirah manakala Azwan bersama Fatin.

"Elok-elok main itu, jangan sampai bergaduh pula ya", kata Azman kepada dua anaknya yang sedang seronok bermain bersama Luffy, anak pertama Anuar sambil diperhatikan oleh Khairul Izyan. Hanya Izyan yang masih belum mendirikan rumahtangga lagi.

"Kak", tiba-tiba Azwan bersuara memanggil Izyan. Wanita itu menoleh ke arah Azwan sambil mengangkat keningnya.

"Cuba tengok apa yang lain di ruang tamu ini".

Izyan memandang sekeliling ruang tamu itu. Dahinya sedikit berkerut kerana baginya tiada apa yang pelik ketika ini. Sementara itu, Azwan hanya tersengih sahaja sambil sabar menanti apa yang ingin dikatakan oleh Izyan.

"Apa yang peliknya? Tak ada apa yang pelik pun", kata Izyan. Azwan tersengih lagi sambil melihat sekeliling.

"Cuba akak tengok, ayah duduk dengan mak, Along dengan kak Salmi, Nuar dengan Hazirah, Wan dengan Fatin", ujar Azwan.

"Jadi? Apa masalahnya?", soal Izyan lagi.

"Jadi peliklah. Semua dah ada pasangan masing-masing. Akak sahaja belum lagi. Hehehe", kata Azwan sambil tertawa kecil ketika melihat wajah Izyan sudah berubah. Dia tahu kakaknya akan menyinga sebentar lagi tetapi dia tidak takut.

"Kau nak kata aku andartu lah ini? Hah? Sini kau", Izyan bangun daripada duduknya lalu merangkak ke arah Azwan. Sepantas kilat tangannya menarik bulu kaki di bahagian kering adik lelakinya itu. Azwan menjerit kerana terkejut.

Ahli keluarga yang lain hanya menggeleng kepala sahaja. Sudah masak dengan perangai dua beradik itu. Azwan kerap mengusik Izyan sejak daripada kecil lagi. Oleh sebab Azwan anak yang bongsu, maka dia agak rapat bersama Izyan kerana hanya wanita itu sahaja kakaknya.

Fatin hanya melihat sahaja dua beradik itu bergurau senda dengan agak kasar. Situasi itu sedikit janggal namun tidak pada yang lain. Sesekali Azwan sempat meminta pertolongan daripada dirinya namun Fatin hanya ketawa sahaja.

"Biarkan sahaja dia itu. Suka sangat menyakat kakaknya. Dah biasa sangat macam ini", kata Azman sambil pandangannya kembali fokus ke arah kaca televisyen.

"Aww, sakitlah. Janganlah tarik telinga",

Fatin ketawa sahaja melihat riak wajah Azwan yang menahan kesakitan. Telinganya pula menjadi sasaran wanita itu setelah beberapa helai bulu kaki di bahagian ketingnya dicabut. Izyan masih tidak melepaskan pulasan telinga itu.

"Kau nak cakap lagi ke tak?", kata Izyan dengan nada keras. Azwan menggeleng kepala sahaja. Akhirnya, Izyan melepaskan pulasan telinga itu. Fatin masih lagi ketawa melihat riak wajah suaminya. Pertama kali dia melihat reaksi suaminya seperti seorang kanak-kanak.

Azwan menggosok sahaja telinganya. Dia melihat ke arah Izyan yang sudah duduk semula sambil bermain dengan Luffy. Tiba-tiba, Azwan tersenyum sahaja. "Maaf ya kak, Wan gurau sahaja", katanya kepada Izyan. Wanita itu hanya berdiam diri sahaja.
Menyedari perkara itu, Azwan kembali fokus ke arah kaca televisyen.

Fatin hanya melihat sahaja dua beradik itu. Dia juga tertanya-tanya tentang Izyan. Baginya, Izyan memiliki rupa paras yang menawan. Pasti ada kisah lalu yang tidak diketahuinya.

***

12.00am

Ruang tamu itu sudah terbentang tilam serta cadar untuk tidur bersama-sama. Keluarga Azman di bahagian kanan manakala Anuar serta isteri dan anaknya di dalam bilik. Oleh sebab Luffy masih kecil, mereka diarahkan untuk tidur di dalam bilik sahaja. Azwan serta Fatin di bahagian kiri ruang tamu itu.

"Abang, Atin nak tanya sikit boleh?", soal Fatin sewaktu mereka berdua sudah berbaring di atas cadar yang sudah dibentangkan. Azwan menoleh ke arah isterinya sambil membuat isyarat mata. Suara mereka agak perlahan disebabkan Azman sekeluarga sudah tidur.

"Kenapa kak Yan tak kahwin lagi? Atin tengok dia cantik juga ya. Badan dia nampak macam ahli sukan", ujar Fatin menyebabkan Azwan tersenyum sahaja.

"Entahlah, mungkin sebab dia kasar sangat kot. Maklumlah, polis kan", kata Azwan menyebabkan Fatin sedikit terkejut. Rupa-rupanya, kakak iparnya itu adalah anggota polis.

"Ramai juga lelaki yang cuba dia. Tapi entahlah, barangkali sebab dulu dia pernah kecewa, jadi susah dia nak terima orang lain", kata Azwan sambil mengeluh. Dia kemudian sempat menoleh ke arah keluarga abangnya.

"Ayang cuba tengok, nanti keluarga kita pun jadi macam itu", kata Azwan merujuk kepada dua orang kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa mereka. Fatin tersenyum sahaja. Tangannya sempat memeluk dada suaminya.

"Abang, terima kasih kerana sudi terima Atin dalam hidup abang. Atin tahu, bukan mudah untuk terima orang lain setelah kita kehilangan seseorang yang bertakhta di hati kita selama ini lebih-lebih lagi jika pergi selamanya".

Azwan terkejut mendengar kata-kata isterinya. Pantas dia menoleh namun isterinya hanya meletakkan jari telunjuk ke bibir lelaki itu. Fatin semakin mengeratkan pelukan di tubuh suaminya.

"Atin dah tahu semuanya. Mak dah cerita, tapi abang jangan risau. Atin terima semua cerita itu. Bagi Atin, setiap orang ada kisah silam yang tersendiri. Ada yang pahit, ada yang manis. Sekarang, kita berdua adalah masa hadapan. Banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan bersama-sama", jelas Fatin dengan panjang lebar.

Azwan tersenyum sahaja sambil membiarkan isterinya mengusap bahagian dadanya. "Terima kasih juga kepada ayang sebab sudi menerima cinta abang. Terima kasih kerana beri abang peluang untuk mendekati ayang sejak awal perkenalan dulu", kata Azwan sambil menukar posisi mengiring menghadap isterinya.

"Abang".

"Ya sayang".

"Kan seronok kalau kita tidur dalam bilik. Boleh", Fatin tidak meneruskan kata-kata sebaliknya tangannya mengusap bahagian sisi paha lelaki itu. Azwan sedikit terkejut.

"Ayang, kita di ruang tamu ini. Malulah kalau abang long dengar", kata Azwan dengan nada suara sedikit menggelabah. Fatin hanya tersenyum sahaja. Tidak lama kemudian, dia bangun daripada pembaringan. Jarinya memanggil suaminya supaya mengikut langkahnya.

Azwan terkejut melihat reaksi nakal isterinya. Dia kemudian bangun daripada pembaringan lalu berjalan mengikut isterinya yang sudah tersenyum manis.

Fatin tersenyum sahaja melihat riak wajah suaminya yang masih takut itu. Dia tidak kisah akan hal itu kerana baginya, dia mahukan sentuhan daripada suaminya ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience