Bab 16

Drama Series 12511

Pagi itu, seisi keluarga Nasuha duduk bersama bersarapan pagi di meja makan yang sudah siap terhidang. Gabungan air tangan para wanita di rumah ini berjaya menghasilkan menu mi kari ketam serta kuih keria. Bau serta rupa bentuk kuih itu jelas menaikkan selera sesiapa yang melihatnya.

"Cucu-cucu mak belum bangun lagi ke?", soal Nasuha kepada Azman. Azman sempat melihat ke arah anak-anaknya yang sudah bangun itu.

"Ariana sahaja dah, yang Harith itu belum lagi", katanya sambil menyuap mi kari ke dalam mulutnya. Seketika kemudian, kelihatan Anuar bangun daripada meja makan lalu mengambil anaknya, Luffy yang sudah merengek di dalam bilik. Mujur makanannya sudah habis dimakan.

"Morning sayang, lena tak tidur malam tadi? Sayang auntie dia dah bangun rupanya

Suara Izyan serta yang lain mengusik kanak-kanak kecil lelaki itu. Wajahnya yang polos setelah bangun daripada tidur hanya memerhati sahaja setiap wajah yang ada di dapur ini.

"Macam mana nak lena auntie, Pak Cu saya buat bising malam tadi dekat sini. Apa entah yang dibuatnya, kalau saya tahu, saya ajak papa dengan mama saya ini tidur di luar", kata Anuar dengan suara kanak-kanak yang sengaja dibuat seolah-olah anaknya yang bercakap.

Azwan serta Fatin tersentak mendengar kata-kata daripada lelaki itu. Beberapa lagi yang lain juga terkejut mendengar kata-kata Anuar. Suara siulan nakal mula kedengaran sehingga merah padam raut wajah suami isteri itu.

"Apa korang buat ha malam tadi? Takkan memasak kot", perli Izyan sambil tersenyum sinis.

"Takpelah Wan, sesekali buat kelainan. Tak gitu?", Nizam pula bersuara sambil tertawa diikuti dengan yang lain.

"Betul itu ayah, tak salah pun cuba kelainan. Janji line clear", ujar Azman pula.

"Maknanya, dapur ini dah kena noda lah ya?", kata Nasuha yang diam sedari tadi. Sekali lagi ruang dapur ini gamat dengan hilai tawa. Fatin serta Azwan hanya mampu berdiam diri sahaja dengan riak wajah yang merah padam menahan malu. Sempat mereka melirik pandangan ke arah satu sama lain.

"Sudah lah itu, merah padam muka laki bini itu. Ariana pun dah ada di sini. Tak elok pula cakap pasal ini di hadapan kanak-kanak", ujar Hazirah sambil tersenyum melihat anak saudaranya yang sudah siap mandi. Ariana tanpa banyak bicara hanya duduk di atas kerusi yang kosong itu tanpa memahami perkara yang dibahaskan.

"Saya pun nak mandi ini. Kejap lagi saya datang sini semula ya", kata Anuar yang masih membuat suara kanak-kanak. Kononnya Luffy yang sedang bercakap dengan yang lain.

Keadaan kembali reda semula setelah sesi mentertawakan pasangan Azwan serta isterinya selesai. Setelah selesai makan, mereka bersurai apabila meja makan itu dibersihkan sepenuhnya.

***

Menjelang petang, Azwan serta pasangan sudah bersiap untuk pulang ke rumah asal mereka. Hanya mereka sahaja yang belum pulang lagi. Azman sekeluarga telah pulang awal pagi setelah selesai sarapan pagi. Tujuannya adalah untuk melawat keluarga mertua yang terletak bersebelahan dengan taman perumahan keluarganya.

Anuar sekeluarga sudah pulang tengah hari tadi. Hanya mereka berdua sahaja yang belum pulang kerana Izyan masih tinggal bersama ibu bapanya. Statusnya yang masih bujang serta kerjayanya sebagai anggota polis menyebabkan dia memilih untuk tinggal bersama keluarga dahulu demi keselamatan dirinya.

"Terima kasih ya semua, nanti ada masa Wan balik lagi".

Azwan bersalaman dengan kedua ibu bapanya setelah selesai memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Lelaki itu mengucup kedua beliau pipi Nasuha serta Nizam. Selepas itu, giliran Fatin pula bersalaman dengan ibubapa mertuanya.

"Jaga diri kamu elok-elok. Isteri kamu dah berbadan dua, jadi kena berikan perhatian yang lebih sikit", pesan Nizam kepada Azwan. Azwan hanya tersenyum sahaja sambil mengangguk.

"Ubah sikit perangai itu, jangan asyik khayal dengan dunia One Piece kau itu. Dah nak jadi bapa budak dah, masih lagi layan kartun", kata Izyan pula. Selepas itu, Fatin bersalaman dengan kakak iparnya sambil melaga kedua belah pipinya dengan wanita itu.

"Atin jaga diri baik-baik ya dik. Apa-apa boleh bincang dengan Azwan jika ada masalah. Walau apapun, dia tetap suami Atin. Syurga kamu ini", kata Izyan sambil menepuk-nepuk bahu adik lelakinya sewaktu Azwan bersalaman dengannya.

"Nak buat macam Atin boleh?", soal Azwan dengan senyuman nakal. Izyan sekadar menjeling sambi menepuk kuat bahu lelaki itu sehingga terjerit kecil lelaki itu.

"Kau jangan nak mengada-ngada ya. Nampak ini?", kata Izyan sambil membuat isyarat penumbuk ke arah lelaki itu. Azwan hanya ketawa kecil sahaja. Nasuha serta Nizam hanya menggeleng sahaja.

"Orang itu dah nak balik dah, masih lagi nak bertekak", kata Nasuha.

"Budak ini ha yang mula", kata Izyan mempertahankan dirinya. Nizam juga tersenyum kecil. Faham benar dengan perangai dua beradik itu. Saling mengusik antara satu sama lain.

Pasangan suami isteri itu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu dibiarkan seketika sambil Azwan berbual kosong dengan keluarganya tentang keadaan jiran tetangga di kawasan ini. Setelah hampir lima minit, kereta berkenaan mula bergerak keluar meninggalkan perkarangan rumah ini.

"Kami gerak dulu ya, Assalamualaikum", laung Azwan daripada dalam kereta. Tiga beranak di rumah itu melambaikan tangan sambil menjawab ucapan salam berkenaan. Masing-masing tersenyum sahaja mengenangkan detik indah dua hari itu. Bila lagi agaknya dapat berkumpul seperti ini.

***

Pasangan suami isteri itu hanya berdiam diri sambil melayan lagu-lagu yang dimainkan oleh penyampai radio itu. Pandangan Fatin dihalakan ke luar tingkap keretanya sambil tersenyum. Kepulangan itu sekaligus memperkenalkan dirinya dengan ahli keluarga mertuanya. Sedikit sebanyak, dia melafazkan syukur kepada Ilahi.

"Hah? Apa yang dimenungkan sangat itu?", tegur Azwan sambil pandangannya ditoleh ke arah isterinya. Fatin yang tersentak itu menoleh sambil tersenyum.

"Tak ada apa-apa. Teringat akan peristiwa dua hari di rumah keluarga abang. Seronok sangat bila dapat tahu sikap ahli keluarga mertua Atin yang baik, kelakar dan sporting", katanya sambil kembali melihat pemandangan di luar tingkap itu.

Azwan tersenyum sahaja melihat reaksi isterinya. "Selamat datang ke keluarga Khairul Nizam. Kami memang begitu, suka mengusik antara satu sama lain. Mereka terima seadanya pilihan hati anak-anaknya asalkan si pilihan hati itu bagus sikapnya", kata Azwan membalas kenyataan isterinya.

Akhirnya, kereta yang dipandu oleh Azwan telah selamat tiba di perkarangan rumah asalnya. Apabila enjin dimatikan, mereka berdua keluar daripada kereta lalu mengeluarkan beg bagasi daripada bonet keretanya. Fatin mengambil kunci rumah di tangan suaminya.

Setelah selesai segala urusan itu, mereka berdua masuk ke dalam bilik tidur untuk berehat seketika. Azwan membuka seluruh pakaiannya sambil mengenakan tuala di tubuhnya. Dirinya sudah bersiap sedia untuk mandi.

"Ayang, nanti mesej dalam group ya, cakap kita dah sampai rumah", kata Azwan sambil membetulkan ikatan tualanya. Fatin hanya melihat ke arah suaminya tanpa berkelip matanya. Entah kenapa, dia merasakan suaminya ketika ini sangat seksi.

Tiba-tiba, Fatin bangun daripada katil. Tanpa semena-mena, tuala suaminya ditarik habis menyebabkan lelaki itu terkejut. Fatin tersenyum sinis sambil mengenyit sebelah matanya.

"Abang mandilah sekejap lagi. Boleh mandi wajib terus", kata Fatin dengan nada suara berbisik sambil tangannya mula bergerak nakal. Azwan hanya terpaku dan terkejut dengan perubahan sikap isterinya. Namun begitu, dia hanya membiarkan sahaja wanita itu memainkan peranannya.

Untuk Bab yang seterusnya, perjalanan Azwan dalam menghadapi satu persatu karenah isterinya yang sedang hamil ketika ini. Bermula dengan nafsu seksual yang meninggi, mengidam makanan dan sebagainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience