Flashback
2 tahun lalu
Azwan setia menanti di dalam kereta menunggu seseorang. Sesekali anak matanya menjeling melihat persekitaran rumah keluarga pasangannya yang akan menjadi sebahagian daripada hidupnya tidak lama lagi.
Kelihatan seorang wanita keluar daripada rumah dengan lengkap berpakaian cantik dan sopan. Wanita itu bersalaman dengan ibu bapanya. Azwan keluar daripada kereta untuk berjumpa dengan ibu bapa wanita berkenaan.
Sebaik sahaja sampai, Azwan bersalaman dengan lelaki tua itu keriangan bakal ayah mertuanya. Senyuman tidak lekang dibibir Azwan.
"Assalamualaikum pakcik dan makcik. Saya minta izin ya keluar dengan Lisa untuk persiapan perkahwinan kami", kata Azwan kepada kedua orang tua Lisa.
"Waalaikumsalam Wan, makcik harap kamu jaga dia baik-baik di luar itu. Ingat ya, hanya untuk pergi butik dan kedai kad sahaja. Kamu berdua dah tak lama lagi akan langsung. Jadi tak elok kalau selalu sangat berjumpa", mak kepada Lisa, Halimah.
"Baiklah makcik. Saya faham. Lagipun kami keluar tak lama pun. In Sha Allah sebelum Maghrib kami sampai rumah", kata Azwan dengan senyuman manis sambil menundukkan kepala tanda menghormati kedua bakal iparnya. Lisa di sebelah juga tertunduk malu dengan teguran itu.
"Baiklah kami pergi dulu ya", kata Lisa. Mereka berdua berjalan secara beriringan lalu masuk ke dalam kereta. Tidak lama kemudian, kereta itu bergerak meninggalkan kawasan rumah keluarga Lisa.
"Okay awak ini senarai kedai butik pakaian pengantin yang ada di Seremban ini. Saya rasa baik kita pergi di Rasah ini. Saya tengok feedback bagus", kata Lisa sambil membaca senarai berkenaan di sebelah Azwan.
"Kedai butik, kedai kad, kedai fotograf, dan terakhir jumpa Puan Fadhilah", kata Lisa. Azwan sedikit terkejut mendengar semua senarai berkenaan.
"Jadi kita kena pergi semua itu hari ini?", kata Azwan sambil pandangannya masih fokus di hadapan. Banyak juga lokasi yang akan dituju. Lisa membalas dengan anggukan kepala sahaja.
"Kita kalau boleh kena selesaikan hari ini. Esok atau lusa saya tak ada masa dah. Kalau buat hari ini macam tempahan ke apa ke, senang", kata Lisa yang bekerja di sebuah kedai farmasi Al-Pro di Seremban 2.
"Okay sekarang kita pergi kedai mana dulu?", soal Azwan.
"Butik".
-----------------------------------------------------------
Butik Pengantin Adlynn
Mereka berdua berjalan masuk secara beriringan ke dalam butik ini. Mereka berdua disapa mesra oleh seorang staff perempuan dengan senyuman manis. Azwan membiarkan tunangnya berbual dengan staff berkenaan kerana matanya seronok melihat pakaian yang ada di sekitar butik ini.
Satu set tuxedo berwarna putih direnung dengan penuh perasaan teruja. Namun dilihat pada tanda harga menyebabkan Azwan terbeliak biji matanya. Tidak lama kemudian, Lisa memanggil dirinya.
"Awak, dekat sini pun ada team photoshoot rupanya", kata Lisa memberitahu apa yang dikatakan oleh staff berkenaan.
"Wah, okay lah tu. Alang-alang sampai sini boleh terus sekali harung sahaja kan", kata Azwan tersenyum. Dia juga tidak menyangka bahawa kedai butik ini bukan sahaja menyediakan sesi fotograf, bahkan penyediaan pelamin juga. Mereka berdua diberikan penerangan lengkap tentang servis yang ditawarkan.
'Selamat minyak aku', kata Azwan di dalam hati sambil tertawa kecil.
-----------------------------------------------------------
Lisa keluar daripada bilik menukar baju itu dengan busana putih yang cantik. Azwan tersenyum senang melihat tunangnya berpakaian sebegitu. Lisa jelas kelihatan manis dan cantik di pandangan matanya.
"Cantik tak?", kata Lisa sambil tersenyum senang melihat Azwan yang tidak berkelip melihatnya. Azwan membalas dengan anggukan kepala sahaja.
"Cik lawa sangat sampai tak terkata bakal encik abang", kata staff berkenaan berjenaka sedikit menyebabkan kesemua di antara mereka tertawa.
"Okay nie baju untuk nikah nanti ya. Untuk majlis sanding pula pihak kalian boleh pilih nak warna busana apa. Kalau nak yang jenis moden sikit pun ada", kata staff itu lagi.
Azwan melihat tuxedo yang menjadi minatnya di luar tadi. Lisa perasan akan renungan mata tunangnya itu. Alangkah bagus jika tuxedo itu termasuk dalam pakej perkahwinan.
"Kalau jenis moden, encik boleh pilih nak rekaan yang macam mana. Lelaki boleh pilih tuxedo, wanita boleh pilih gaun macam Cinderella pun boleh. Ikut kepada kehendak pelanggan. Kita juga akan berikan pandangan dan nasihat. Misalnya kalau nak tuxedo, ianya sesuai untuk majlis di dewan tertutup", terang staff itu lagi.
Mereka berdua berbincang dengan lebih terperinci. Hampir satu jam lebih juga mereka berada disitu untuk persediaan hari bahagia mereka. Selepas selesai membuat bayaran tempahan berserta penetapan tarikh, mereka berdua keluar menuju ke kedai satu lagi lokasi.
-----------------------------------------------------------
"Cantik kan awak kad kita ini".
Lisa melihat kepingan kad perkahwinan yang telah diambil oleh mereka berdua di kedai tadi. Rekaan kad itu agak cantik dengan beberapa watak siri anime popular dunia ketika ini, One Piece menghiasi kad itu. Latar belakang air laut yang tenang serta kapal Thousands Sunny belayar di atasnya.
Azwan juga turut senang hati melihat rekaan kad itu. Ianya dipilih berdasarkan minat yang mendalam mereka berdua di dalam siri popular itu. Tidak salah jika ianya ditunjukkan di dalam bentuk kad jemputan.
"Ini bukti kalau orang tanya kenapa rekaan kad macam ini, kita jawablah sebab One Piece juga lah kita berdua ke jinjang pelamin", kata Azwan tersenyum senang. Gembira hatinya kerana tunangnya begitu ceria sewaktu mengambil kad itu di kedai tadi.
"Tak sabarnya awak nak bagi dekat kawan-kawan kita semua kan. Saya dah buat kiraan. Kawan Lisa masa di UKM dulu, masa kerja sambilan di Watson, kawan sekolah menengah, kawan..", belum sempat Lisa menghabiskan kata-katanya Azwan sudah mencelah sambil tertawa.
"Ramainya kawan awak nak bagi. Habis kawan-kawan saya macam mana nanti? Tak dapat mereka tengok kad yang lawa ini", kata Azwan.
"Alah, awak ajak pakai mulut pun takpe. Lelaki senang kalau jemput. Perempuan leceh sikit nak kena ada kad nanti tak ingat tarikh lah apa lah", kata Lisa lagi. Azwan menggelengkan kepala sahaja.
Selepas selesai semuanya, mereka berdua bergerak menuju ke rumah keluarga Lisa untuk menghantarnya pulang. Kad perkahwinan tadi sudah dibahagi dua sebanyak 500 keping seorang.
Lisa keluar daripada kereta dengan ucapan terima kasih. Mereka sudah berjanji akan saling berhubungan untuk urusan penting sahaja. Sebarang perjumpaan tidak akan dilakukan bagi menjaga pandangan mata.
-----------------------------------------------------------
5 hari kemudian
Azwan fokus di meja kerjanya sambil tangannya laju menaip laporan kerjanya di komputer. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama Bakal Mertua terpapar di skrin telefon.
"Kenapa pula bakal mak mertua aku telefon?", tanpa bertangguh Azwan terus menjawab panggilan berkenaan.
"Assalamualaikum makcik".
"......."
"Kenapa ini makcik? Kenapa makcik menangis? Ada apa yang berlaku ke?", soal Azwan dengan nada panik. Nada suaranya agak kuat menyebabkan Rifqi di meja sebelah menoleh ke arahnya.
"......".
Azwan terkejut bukan kepalang. Telefon pintar miliknya terlepas daripada genggaman tangan. Matanya terbeliak besar. Tangannya mula meraup kasar rambutnya.
"Wan, kau kenapa?".
Soalan Rifqi tidak berjawab. Riak wajah lelaki itu masih lagi tergamam. Air mata bergenang di tubir matanya. Berita yang disampaikan oleh bakal mertuanya sukar untuk dipercayai.
"Aaaarrgghh tidak".
Azwan meraung kuat sebelum rebah tidak sedarkan diri. Rifqi terkejut lalu pantas pergi ke meja sebelah. Beberapa lagi pekerja lain juga turut membantu Azwan dengan mengangkatnya ke atas kerusi semula.
-----------------------------------------------------------
Masa Kini
Fatin hanya membisu sewaktu mendengar cerita daripada suaminya. Dia melihat riak wajah Azwan yang agak sugul sewaktu menceritakan perkara lalu. Hati kecilnya sedikit cemburu. Suaminya masih tidak dapat melupakan arwah.
"Lama abang nak bangkit daripada kejatuhan selepas perginya arwah Lisa. Tapi selepas abang jumpa sayang, abang jumpa balik kekuatan abang. Sampai bila abang nak jadi begitu".
Tangan Fatin diraih lalu dikucup lembut seolah-olah ingin mengambil kembali hati isterinya.
"Fatin bukan yang pertama, tapi percayalah sayang orang yang terakhir akan bersama abang".
Fatin tersenyum lalu menyeka air mata di tubir matanya.
Share this novel