Sejak dari hari tu , aku terus mengelak dari bercakap dengan Fazrel or Airil . Apa-apa lha . Aku busy kan diri bercakap dengan kawan-kawan ataupun menyiapkan kerja sekolah . Bukan aku tak rindu .. Jujur aku rindu .. Rindu nak dengar suara dia , rindu nak tatap wajah dia .. Tapi aku .. Aku tak boleh .. Aku rasa kecewa . Aku rasa dipermainkan .
" El , kau okay tak nie ? " soal Abel memandangku penuh prihatin .
" aku okay je lha . Kenapa plak aku tak okay ? "
" kebelakangan nie , aku tengok kau moody je ? Story lha . Apa masalah kau ? "
" kau tahukan aku tak suka--- "
" ya , aku tahu kau tak suka aku masuk campur hal kau tapi aku nie kawan kau and kau tu kawan aku . mana boleh aku buat macam tak ada benda berlaku . Lagi lagi bila perangai kau berubah mendadak " aku mengeluh . Jujur aku tak suka bergossip tentang life aku dengan orang lain . walaupun dorang tu kawan aku , kawan baik aku sendiri .
" and aku dha lama nak tanya nie , apa hubungan kau dengan Fazrel ? For sure , bukan hubungan antara mentor and mentee . "
" apa maksud kau ? " sengaja aku menanyakan soalan itu untuk menangguhkan masa menjawab soalannya .
" bukan aku je , orang lain pun akan fikir apa yang aku fikir "
" so , apa yang ada dalam kepala kau ? "
" ermm .. Fazrel tu ... scandal kau ke ? " mataku membulat mendengar soalan yang keluar dari mulut Abel .
" what ??! Mengarot lha kau nie "
" tak betul ke apa aku cakap ? Weyh , kau dha ada Hairie kot . Kalau bukan scandal , apa lagi ?? "
" nothing " jawabku ringkas . Abel memandangku dengan pandangan menyuruh aku teruskan or terangkan apa maksud aku dengan nothing .
" aku dengan dia tak ada apa-apa . that's it " ujarku lagi .
" are you sure about that ? Cuz i can see --- "
" yup , nothing . I'm done . aku tak nak cakap pasal hal nie lagi and whatever in your head right now , just lupakan okay ? Sebab semuanya tak macam apa yang kau fikirkan " ujarku memotong ayat Abel . " .. Okay okay .. " kata Abel mengalah selepas menerima pandangan maut dari aku . Aku menarik nafas lega kerana berjaya melepaskan diri dari menjawab lebih banyak soalan dari Abel .
Hari ini aku tak bercadang untuk kekantin kerana aku tak ada selera untuk makan . Jadi aku menyuruh Abel dan Ee rehat berdua , manakala aku menuju ke library . Selepas menulis nama , kelas dan masa aku sampai didalam buku log . Aku terus menuju kearah rak rak yang penuh tersusun buku-buku yang boleh aku baca .
Aku meneliti satu persatu buku untuk mencari buku yang mungkin akan menarik perhatian aku untuk membaca . Aku menarik keluar satu buku dan membaca sinopsis pada belakang kulit buku tersebut .
Aku berjalan sambil membaca mencari tempat untuk duduk .
Debukk !! Aku terlanggar dengan seseorang . Aku mengangkat mukaku untuk melihat siapakah gerangan orang yang telah aku langgar . Dia juga menoleh memandangku . Reaksi mukaku terus berubah apabila melihat Fazrel berdiri dihadapanku , lelaki yang aku langgar tadi ialah Fazrel .
Aku terus berpaling untuk berjalan tapi dia menghalang dengan berdiri betul-betul dihadapanku . Selepas beberapa kali usaha untuk mengelak dari Fazrel gagal , aku mengeluh .
" kau nak apa ? "
" maafkan saya , tolong dengar explanation saya dulu "
" okay , fine . explain . " kataku sambil menyilangkan kedua tangan pada dadaku .
" okay . first of all , saya betul-betul tak jangka saya akan sekelas dengan awak and awak ingatkan hari kita kena jadi partner untuk perbentangan sejarah ?? " gila tak ingat , siap kena denda lagi weyh .
" okay , that day saya tegur awak and saya ingat awak akan cam saya tapi tak , saya silap .. Awak panggil saya badut . Lepas dari hari tu , awak asyik buli saya je .. Kawan-kawan awak , pakwe awak .. Semuanya tak menunjukkan yang awak akan cam siapa saya . Awak tak pandang Fazrel macam mana awak pandang Airil .. "
" .. Fazrel ialah diri saya yang sebenar , Airil pula hanya seseorang yang wujud kerana Emily dan Andy . Dorang bantu saya jadi Airil supaya saya dapat bergaul dengan kawan-kawan dorang .. Tu je .. Tapi lepastu , awak berkawan dengan Fazrel . Masa tu , saya betul-betul tak tahu apa tujuan awak berkawan dengan saya and actually sampai sekarang saya masih tak tahu kenapa awak nak berkawan dengan orang yang pernah awak buli dulu .."
" you know right ? Tetap ada Fazrel dalam diri Airil and tetap ada Airil dalam diri Fazrel . Luaran mungkin berbeza tapi didalam , awak tetap awak " ujarku kerana sepanjang aku kenal Airil , dia tak pernah berbuat benda yang bukan-bukan pada aku .
" tapi awak tak pandang Fazrel macam mana awak pandang Airil .." Aku mengelengkan kepalaku .
" Airil ada rupa dan gaya dia , Fazrel plak ada hati yang saya pandang " ujarku sambil mengukirkan senyuman . Ya , tanpa kaca matanya aku dapat melihat wajah tampan Airil dengan lebih jelas tapi dengan Fazrel , aku dapat melihat hatinya yang ikhlas . Fazrel tersenyum padaku .
" so , apa nama sebenar awak ? " tanyaku .
" Fazrel Airil bin Dato' Mukhriz " Aku mengangguk .
" awak ingat tak ayat saya pasal nama awak masa first time saya jumpa awak sebagai Airil ? " aku mengerutkan dahi cuba mengingati . Akhirnya aku mengelengkan kepala kerana tidak berjaya mengingati .
" beautiful name for a beautiful girl ? " mulutku membentuk huruf 'o' sebaik sahaja mengingati memory itu semula . Ayat player tu rupanya .
" Andy yang ajar saya untuk cakap macam tu "
" seriously ? " Fazrel mengangguk sambil tersenyum , akhirnya gelak kami meletus . Andy Andy .. Apalah yang kau ajar dekat Fazrel nie .
" so , dengan berapa orang dha awak guna ayat tu ? "
" dua tiga orang .. " jawab Fazrel tidak berapa pasti .
" wow , such a player " gurauku .
Sedang rancak aku berbual dengan Fazrel disatu sudut didalam perpustakan itu . Hairie datang dengan muka bengangnya kearah kami . Menarik kolar baju Fazrel menyebabkan Fazrel bangun dari duduknya . Satu tumbukan tepat dilepaskan pada pipi Fazrel . Aku menutup mulutku kerana terkejut dengan tindakan Hairie . Aku mendekati Hairie dan memegang lengannya supaya dia tidak melepaskan lagi tumbukan pada Fazrel .
" banyak banyak perempuan dalam sekolah nie ! Awek aku juga kau nak try ??! " Fazrel membisu seribu bahasa .
" dha lha tu Hairie . Fazrel tak salah .. " ujarku .
" ouh , sekarang nie awak dha pantai back up jantan nie plak ?? Apa yang dia dha bagi kat awak ? Harta ?? Wang ringgit ??!! " aku menampar pipi Hairie kerana tidak suka dengan apa yang dia tuturkan . Perkataan itu menghina aku dan Fazrel . Bukan dia tak kenal aku , aku tak pernah pandang harta atau pangkat untuk berkawan dan aku juga tak tahu yang Fazrel ini anak seorang Dato' .
" tolong senyap ! Ini library , kalau rasa nak berdrama , bertumbuk .. Sila keluar " ujar seorang pengawas perpustakaan tapi tidak dipedulikan oleh kami .
Hairie mengusap pipinya yang ditampar oleh aku tadi . Mukanya bertambah bengang . Dia menarik nafasnya beberapa kali sebelum bercakap ..
" kau mengajar aku yang kita tak boleh memaksa kesetiaan seseorang . Tak kira berapa baik kita layan seseorang tu , belum tentu dia akan layan kita dengan cara yang sama . Tak semua orang tahu menghargai orang lain yang menghargai dia . Tahu tak apa yang paling sedih ? Orang yang paling kita sayang bertukar menjadi orang yang paling susah untuk kita percaya .. "
ayat terakhirnya sungguh menikam perasaanku . Hairie terus berlalu . Aku pula masih terpaku disini dengan air mata yang berlinangan membasahi pipi . Aku tak tahu apa yang patut aku rasa sekarang nie . Gembira sebab Fazrel dha berbaik dengan aku ataupun bersedih kerana hubungan aku dan Hairie ..
Share this novel