Bab 3

Drama Series 12511

10.30am

Giliran pelajar Tahap 2 pula berehat selepas pelajar Tahap 1. Pelajar Tahap 2 terdiri daripada pelajar tahun 4 hingga 6. Waktu rehat ini bukan sahaja untuk pelajar sahaja tetapi juga untuk guru-guru yang mengajar pelajar Tahap 2.

"Fatin, jom pergi kantin". Niza, guru bahasa Inggeris mempelawa rakannya itu untuk menyertai rehatnya. Fizikalnya agak sederhana dengan ketinggian sekitar 158cm.

"Jom. Tapi aku kenyang lagi weh. Pagi tadi dah sarapan nasi lemak dengan suami aku", kata Fatin yang sudah pun bangun daripada kerusi di bilik guru ini.

"Tak apa. Ikut sahaja pergi kantin. Sekarang waktu rehat. Kerja boleh sambung kejap lagi. Aku pun nak sembang dengan kau ini", kata Niza lagi sambil tersengih. Fatin menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Ketika baru sahaja ingin keluar daripada bilik guru, kelihatan dua orang guru wanita sempat memanggil mereka berdua. Dua guru berkenaan adalah Rosliza Awani dan Syazana Azlin. Mereka berdua adalah guru Matematik dan Sains yang mengajar pelajar tahun 5.

"Kejap weh. Tunggu kami. Kami pun nak ikut juga".

Selepas itu, mereka berempat mula berjalan beriringan menuju ke kantin sekolah. Perbualan kecil antara mereka jelas kedengaran namun ianya masih terkawal.

Fatin ralit menaip sesuatu di telefon pintarnya. Pesanan daripada Azwan menerusi aplikasi WhatsApp dibalas olehnya. Sesekali wajahnya tersenyum sewaktu membaca mesej berkenaan. Perkara itu turut disedari oleh 3 rakannya yang lain namun mereka bertiga hanya tersenyum sahaja. Faham sangat dengan pasangan baru berkahwin.

Sebaik sahaja sampai di kantin, mereka bertiga memesan makanan di kaunter makanan khas untuk para guru. Keadaannya agak bersih dan terkawal berbanding kantin pelajar yang agak bising dengan suara pelajar. Hanya Fatin sahaja yang tidak memesan makanan kerana dirinya masih lagi kenyang.

"Eh ceritalah sikit macam mana bergelar isteri orang", Syazana yang tiba di meja membawa makanan lalu di berhadapan rakan sejawatnya itu. Dia yang masih lagi menjadi tunangan orang akan melangsungkan majlisnya tidak lama lagi.

"Biasa sahaja weh. Aku tetap kena pergi sekolah mengajar budak di sini", kata Fatin sambil tersenyum. Niza dan Rosliza turut melabuhkan punggung masing-masing di meja bulat berkenaan.

"Entah kau Syaz. Biasanya bila dah langsung, rasa seronok itu masa majlis dan malam pertama sahaja", kata Rosliza sambil tangannya menutup mulut menahan ketawa. 3 lagi rakannya turut tertawa sama. Hanya Fatin yang menguntumkan senyuman. Raut wajahnya merona merah apabila disebut akan perkara itu.

"Seronok memang seronok weh lagi-lagi bila kau kahwin dengan orang yang kau cintai selama ini. Bila hubungan dah sah, tak ada halangan untuk kau buat apa sahaja dengan pasangan kau. Nak mandi sama pun boleh", kata Fatin sambil tertawa kecil. 3 lagi rakannya turut tertawa.

"Amboi Fatin, sejak kahwin ini dah pandai dah. Dulu malu-malu sahaja bila sebut bab ini. Sekarang siap cakap mandi sama bagai. Wah", kata Rosliza lagi. Sengaja ingin menyakat rakannya itu.

"Eh, kau tak nak pesan makanan ke? Nanti buatnya lapar ke nanti", kata Mazniza atau lebih selesa dipanggil Niza. Dia sengaja menukar topik bagi menyelamatkan rakannya daripada disakat lucah lagi.

"Tak apa Niza. Kan aku cakap aku kenyang lagi. Pagi tadi aku dah sarapan dengan suami aku. Kalau aku lapar kejap lagi aku tapau dekat akak itu", kata Fatin sambil tersenyum lagi.

"Tadi sarapan apa?", giliran Syazana pula bertanya.

"Nasi lemak sahaja. Aku masak pagi tadi", kata Fatin memberitahu menu sarapannya pagi tadi.

"Wah sedap itu. Mesti suami kau gembira kan dapat sarapan dengan isteri. Hehehe", kata Niza lagi. Kali ini Rosliza hanya berdiam diri kerana mulutnya penuh mengunyah makanan.

"Biasa sahaja weh. Tapi air muka dia nampak gembira bila makan tadi", kata Fatin lagi sambil tersenyum. Fikirannya terlintas akan riak wajah suaminya yang sentiasa menceriakan harinya.

"Alhamdulillah. Baguslah macam itu. Orang lelaki ini nak jaga dia senang sahaja. Jaga perut dia. Dia mesti gembira bila kita sediakan makanan untuk dia. Gerenti dia nak makan luar pun fikir banyak kali", kata Niza lagi. Fatin tersenyum lagi sambil menganggukkan kepala.

-----------------------------------------------------------

11.00am

Kriiiiinggg!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Para pelajar mula memenuhi tapak perhimpunan untuk beratur seketika. Ianya dibuat bagi mengelakkan daripada sesak. Jadinya, murid-murid perlu beratur mengikut kelas sebelum masing-masing masuk ke dalam kelas.

Hanya golongan guru sahaja yang tidak perlu beratur. Ada di antara mereka masih leka berada di kantin. Namun begitu, ada juga yang sudah bergerak meninggalkan kantin untuk kembali ke bilik guru. Persoalan untuk mengajar sebentar lagi harus dibuat.

Tiba-tiba, telefon pintar kepunyaan Fatin berbunyi. Panggilan daripada Azwan diterima. Nama My Lovely Hubby terpapar di skrin telefon berkenaan. Lantas ibu jari kanannya menekan butang hijau lalu digerakkan ke sebelah kanan.

"Hello Assalamualaikum",

"........."

"Dah makan dah bang. Kejap lagi ada kelas dengan pelajar tahun 6".

"......"

"Tak tahulah bang. Ikutkan balik pukul 4 rasanya. Kalau tak ada halangan, pukul 3.30 dah boleh balik. Tengoklah kalau kerja tak banyak kejap lagi".

".......".

"Ya bang. Atin pun kena sakat juga dengan kawan-kawan sini. Tapi Atin okay sahaja. Hehehe".

"......"

"Okay abang, love you. Jumpa dekat rumah ya".

"......".

Tut!

Panggilan dimatikan. Fatin kemudian menyimpan telefon pintarnya dan bergerak menuju ke bilik guru. Baru sahaja ingin melangkah, kelihatan Mazniza muncul daripada belakang.

"Eh kau pergi mana tadi", soal Fatin setelah melihat rakannya itu hilang secara tiba-tiba. Bukan dia sahaja bahkan 2 lagi rakannya turut tiada di sini selepas membasuh tangan.

"Aku pergi tandas tadi. Mereka berdua pula pergi kedai buku kejap melepak dengan akak kaunter sana. Biarlah dia", kata Mazniza lagi.

Mereka berdua kemudian bergerak bersama menuju ke bilik guru. Sambil berjalan mereka sempat berbual kosong sesama mereka.

"Aku harap kau tak ambil hati dengan Ros itu. Kau tahu kan mulut dia macam mana. Tapi dia baik", kata Niza yang tidak begitu selesa sewaktu rakannya itu menjadi mangsa usikan Rosliza.

"Eh tak ada apalah. Aku okay sahaja. Alah, kita kena berfikiran terbuka juga. Aku tak ada masalah pun dengan bahan gurauan macam itu. Hehehe", kata Fatin sambil tersenyum.

"Baguslah kalau begitu. Kelas kau kejap lagi pukul berapa?", soal Masniza lagi.

"Sekarang weh. Kelas 6 Cempaka", kata Fatin sambil tangannya melihat jam di pergelangan tangannya. Masniza menganggukkan kepalanya. Dia juga turut bergegas ingin kembali ke mejanya.

"Aku pula kelas budak tahun 5. 5 Mawar. Kejap lagi aku jadi singa lah ini. Haritu punya homework yang aku bagi pun ada yang belum hantar lagi. Siap mereka kejap lagi", kata Masniza menyebabkan rakannya itu tertawa kecil. Masniza memang terkenal dengan sikap tegas dan garangnya bersama pelajar. Oleh sebab itu, dia amat ditakuti oleh murid-murid. Bahkan, mereka akan senyap jika mendengar tapak kasut daripada wanita itu.

"Okay lah kalau macam itu. Bersiap sedia menjadi singa ya", kata Fatin sambil tersenyum lagi. Langkah mereka kemudian terpisah menuju ke kelas masing-masing. Begitulah rutin harian seorang guru yang bukan sahaja mengajar murid-murid, bahkan lebih daripada itu mereka lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience