Bab 9 : Not In Mood

Romance Completed 7106

Mataku melilau dikawasan sekolah mencari kelibat seseorang . Langkahku terhenti selepas melihat adegan satu pasangan . Yang perempuan tergedik-gedik memukul manja silelaki sambil seronok bercerita , yang lelaki plak kelihatan tidak selesa terpaksa ketawa pada cerita yang aku pasti tak ada yang lawaknya sambil tangannya sesekali menolak halus tangan perempuan itu dari menyentuhnya .

Aku berjalan laju menuju kearah pasangan itu , aku menarik kasar lengan lelaki itu supaya dekat denganku , sebelah lagi tanganku pantas sahaja menghadiahkan tamparan pada pipi mulus perempuan itu . Dia memandang aku terkejut , aku plak tersenyum sinis . Mukanya berubah bengang . Aku kembali serius tanpa secalit senyuman pun diwajah .

" tu lha makan dia kalau hidup asyik nak mengatal dengan bf orang je " ujarku bengang . Dia menarik nafas sebelum automatik mukanya berubah .. Fake

" El , aku minta maaf . Hairie yang ajak aku sembang " apa ? Dia ingat aku bodoh ?? Dia yang mengatal dengan Hairie .

" kalau kau nak rasa lagi penampar aku nie , kau cakap lha lagi " Jiha kelihatan bengang dan malu kerana aku tak memepercayainya , dia berlalu pergi tanpa berkata apa-apa . Aku memerhatikan langkahnya sampai bayangannya pun sudah tidak kelihatan .

Aku mengalihkan pandangan pada Hairie . Dia kelihatan serba bersalah dengan apa yang berlaku . Aku memandangnya tajam . Dia nie kalau dengan lelaki , bukan main lagi .. Semua dia nak marah , semua dia nak belasah . Tang perempuan , lemah .. Harapkan aku je datang tolong selamatkan .

" saya minta maaf awak "

" awak suka lha kan betina tu merendek kat awak ? Ehh , berbulu lha mata saya . Kalau saya tak datang tadi , apa lagi yang korang akan buat ? Peluk peluk , comolot lakk hah ??!! " nadaku agak meninggi sehingga dapat menarik perhatian pelajar yang berada disitu . Aku tahu aku agak over disitu but who cares ??!! Aku tengah bengang kot .

" saya minta maaf awak .. Tolong maafkan saya ? " kedua tangan Hairie memegang tangan aku .

Memang aku pernah cakap sayang aku dekat Hairie hanya sebagai kawan tapi tak kisah lha apa perasaan aku . Dia pakwe aku , so dia hak aku and we're so not talking about wife or what here . Kau memang cari nahas lha kalau kau biarkan walau satu jari kau yang jijik tu sentuh Hairie .

Aku pun ada cakap Hairie nie overprotecting tapi aku terlupa nak bagi tahu , aku nie pun boleh dikatakan queen control juga lha . Tapi semua nie hanya ditunjukkan dikawasan sekolah je , kat luar sekolah .. Aku tak tahu dia buat apa , dia tak tahu aku buat apa . cuma yang aku boleh harap , aku boleh lha percayakan dia .

Sebab apa aku macam nie ? Kau tak terasa bodoh ke bila kau tahu pakwe kau menggatal dengan perempuan lain dekat belakang kau ?? Tu lha benda yang aku tak nak tu .

Bila aku cakap aku tak tahu apa yang dia buat dekat luar , bukan bermakna aku tak buat apa-apa . Kawan aku merata lha , kalau ada apa-apa , dorang akan inform dekat aku .

Okay , enough dengan semua yang aku pikir .. Back to reality .. Aku memandang sekilas pada Hairie sebelum terus beredar meninggalkan dia dan berlalu masuk kedalam kelas . Aku menghempaskan punggungku diatas kerusi .

" hai El ! " aku memandang Fazrel dari hujung rambut hingga ke hujung kaki .

" not in mood " ujarku pendek dan agak kasar . Mukanya yang ceria bertukar jadi prihatin .

" awak okay tak ? Awak tak sihat ke ? "

" bla ! Aku tak ada mood "

" kalau awak ada masalah , awak boleh share dengan saya " aku menarik nafas dalam sambil memejamkan mataku sebentar sebelum membukanya semula . Aku mencapai sebotol air mineral yang berada diatas meja . Aku buka penutupnya , minum sikit . Aku berdiri dan tuang keseluruhan isi air yang masih tersisa didalam botol itu keatas kepala Fazrel .

Matanya membulat , mulutnya ternganga sedikit .. Mungkin kerana terkejut dengan tindakan aku .

" i said I'm Not in Mood " budak-budak kelas memerhati kami tapi tidak berani untuk berkata apa-apa . Aku mencampakkan botol kosong yang masih berada ditanganku kelantai . Apalah nasib Fazrel nie , asyik basah lencun je .. Siapa suruh kacau aku .. Nasib lha .

Aku kembali duduk pada kerusiku dan melentokkan kepalaku diatas meja dan melelapkan mata .

" sayang ... "

" sayang .. " aku merasakan ada yang mengoncangkan badanku . Aku duduk dan membuka mataku .

" awak nak apa Hairie ? "

" look , I'm sorry okay .. I'm sorry about everything . Kalau perlu buat lha apa je . Pukul saya , maki saya or apa-apa lah asalkan awak puas .. Cuma please .. Jangan macam nie .. " Aku memandangnya lama .

" you better behave next time Hairie "

" I'm so sorry .. Benda macam tadi or worse tak akan terjadi lagi okay ? " aku masih memandangnya tajam tanpa berkata apa-apa .

" please .. Elyana .. " aku mengeluh .

" huh , okay then .. "

" thank you ! Thank you sooooo much babe ... Muahh .." aku tersenyum memerhatikan keterujaan dia .

Senang betul nak pujuk aku nie kan ? Memang pun , aku nie tak boleh nak marah orang lama-lama . Aku just tak boleh nak serius lama , boleh buat aku tergelak kalau aku tak tahan . Tapi tu tak bermakna aku tak betul-betul marah , aku cuma susah nak serious lagi-lagi bila dengan Hairie nie ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience