*Hairie*
Sampai hati kau El . Sampai hati kau . Selama nie , aku layan kau baik . Aku percayakan kau tapi kau ??
Kau curang El , kau curang dengan jantan tak guna tu !!! Sebab apa ? Dia kaya ?? Duit dia banyak ?? Sebab aku tak kaya macam dia ?!! Perempuan tak guna ! Aku benci kau !!!
Aku menumbuk cermin yang berada didalam tandas dibilik aku . Darah yang mengalir akibat luka kerana terkena serpihan kaca yang pecah , aku biarkan . Air mataku mengalir .
Tak . Tak . Aku tak benci dia . Tak mungkin aku boleh benci orang yang aku sayang . Aku sayang dia . Aku sayang sangat pada dia . Macam macam aku buat supaya dia sayangkan aku sama macam dulu , waktu pertama kali aku dan dia couple tapi hampa . Semuanya dha tak sama macam dulu . Dia dha berubah . Dia bukan Elyana yang aku kenal .
Budak tak guna tu dha ubah Elyana aku ! Perampas !!! Aku benci kau lha sial ! Air mata ku makin deras mengalir . Tak pernah aku menangis seteruk ini . Sungguh , aku sayang perempuan itu . Cuma dia yang buta , tak nampak sayang yang selami ini aku berikan .
*Elyana*
Sudah dua hari Hairie tak datang ke sekolah . Baru hari ini , aku nampak batang hidungnya . Tangan yang berbalut , mata yang bengkak , muka yang pucat dan penampilan yang tak terurus . Sumpah , hati aku menangis dalam diam melihat keadaannya begitu .
Aku ingin sekali menghampirinya . Memohon keampunan atas kesilapanku tapi aku tak ada keberanian untuk melakukan itu . Aku juga tidak ada kekuatan untuk melihat dia lebih menderita .
Fazrel seringkali memujuk aku supaya bercakap dengan Hairie , berbincang dengan dia pasal semua hal ini dan mengatakan semua yang dia dengar itu hanya gossip tapi aku tak boleh .. Aku rasa itu sama sahaja seperti aku akan berjauhan dengan Fazrel .
Aku pasti kalau aku cakap pada Hairie yang aku dan Fazrel tak ada apa-apa , pasti saja Hairie ingin berbaik semula denganku dan aku tak sanggup melakukan itu . Aku tak boleh berpura-pura mencintai
Hairie sedangkan aku pada hakikat tidak mempunyai perasaan lebih dari seorang kawan terhadap dia .
Aku tahu aku terlalu muda untuk bercakap tentang cinta tapi aku yakin dengan perasaan yang aku ada untuk Fazrel . Walaupun aku tak pasti apa perasaan Fazrel padaku tapi apa yang aku pasti , aku tak sanggup harus kehilangan Fazrel . Aku nak dia sentiasa ada dengan aku .
" El .. " aku mendongak dan melihat Hairie memandangku tajam .
" aku nak pulangkan nie " dia menanggalkan dan meletakkan sebentuk cincin diatas mejaku . Aku memandang kosong cincin itu . Cincin couple kita orang yang tertera nama kami berdua El ? Hairie . Cincin yang kami beli pada tahun pertama kami couple . Ya , aku dan Hairie dha couple hampir tiga tahun sejak kami tingkatan tiga lagi .
Cop aku kejam atau apa tapi aku tak boleh nak tipu perasaan aku sendiri . Aku tak boleh terus tipu orang dekat keliling aku . Aku juga tak boleh terus bersama Hairie , sedangkan perasaanku ada pada Fazrel . Aku memandang Hairie menanti apa lagi ayat yang akan keluar dari mulutku . Nampak berat sekali dia ingin meluahkan ayat itu . Beberapa kali dia mengeluh .
" kita putus . " walaupun perasaan aku pada dia tak kuat , sumpah sentap . Tak pernah lelaki mintak putus dengan aku .
" saya minta maaf " ujar aku . Dia tak berkata apa-apa . Dia cuma memandangku dengan pandangan kecewa ? Sedih ? Dengan matanya yang sudah berkaca-kaca mungkin menahan sebak didada . Aku turut menahan air mataku dari mengalir .
Aku sayang hubungan ini tapi aku tak boleh teruskan . kami tak boleh teruskan . Hairie berlalu keluar dari kelas aku dan menuju kekelasnya . Aku hanya memerhati langkahnya . Aku mengambil cincin tadi dan meniliknya sebelum memasukan kedalam purse aku . Pandai dia jaga . Langsung tak ada calar pada cincin itu , walaupun aku sering nampak dia memakai cincin itu kemana-mana dia pergi .
3 Tahun Kemudian
Aku kini bersama dengan Fazrel . Hubungan aku dan dia hampir dua tahun .
Pin !! Aku menoleh kearah kiriku dan melihat sebuah kereta bergerak laju kearahku . Aku menutup mataku kerana takut dilanggar . Selepas beberapa saat , aku tak merasa sakitnya dilanggar oleh kereta tapi aku rasa sakit kerana badanku terjatuh kerana ditolak ketepi jalan .
Aku membuka mataku dan melihat sekujur tubuh terbaring ditengah jalan sambil meraung kesakitan . Aku berlari kearah lelaki yang sudah membahayakan nyawanya untuk menyelamatkan aku . Mataku membulat akibat terkejut . Hairie ! Dia yang sudah menyelamatkan aku .
Dihospital
" doc , macam mana dengan Hairie ? " tanyaku yang khawathir dengan keadaan Hairie sebaik sahaja melihat seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik bedah yang menempatkan Hairie . " dia masih belum sedarkan diri kerana darah yang banyak keluar dari kakinya yang tercedera "
" tapi dia okay kan doc ? " doktor mengeluh sebelum menjawab .
" malangnya , Hairie tidak dapat menggunakan kedua belah kakinya lagi .. "
" berapa lama ? "
" saya takut ia akan mengambil masa seumur hidup cik .. Kerana saraf kakinya rosak teruk akibat dari kemalangan itu dan ini menyebabkan Hairie lumpuh dari paras pinggang hingga kedua-dua kakinya "
Aku terduduk terkejut dengan apa yang aku dengar . Maafkan saya Hairie .. Maafkan saya sebab jadikan awak macam nie . Patutnya saya yang kena langgar , bukan awak . Kenapa awak tak biarkan je saya kena langgar ?? Kenapa awak buat saya bertambah bersalah ? Maafkan saya kerana selalu menyakiti awak .
Share this novel